Tengah hari itu, Allysa cuba menjenguk keadaan Harris. Keadaan Harris lebih baik daripada pagi tadi kesan ubat ke atasnya. Tak lupa juga, bekalnya disua ke Harris. Harris membuat muka pelik.
"Makan." pintaku lalu membuka penutup bekas berjenama tuppeware.
"Tak ada selera." muka pucatnya aku pandang. Haih..susah betul kalau ada bos macam ni.
"Macam mana nak sihat kalau tak makan. Cepat makan!" tegasku bersuara. Well aku seorang je berani tinggikan suara depan dia.
Pelan-pelan dia mengambil bekas makanan itu lalu sudu itu menyedok (?) nasi goreng ke dalam mulutnya.
Satu minit..
Dua minit..
Tiga minit..
Empat minit..
Lima minit..
Licin nasi goreng dalam bekas itu dibelasahnya. Haha. Aku tahu nasi goreng mama sedap.
"Thanks sebab jaga aku time sakit." ucapnya dengan nada yang lembut. Sebelum ni mana ada dia berlembut dengan aku. Asyik berkeras je. Sesekali rasa nak smack down pun ada.
"It's okay lah big boss. Lagipun ni tanggungjawab saya sebagai seorang Personal Assistant" aku menutup bekas tuppeware lalu dimasukkan ke dalam plastik.
" Saya keluar dulu. Nak pergi lunch. By the way, big boss nak kirim apa-apa tak?" soalku kepadanya. Dia hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak.
Kereta mini cooper milik Sara berhenti di hadapan pintu pagar rumah banglo mewah 3 tingkat. Hon kereta ditekan. Beberapa minit kemudian, pintu pagar elektronik dibuka. Sara memarking keretanya di garaj yang disediakan.
Dia mematikan enjin lalu keluar. Tangan Datin Mariana diraih lalu bersalam dengan ibu saudaranya itu. Senyuman manis dihadiahkan.
Datin Mariana menyambut salaman itu. Matanya tidak kalih dengan pemakaian anak saudaranya itu. Pakaiannya itu usah dikata mencolok mata habis.
Datin Mariana beristigfar di dalam hati. Baru sahaja tinggal di luar negara beberapa tahun dah terkena kejutan budaya. Dah serupa minah salleh dia tengok. Rambut berkarat,make up tebal, baju ketat dan singkat. Apa nak jadi dengan anak saudaranya seorang ni. Haih.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Datin Mariana menjemput Sara masuk ke dalam rumahnya. Ruang tetamu dituju sebelum dia berlalu ke dapur untuk membuat air.
"Sara tak kerja ke?" soal Datin Mariana kepada anak saudaranya sambil membawa segelas orange juice. Wajah Sara dipandang.
"Sara kerja aunty. Saja Sara singgah sekejap kat sini nak jenguk aunty." jawab Sara. Orange juice diambil lalu disuakan ke mulutnya.
"Abang Harr mana aunty? Dia tak balik lunch ke?"
"Harr dekat office dialah. Dia mana pernah lunch dekat rumah." ujar Datin Mariana.
Sara mencapai handbag ditepinya. Buat apa dia berlama-lama disini jika Harris tidak ada dirumah. Buang masa!
"Erm..Sara pergi dulu aunty." Sara bingkas bangun dari sofa itu lalu bersalam dengan ibu saudaranya.
"Eh,tak nak lunch dekat sini ke?" tanya Datin Mariana kepada anak saudaranya.
"Tak apalah aunty. Sara dah lewat ni. Bye." Sara menuju ke pintu utama. Kasut high heelsnya dipakai satu persatu.
Suasana di Secret's restaurant agak sesak kerana ramai pelanggan singgah di kafe ini memandangkan waktu ini sudah masuk waktu lunch. Seperti biasa, Kak Aliza akan memilih tempat yang tersorok sedikit memandangkan dia tidak suka akan suasana itu.
Pelayan lelaki itu menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Menu diberikan kepada pelanggangnya.
Allysa membelek-belek menu itu. Setelah membuat keputusan, dia menutup menu itu lalu mengorder. "Saya nak nasi ayam special dan lemon juice satu."
"Akak nak nasi goreng USA dan air bandung." ujar Kak Aliza. Kini pelayan lelaki itu memandang Reen untuk mengambil pesanan.
Dup dap dup dap..
"Saya nak nasi kerabu dan tea iced lemon." ujar Reen kepada pelayan itu. Usai mencatit pesanan daripada pelanggannya,pelayan itu menghadiahkan sebuah kenyitan mata kepada Reen. Reen pula membalasnya dengan jelingan maut. Gatal punya pelayan!
"Akak rasa budak tu suka kat kaulah Reen." Kak Aliza memulakan sesi 'mesyuarat makcik-makcik bawang' di restoran itu.
"Eww.. Tak hingin saya,kak. Muka nampak macam jambu je kak. Tak matured langsung." ujar Reen sambil membuat muka gelinya. Allysa dan Kak Aliza ketawa mendengar kata-kata Reen itu.
Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka tiba. Dua orang pelayan menghidangkan makanan di atas meja. Setelah itu,mereka berterima kasih kepada pelayan itu. Mereka menikmati hidangan itu tanpa ada suara kecuali bunyi sudu dan garfu berlaga di pinggan.
Agak² siapa mamat jambu tu? Adakah mamat jambu tu hero Reen atau bukan? Nantikan bab seterusnya...😘😘
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romantik[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...