Hari ini hari terakhir mereka di negara Turki. Mereka mengemas barang-barang mereka untuk balik Malaysia. Harris keluar sebentar untuk menguruskan perjalanan mereka ke airport nanti.
Kini hanya tinggal Allysa berseorangan di dalam bilik hotel sambil mengemas pakaian serta barangan mereka.
Selesai mengemas barang-barang mereka, Allysa menuju ke balkoni untuk melihat kota Turki buat kali terakhir.
Dia berharap agar kenangan yang dicipta disini akan diingati sampai bila-bila.
Harris memulas tombol pintu lalu menolaknya. Allysa dicarinya. Dia segera menapak ke balkoni apabila terlihat susuk tubuh isteri tercintanya berada disitu.
Pinggang isterinya dirangkul dari belakang.
"Abang dah call teksi and check out hotel sekali." beritahu Harris kepada isterinya. Allysa segera memusingkan badannya menghadap suaminya, Harris.
"Jom gerak." ujar Allysa lembut.
"Jom." balas Harris lalu memegang tangan isterinya. Luggage bersaiz besar itu ditariknya. Satu bagasi dah cukup buat mereka berdua.
Mereka meninggalkan bilik hotel itu lalu mereka menuju ke lif.
Beberapa minit kemudian, mereka sudah tiba di lobi. Mereka terus meninggalkan hotel itu memandangkan teksi sudah tiba di depan hotel yang diinapnya selama seminggu.
Pemandu teksi itu mengambil bagasi daripada Harris lalu meletaknya di dalam bonet kereta. Harris dan Allysa mengambil tempat penumpang di bahagian belakang.
Sesampainya mereka di airport, Harris segera mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu.
"Teşekkür ederim. (Terima kasih.)" ucap Harris kepada lelaki itu. Duit tambang dihulurkan kepada lelaki itu. Lelaki berbangsa Turkish itu segera menyambut duit tambang itu daripada pelanggannya.
"Rica ederim. (Sama-sama.)" balas lelaki itu lalu meninggalkan mereka berdua.
Harris merangkul pinggang isterinya manakala tangan kirinya menarik luggage. Mereka menuju ke balai pelepasan.
Sebaik sahaja mereka di Malaysia, Harris mengambil bagasinya lalu diletakkan di dalam trolley. Allysa tidak jauh dari situ dihampirinya.
"Jom sayang." ajak Harris lalu memimpin tangan isterinya.
Takut isterinya hilang!
"Bro!" jerit seseorang sambil melambai ke arah pasangan itu.
"Yow..lama tak jumpa." ujar Syarif lalu memeluk Harris.
"Haha..dahlah tu. Tolong tolak trolley ni and thanks." kata Harris lalu dia dan Allysa meninggalkan Syarif di situ.
Syarif mendecit perlahan. Nasib kaulah Syarif. HAHA!
Mereka menuju ke kereta milik Syarif. Allysa mengambil tempat dibahagian penumpang belakang manakala Harris mengambil tempat di bahagian penumpang dihadapan.
Setelah Syarif memasukkan beg bagasi ke dalam bonet kereta, dia terus membuka pintu keretanya lalu menghidupkan enjin.
Kereta itu bergerak laju meninggalkan lapangan terbang KLIA.
"So, how?" soal Syarif yang sedang memandu kereta audi keluaran terbaru pemberian Harris beberapa bulan lalu.
Ingat lagi pasal diorang bertiga menolong Harris menyiapkan rancangan untuk melamar Allysa pada malam itu?
Hah! Itulah hadiahnya.
"Mana boleh beritahu, kan sayang?" kata Harris lalu menoleh ke belakang. Allysa hanya mengiyakan. Nak tahu kenalah kahwin dulu.
Muehehe!!
"Kedekutlah kau ni." ujar Syarif sambil menjeling ke arah sahabatnya, Harris. Geram pun ada.
"Kau nak tahu sangatkan? Kau kahwinlah dulu baru tahu rasa dia macam mana. Betul tak sayang?" Allysa mengangguk malu.
Alahai encik suamiku sayang ini.
"Kalau ya pun nak bersayang-sayang, jangan buat dalam kereta aku. Nak buat pergi buat dalam bilik. Takdelah orang nak ganggu kau." bebel Syarif kepada pasangan itu.
Jealous?
Of course lah!
"Jealous cakaplah. By the way, bila kau nak lamar si Haireena tu?" soal Harris pula. Dia memandang sahabatnya yang sedang memandu itu.
Macam mana dia tahu? Biarlah jadi rahsia. Huihui!!
"Hujung minggu nanti. Tapikan bro, dia terima ke lamaran aku nanti?" lelaki mana tak takut kena reject?
Allysa hanya mendengar perbualan itu. Wah! Tak sangka dalam diam ada taman bunga si Syarif ni.
"Reject tu perkara biasalah bro. Kalau dia reject kau, aku gelak je. Haha!" Syarif membuat muka menyampah.
Tak membantu langsung.
"Lysa, tengok laki kau ni. Bukannya nak bagi semangat ke apa dekat aku ni. Menyampah!" omel Syarif geram.
Nasib baik dia tengah drive. Kalau tak dah lama dia cekik si Harris tu sampai mati.
Si alien ni tak layak hidup di atas muka bumi tapi layak hidup di dalam loji kumbahan yang penuh dengan sisa-sisa kumbahan!
Uh, stress!

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Любовные романы[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...