ALLYSA memandang bangunan yang gah itu dengan pelbagai perasaan. Takut, gelisah, gemuruh semuanya bercampur menjadi satu rasa.
Dia membaca basmallah terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, tiba-tiba tubuhnya dirempuh oleh seseorang orang menyebabkan dia terjatuh.
Gedebuk!
"Aduh! Alien mana pula yang rempuh aku ni!" gumam Allysa sambil menggosok-gosok punggungnya yang menjadi mangsa dek rempuhan tadi.
Tiba-tiba saja aku teringat di mana aku pernah di rempuh oleh seorang lelaki. Kalau tak silap aku nama dia Alien..Eh?Silap!Nama sebenar dia Alian. Cuma aku seorang je panggil dia Alien. Lagipula aku confuse dengan nama dia. Pelik bin aneh.Dalam banyak-banyak nama kenapa mak bapak dia pilih Alian? Ke masa dia lahir dulu muka dia sebiji dengan Alien. Maybe.
"Dah habis berangan?" tegur lelaki itu mengangkat bulu keningnya ala Ziana Zain berserta senyuman sinis dibibir.
Ceh..Ingatkan nak minta maaf sebab langgar aku.
"Suka hati aku lah nak berangan ke apa. Kau tu siapa nak tegur aku?" balas Allysa geram. Harap muka je hensem tapi mulut..Ya Allah!
"Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut. And satu lagi belum kau nak jalan tu tengok atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dulu." Allysa memandang wajah lelaki itu sambil menahan marah. Nak je dia cili-cili mulut lelaki itu.
"Ewah! Sesedap nasi briani je kau mengata aku. Siapa yang jalan pakai lutut? Kau ke aku? Kau kan?!" balas Allysa tanpa ada rasa takut walaupun sedikit.
Allysa memandang wajahnya bertukar merah. Marah ler tu! Ingat dia takut? Sorry lah dude. Ni Allysa Sofiya lah. Tak takut siapa-siapa kecuali Allah S.W.T.
"Siapa suruh kau tercegat dekat situ macam tugu negara? Kan dah kena langgar. Dah lah tubuh kau tu macam gajah. Memang patut pun kau kena langgar." tersentap Allysa mendengar kata-kata lelaki.
What?
'Dia kata tubuh aku ni macam gajah? Kurang asam betullah alien dekat depan aku ni. Nak je aku tumbuk muka yang tak seberapa kacak dia tu.' omel Allysa geram.
Sabar Allysa. Sabar!
Sabar selagi kau boleh sabar dengan mamat depan kau ni.
"Kalau aku gajah kau tu dinosour?! Aku doakan supaya kau dapat bini sebesar gajah. Then biar dia lunyaikan kau sampai lumat and bagi ikan piranha makan." Allysa melepaskan peluru berpandu itu kepada lelaki itu. Lagi lama dia dekat sini semakin hilang sabar dibuatnya.
"Ish..Budak ni memang nak kena kan." lelaki itu berkata perlahan masih lagi boleh dia dengar.
Orang awam yang berada disitu menyaksikan pergaduhan kami.
Dah macam dalam gelangan WWE je. Bila-bila masa je nak bertumbuk. Beberapa orang awam mengambil telefon untuk merakam pergaduhan kami dan ada juga bersorak.
Mereka ingat aku ni buat drama akasia ke apa pakat duk serbu tengok.
"Kau pehal tengok-tengok?!" tengking lelaki itu bengang. Terkejut beruk Allysa dibuatnya.
'Hailah.. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tak dah arwah aku ni.'monolognya.
Orang awam yang berada disitu terkejut apabila mendengar suara lantang itu lalu bergegas pergi meninggalkan kami berdua. Takut agaknya.
Lelaki itu segera mengangkat kaki lalu meninggalkan aku sendirian.
Kurang asam punya mamat!
Lelaki itu menendang meja kerjanya dengan perasaan marah yang amat. Staf-staf yang berada disitu melihat sikap bosnya berangin satu badan itu.
"Weh, kenapa dengan big boss kita tu?" tanya Aliza kepada Syarif.
"Mana lah aku tahu. Tak payah risau lah. Kejap lagi dia okay lah tu."balas Syarif tenang. Memang kenal benar dengan sikap sahabatnya itu dari dulu lagi.
"Kau try lah tanya kenapa dengan big boss kita tu ." Reen berada disebelah Aliza hanya mengiyakan saja kata-kata Aliza itu.
" Hmm..Nantilah aku tanya dia. Aku pergi dulu." Syarif mengangkat kaki meninggalkan meja Aliza dan Reen. Baru sahaja hendak duduk namanya dipanggil. Siapa lagi kalau bukan big boss nya.
"Kenapa bos?" tanya Syarif kepada sahabat baiknya itu.
"Kau ganti tempat aku interviu budak-budak tu." lelaki itu mengambil kunci kereta dan iPhonenya sebelum keluar.
"Kau nak pergi mana?" tanya Syarif berani.
"Aku nak keluar sekejap. Apa-apa hal kau telefon je aku. Satu lagi kalau boleh aku nak kau cari PA yang betul-betul nak kerja dengan aku." Syarif mengangguk tanda faham.
"And satu lagi aku tak nak yang tahu menggatal je 24 jam." banyak betul kerenahan big boss nya. Bayangan big boss nya hilang selepas beberapa saat. Laju benar dia berjalan.
Syarif mengambil barang-barang yang diperlukan itu lalu menuju ke arah bilik yang seharusnya big boss nya itu berada ketika langsungnya aktiviti menginterviu.
"Allysa Sofiya?!" panggil salah seorang pekerja disitu. Dia terus mengangkat punggungnya lalu menuju ke arah tempat interviu atau lebih tepat lagi bilik mesyuarat.
Pelbagai persoalan yang ada di minda. Sama ada lulus atau sebaliknya.
Sebaik sahaja masuk, dia melihat satu persatu wajah. Semua sekali ada tiga termasuk lelaki itu.
Eh?! Macam kenal je lelaki tu. Tapi dekat mana?
"Cik Allysa Sofiya binti Mohd Khairul?" soal lelaki itu sambil memandang ke arahnya.
"Ya saya." jawabnya sopan.
"Cantik nama awak." puji lelaki itu. Kembang kempis hidung Allysa dibuatnya.
"Thanks encik?"
"Syarif Asyraf." balas lelaki itu. Allysa mengangguk faham.
Nama lelaki itu sama macam nama ex ketua kelas dia.
Mereka memulakan interviu sambil mencatit pada kertas yang disediakan. Pelbagai soalan yang ditanyakan kepadanya. Antaranya ialah pengalaman kerja, sebelum ni kerja apa dan sebagainya.
"Terima kasih Cik Allysa kerana sudi menjawab soalan kami." ucap wanita yang berbadan sedikit gempal itu. Senyuman wanita itu membuatkannya berasa selesa sedikit.
Allysa menghadiahkan sebuah senyuman buat mereka sebelum meninggalkan tempat itu.

YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...