7 bulan kemudian..
Riuh-rendah rumah banglo Harris dengan suara manusia. Hannah sudah mengandung 6 bulan dah. Wafa sudah pun berkahwin dengan Danny beberapa bulan yang lalu.
Syarif pula dah bertunang dengan Siti Haireena, iaitu Reen dan bulan depan mereka diijabkabulkan. Iman pula dah berkahwin dengan salah seorang junior sekolah menengah dulu. Khairina namanya. Cun habis diorang naik pelamin.
Ingat lagi tak sepupu Harris? Sara Emilia? Hah.. Dia baru diijabkabulkan semalam dengan penyanyi terkenal, Rif Zharfan. Atau nama sebenarnya Ku Zharif Zharfan.
OMG!!
Dato' Hisyam dan Datin Mariana sudah menimang cucu sulung. Cucu lelaki. Makin meriahlah rumah mereka. Encik Khairul dan Puan Anisa bukan main happy dengan kedatangan orang baru dalam keluarga mereka.
Tiga bulan lagi diorang akan menyambut pula kedatangan cucu keduanya daripada Alief dan Hannah.
Jangan tanya kenapa Alief junior lambat keluar sedangkan Harris junior keluar dulu. Jangan tanya okey!
Memandangkan Harris junior dah keluar dari bilik tidur, Puan Anisa dan Datin Mariana berebut untuk mendukung cucunya.
Alahai kecil-kecil lagi dah jadi rebutan. Besar nanti jangan jadi buaya daratan sudahlah.
Harraz Adrian bin Harris Alian. Nama diberi oleh bapak dia sendiri.
Katanya biarlah nama anak dia sama dengan nama arwah Raz. Menangis diorang bila teringatkan arwah Raz. Harris punya pasallah sampai si Allysa tu menangis teresak-esak.
"Bro, meh sini anak kau. Nak rasa jugak macam mana jadi bapak." ujar Iman lalu menghulurkan tangannya.
"Ewah-ewah kau. Bagilah change dekat aku ni." ujar Danny pula.
"Eh dua orang ni. Aku hempuk jugak dengan meja ni jap lagi." omel Harris sambil mendukung anaknya.
Orang nak bermanja dengan anak sendiri pun tak senang.
"Handsome anak kau. Muka dia macam akulah. Haha." ujar Syarif pula.
Eh dia ni!
"Bongok kau. Muka dia macam uncle dialah. Handsome!" ujar Alief sambil memuji dirinya sendiri.
Masuk bakul angkat sendiri nampak!
Eh budak ni pulak mengada-ngada.
"Apehal muka kau pulak? Muka dia ni macam bapak dia, okey." ujar Harris. Dia membuat roll eyes.
"Eleh, yelah tu." ejek Iman dengan membuat muka hodohnya.
Dah serupa beruk je Iman ni!
Yang lain hanya menggeleng kepala melihat perangai empat orang jejaka itu. Dah boleh jadi bapak orang pun perangai masih lagi budak-budak.
Siapalah dia tu?
Ding!! Dong!! Ding!! Dong!!
Bunyi loceng rumah menyentakkan mereka semua. Datin Mariana segera ke hadapan untuk membuka pintu. Nak suruhkan budak-budak tu? Sampai esok tak buka lagi.
"Assalamualaikum." salam diberi kepada tuan rumah tatkala pintu dibuka.
"Waalaikumussalam.. Masuklah Sara, Rif." pelawa Datin Mariana kepada anak saudaranya.
Sara dan Rif Zharfan melangkah masuk ke dalam rumah itu. Yang lain hanya memandang pasangan itu.
Sara bersalaman dengan Puan Anisa dan juga yang lain.
Siapa sangka Sara yang dulu sudah berubah ke arah yang lebih baik? Kesilapan seseorang telah merubah dirinya menjadi lebih baik.
Sara lebih cantik apabila berhijab. Nampak ayu dan sopan sahaja.
"Makin tembam Az Zahra ni." pipi Az Zahra di dalam dukungan Rif Zharfan dicuit oleh Iman.
Az Zahra merengek apabila pipinya dicuit.
"Hayok Man! Dia dah nak nangis tu." ujar Danny sengaja menakut-nakutkan Iman.
"Sebelum dia menangis, aku blah dulu. Bye!!" ujar Iman lalu berlari ke dapur.
👽THE END 👽
Belum habis lagi, dear!
2 special chapter utk korg ya..
Enjoy your reading!
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...