Sebuah rumah banglo dihadapannya dilihat. Sejak bila Dato' Hisyam sewa rumah ni pun dia tak tahu. Setahunya rumah sewa susah nak dapat zaman kini.
Argh..malas nak fikir. Yang penting tempat berlindung dah ada depan mata.
"Jom masuk." ajak Dato' Hisyam kepada mereka semua. Mereka akur lalu menghayunkan kaki mereka ke dalam rumah banglo itu.
Dekorasi dalam rumah itu dilihat. Cantik!
Itulah ayat pertama keluar dari mulut mereka.
Mesti mahal kan?
"Lysa, kamu pergi rehat dulu. Mama tahu kamu penat. Jom mama hantarkan kamu dekat bilik ya." kata Datin Mariana kepada menantunya.
Untung dia ada mertua baik hati seperti Dato' Hisyam dan Datin Mariana. Syukur sangat.
Allysa mengangguk lalu dia mengikut Datin Mariana. Luggagenya ditarik perlahan.
Sesampainya mereka di kamar bilik, Allysa terus melabuhkan punggungnya di atas katil. Ruang kamar itu dilihatnya.
"Mama keluar dulu ya. Kalau Lysa nak apa-apa panggil je mama." ujar Datin Mariana kepada menantunya. Allysa mengangguk kepalanya.
Setelah Datin Mariana keluar, Allysa menuju ke balkoni. Dia melihat pemandangan itu.
Alangkah indah apabila Harris ada disisinya. Alangkah bahagianya dia bersama dengan orang yang paling dia cinta. Namun, kini mungkin mustahil.
Harris hilang! Dia yakin suaminya itu belum mati.
"Abang.." panggil Allysa sayu. Butiran jernih di tubir matanya sudahpun penuh. Bila-bila masa sahaja hendak gugur.
"Abang.." panggil Allysa lagi. Butiran jernih gugur jua. Emosinya tidak stabil buat masa sekarang. Dia tidak kuat!
Dia tidak sekuat seperti srikandi-srikandi Islam yang berjuang untuk menegakkan agama Islam.
Dia hanya wanita lemah. Wanita yang kehilangan suaminya. Hilang tempat bergantung dan hilang tempat untuk bermanja.
"Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya sendiri. Aku tahu kau kuat. Mana kawan aku yang kuat selama ni? Mana Lysa?" Hannah menghampiri rakannya itu.
"Aku tak kuat Han. Aku tak sekuat Allysa dulu. Dah dua kali aku kehilangan orang yang aku sayang. Dua kali kau tahu tak? Aku tak sanggup dan aku tak mampu hidup tanpa dia." luah Allysa. Air matanya membanjiri pipi mulusnya.
"Kau kuat, Lysa. Aku tahu kau kuat. Jangan nangis lagi. Kalau Harris nampak kau nangis mesti dia marah aku. Senyum untuk dia, please!" pujuk Hannah. Air mata Allysa itu disekanya menggunakan ibu jari.
"A..aku tak boleh. Aku rindu dia, Han. Aku rindu dia..sangat-sangat." tangisan Allysa semakin kuat. Tubuh Allysa dipeluknya erat.
Pening kepalanya memikirkan cara untuk memujuk rakannya ini.
"Aku tahu. Tapi kau tak boleh macam ni. Kau kena teruskan hidup kau." pujuk Hannah lagi.
Lysa, please! Stay qowiy!
"Aku tak boleh, Han." tangisan Allysa semakin menjadi-jadi. Hannah menggosok belakang badan rakannya perlahan-lahan.
"Kita masuk dulu." pinta Hannah lalu dia memimpin Allysa. Katil dituju dan mereka melabuhkan punggung di atas tilam empuk itu.
"Kau tidur dulu. Badan kau ni panas." ujar Hannah kepada Allysa. Allysa hanya akur.
Allysa membaringkan badannya dan selimut ditarik sehingga paras dada.
"Aku keluar sekejap." beritahu Hannah kepada Allysa lalu meninggalkan kamar itu.
Allysa memejamkan matanya. Kepalanya semakin berdenyut-denyut. Kemungkinan terlampau banyak menangis.
Doktor Cindy yang memeriksa Allysa itu keluar. Keluarga Allysa setia menunggu disitu. Risau, cemas, panik semuanya ada setelah melihat Allysa pengsan di tandas.
"Doktor, macam mana dengan anak saya?" tanya Puan Anisa kepada doktor yang merawat anaknya.
Doktor kacukan Chinese-Malay itu hanya tersenyum. Mujur doktor itu orang Malaysia. Taklah susah sangat nak bertutur. Ye dak?
"Puan Allysa tak apa-apa. Cuma saya sarankan supaya dia tak banyak berfikir sebab ia akan menjejaskan kandungannya. Tahniah, Puan Allysa mengandung sebulan." ujar Doktor Cindy panjang lebar berserta senyuman.
Semua ada disitu terlopong.
"Betul ke ni doktor?" tanya Datin Mariana tidak percaya. Doktor Cindy mengangguk kepalanya.
"Alhamdulillah." ucap mereka.
Tak lama lagi riuhlah rumah mereka dengan suara bayi. Yuhuu! Tak sabarnya!
"Thanks doctor." ucap Alief kepada doktor itu. Doktor Cindy hanya mengangguk.
"You're welcome. Kalau macam tu saya pergi dulu." pamit Doktor Cindy lalu meninggalkan keluarga itu.
Mereka menyerbu masuk ke dalam wad itu. Bilik VVIP punya memang perfect.
Semuanya lengkap dan yang paling penting bilik itu luas dan besar. Boleh muat 20 orang dah!
Mereka menunggu sehingga Allysa sedar dari pengsan.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
रोमांस[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...