8

5.7K 258 3
                                    

Azan Subuh berkumandang di masjid dan surau yang berhampiran. Aku terus menggeliat malas lalu mengubah posisi badanku di atas katil. Telefon pintar diambil lalu dibukanya. Aku melihat angka jam di skrin telefon lalu bangun. Katilku dikemas ala kadar bagi mengurangkan kedutan. Tuala diambil lalu kakiku menuju ke arah bilik air.

Selesai mandi, almari pakaianku dihampiri lalu membukanya untuk mencari baju t-shirt dan seluar track. Selesai memakai baju dan seluar, aku menuju ke bilik yang dikhaskan untuk solat. Aku tiba sana lebih awal daripada abang Alief. Ibu dan ayah sudah berada disana. Mereka menunggu kami untuk solat Subuh berjemaah.

Solat Subuh diimamkan oleh abang Alief yang lengkap berkain pelikat. Suaranya yang membaca ayat al-Quran sangat merdu even dia tu abang aku.

"Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah.." selesai memberi salam, dia menukarkan posisinya. Dia berzikir diikuti oleh keluargaku.

Tangannya diangkat lalu menadahkan tangan untuk memohon doa daripada Yang Maha Esa.

"A'uudzu billaahi minasy-syaithaanir-rajim. Bismillahir-rahmaanir-rahiim. Al-hamdu lillahi rabbil-'aalamiin,hamday-yuwaafii ni 'amahu wa yukaafii maziidah. Yaa rabbanaa lakal-hamdu kamaa yambaghii li jalaali wajhikal-kariimi wa 'azhiimi sulthaanik.

Ya Tuhan kami,berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat,dan lindungilah kami dari azab neraka. Ya Allah,ampunilah dosa kami,dosa kedua-dua ibu bapa kami dan tutupilah segala kesalahan kami dan semoga jika kami mati nanti bersama-sama dengan orang-orang yang baik-baik. Rabbanaa atinaa fidhuniyaa hasana wafil-aatihasanathan wakina azab-bannar.Wasallahu 'aala saiyidina Muhammad, wa 'aala aalihi wasahbihi wasal-lam walhamdulillah-hirabbil 'aalamiin." tangan diangkat ke muka lalu menyapunya. Aku bersalaman dengan ibu dan ayahku. Tak lupa jugak dengan imam hari ini.

"Ma,abi, Allysa naik bilik dulu." pamitku sebelum melihat tempat abang Alief duduk tadi. Kosong? Mesti naik bilik main ML. Haih, hantu games sungguh abang aku ni.

"Haa.. Yelah."










Allysa menyapu rata bedak yang dipakai. Usai memakai bedak, dia mengoles sedikit lipstik pada bibirnya. Setelah itu, shawl berwarna krim itu diambil lalu membelitnya di kepalanya. Jam tangan kesayangannya dipakainya. Gelang tangan berwarna silver itu disentuhnya.Simple but elegant. Sesuai dengan tangannya itu.

Perfume Dunhill Blue yang dihadiahi oleh abang Alief disembur pada pangkal leher dan nadi ditangannya. Dia menilik pakaiannya buat kali terakhir sebelum turun ke ruang makan.

Allysa turun anak tangga satu demi satu. Buat naya aje kalau jatuh. Meja makan dihampiriku. Aku menarik salah satu kerusi disitu lalu melabuhkan punggung. Masakan Puan Anisa tiada tandingannya. Jika dipertandingkan dengan masakan hotel 5 bintang sudah pasti masakan mamanya menang.

"Abang, adik nak pinjam kereta abang boleh?" aku mengerdipkan mata beberapa kali. Muka comel ditayangkan.

"Tak boleh. Tengah hari nanti abang nak pakai kereta." balas abang Alief sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.

"Ala.." aku mencebir bibirku. Tangan disilangkan di dada.

"Adik pakai kereta mama je. Kunci ada atas almari sana." Puan Anisa menunjukkan keberadaan kunci keretanya. Pipi Puan Anisa dikucupnya.

"Thank you so much,mama." ucapku lalu menuju ke arah almari dimana kunci kereta milik Puan Anisa berada. Allysa kembali semula ke meja makan. Makanan yang ditinggalkannya sebentar tadi disambung semula.








Di pejabat, ramai staf disitu mengerumunginya. Rata-rata staf memuji kecantikannya pada hari ini kerana dia memakai baju berwarna merah menyala dipadan dengan shawl berwarna krim. Tangan miliknya diraih. Mereka terkejut melihat gelang tangan yang dipakai oleh Allysa. So beautiful.

Pada masa itu juga, Harris berjalan sambil menggalas briefcasenya menuju ke biliknya. Mukanya usah dikata,berkerut habis. Staf-staf disitu berlari lintang-pukang ke meja masing-masing apabila melihat figura bosnya itu. Boss tengah badmood. Be careful !

Allysa seperti biasa dia menuju ke pantri untuk membuat secawan kopi kaw-kaw punya untuk si big bossnya itu. Mug dicapai di rak yang disediakan lalu bekas gula dan satu pek coffee 2 in 1 diambil untuk membuat air.

Usai membuat coffee, dia berjalan menuju ke bilik bosnya sambil mendulangkan secawan coffee yang berasap nipis. Pintu bilik itu diketuk berkali-kali. Namun, tiada sahutan dari dalam.

'Dah pengsan ke apa bos ni?' bisik hati kecil Allysa.

Tanpa membuang masa lagi, dia memulas tombol lalu dia masuk ke dalam. Coffee itu dihidang di atas meja kerja Harris. Wajah bosnya dipandang. Berkerut-kerut dahi bosnya itu yang sedang memicit batang hidungnya.

"Big boss oh big boss. Big boss okey tak?" soalku sambil memandang wajah kacak Harris itu. Kacak macam alien. Haha.

"Pening sikit." balasnya pendek tanpa melihat wajah Allysa di hadapannya.

"Err..big boss dah makan ubat ke belum?" soalku lagi. Mana tak risaunya jikalau bosnya itu pengsan buat kali ke-2 tak ke naya dia kena angkat?

"Belum.." jawabnya sepatah. Mukanya berkerut lagi. Alahai kesian bigboss kesayangan aku ni.

Allysa memapah Harris ke sofa yang ada di situ. Tubuh Harris dibaringkan dan dia menuju ke pantri semula untuk mengambil air suam dan panadol.

Beberapa minit kemudian, figura Allysa kelihatan semula dengan membawa segelas air suam dan sepapan panadol buat big boss ‘kesayangan’.

"Big boss, bangun makan ubat dulu." seperti seorang ibu sedang mengejutkan anaknya yang sedang sakit itu.

Harris mencelik sedikit. Dia bangun perlahan-lahan dan mengubah posisinya itu kepada duduk. Air suam dan sebiji panadol disuakan kepada Harris. Harris menyambutnya lemah. Ubat ditelan bersama-sama air. Berkerut mukanya menahan pahit ubat itu.

Gelas kosong itu diberi semula kepada setiausahanya. Gelas itu bertukar tangan. "Thanks a lot Allysa." serak suaranya mengucapkan terima kasih kepadaku. Fuhh..suara dia bikin hati aku cair.

"You're welcome, my lovely big boss." ucapku tanpa menyedari ayat terakhir itu.

Harris mencebik. Cis, nak suruh aku up gaji dialah tu.

"Saya keluar dulu." pamit Allysa seraya itu dia meninggalkan Harris keseorangan disitu.















PROMOTE!!!!

ICE PRINCESS👑 by its_shaa

Marilah sama² kita support kwn sis ni. Dia baru je buat story for the first time😉

Satu lagi..nmpk ⭐ ni? Sila vote untk sis😭😭 sis xpaksa korg untk tekan ⭐ if korg rasa mana² bab best, sis galakkan korang tekan ⭐.. *Batak sia*😂

Comment if ada keslahan bhasa or tutur kata or ayat yg agk tunggang- langgang.. Maaf jika ada typo tu. Sis manusia biasa😉

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now