34

4.1K 130 1
                                    

Pintunya diketuk oleh seseorang. Wafa membuka pintu bilik Harris dari dalam. Kak Kina sudah pun terpacak di depan bilik pengantin.

"Masuklah kak." Kak Kina terus masuk apabila diberikan keizinan.

"Fa." panggil Allysa setelah dia keluar dari bilik air. Dia menyarungkan busana pengantin berwarna unggu pastel.

Terlopong Wafa dan Kak Kina yang ada di dalam bilik itu. Dah macam princess dah Allysa ni.

"Cantik gila kau. Ni belum lagi make up." puji Wafa. Dia melihat Allysa dari bawah ke atas berulang kali.

"Akak make up sekarang?" Allysa terus duduk atas kerusi di meja solek. Kak Kina memulakan kerjanya sebagai mak andam.

Tok!! Tok!! Tok!!

Bunyi pintu bilik diketuk dari luar. Wafa terus menuju ke arah pintu lalu tombol dipulasnya. Setelah itu, muncullah kelibat Hannah di muka pintu.

Hannah segera masuk ke dalam bilik itu. Terlopong dia apabila melihat kawannya ini. Cantik bak bidadari jatuh dari langit!

"Cantiknya kau beb. Tak sangka aku ada kawan macam kau. Cun melencun!" puji Hannah melambung-lambung. Jangan lambung dia sudahlah.

Okey tak lawak!

"Eleh.. Aku tak habis lagi merajuk pasal pagi tadi." ujar Allysa kepada Hannah. Eh?

"Alah, sorrylah beb. Abang kau suruh rahsiakan. Kau salahkan abang kaulah bukan aku." ujar Hannah. Dia menjuihkan bibirnya.

"Aku boleh maafkan kau dengan dua syarat.." dia sengaja menggantungkan ayatnya itu.

"Apa dia, beb?" soal Hannah kepada kawannya.

"Syarat pertama, belanja aku makan dekat restoran paling mewah." terbuntang mata Hannah saat dia mendengar perkataan 'mewah'.

Ini sudah gila!

"Syarat kedua.. Kau kena tidur dengan aku malam ni." ujar Allysa lagi. Cik kak oii, hang nak lari daripada first night ka?

"Gila kau. Kedua-dua syarat kau memang gila. Pokai duit aku belanja kau!" ujar Hannah. Wafa ketawa mendengar syarat-syarat yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu.

"Suami kau kan pilot. Mintak jelah dengan dia." kata Allysa. Dia tahu duit abangnya itu berlambak-lambak dalam bank. Bukti? Dia always dapat souvenir dari overseas.

"Tapi syarat yang kedua tu kau kena mintak kebenaran suami dan abang kau. Aku tak nak masuk campur." ujar Hannah kepada sahabatnya.

"Okey, dah selesai." kata Kak Kina kepada Allysa. Wafa dan Hannah terlopong. Gila lawa!

"Fa, kau tak nak make up jugak ke?" soal Allysa kepada Wafa. Well, kawannya itu bridesmaid dia. Mestilah kena lawa macam dia. Kan?

Wafa hanya menggeleng. Hannah dan Allysa sudah memandang antara satu sama lain. Ada agenda disebalik muka diorang. Hahaha!

Allysa dan Hannah menghampiri Wafa. Senyuman jahat ditayangkan. Wafa meronta-ronta apabila dua orang sahabatnya memegang tangannya.

"No! Lysa, aku tak nak!" jerit Wafa apabila badannya sudahpun berada di meja solek.

"Kak, make up dia cantik-cantik. Kasi meletup!" arah Hannah kepada Kak Kina. Kak Kina mengangguk faham.

Dia memulakan kerjanya. Wafa hanya pasrah apabila mukanya kini sudah diconteng dengan pelbagai jenis make up yang ada disitu.

Ya tuhan, jangan jadi macam badut sudahlah.













"C'mon lah dude. Pakai baju ni."pinta Harris kepada Danny. Danny menggeleng kepalanya tidak mahu.

Gila! Lelaki seperti dia pakai baju warna pink? Dusty pink actually.

"Tak nak aku. Tak fasal-fasal imej macho aku jatuh. Pink? Eww.." Danny membuat muka gelinya. Ingat hensemlah buat muka gitu? Berkali ganda buruk tahu?

"Kau tak nak jadi bridesman aku takpe nanti aku suruh Iman. Lagipun Wafa jadi bridesmaid bini aku." ujar Harris kepada Danny.

"Iman, kau pakai baju melayu tu. Nanti kau boleh tackle Wafa." ujar Harris kepada Iman. Kening kirinya diangkat-angkat ala Ziana Zain. Terbuntang mata Danny. No!

"Eh, biar aku jelah pakai." ujar Syarif pula. Senyuman gatal ditayangkan. Eh? Nahin!

"Okey. Aku pakai baju tu. Dah,dah. Blah korang." halau Danny kepada Iman dan Syarif. Eh dia ni menghalau pulak.

Harris tersengih menang. Macam tulah kawan aku!













Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now