Tinggal tiga hari lagi dimana hari bahagianya itu tiba. Allysa menolong apa yang patut di rumah mertuanya memandangkan majlis itu diadakan di rumah Dato' Hisyam. Semuanya atas permintaan mama Harris.
"Harris, awak dah agihkan kad jemputan dekat semua staf?" soal Allysa ketika dia ternampak bayangan Harris.
"Saya dah suruh Syarif agihkan. No worries, sweety." ucap Harris sambil menghadiahkan senyuman manis buat bakal isterinya. Allysa tersipu-sipu malu.
"Err..saya pergi sana dulu. Bye." Allysa melarikan diri dari Harris. Kan tak fasal-fasal cair dia dekat situ.
Comel je!
Kring!!
Harris menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefonnya. Dia melihat nama pemanggil itu sebelum menjawab.
"Bro!" panggil Syarif menyapa gegendang telinganya. Kedengaran nafas Syarif tercungap-cungap.
"Apa dia? Ada masalah ke dekat office?" soal Harris. Mukanya berkerut-kerut.
"Ada. Staf-staf kau serbu aku tanya macam-macam pasal kau." cerita Syarif kepada sahabatnya.
"Really? Hahaha." Harris melepaskan tawanya. Kesian sahabatnya itu.
"Aku poteng kerja sekejap. Malas nak hadap soalan diorang tu. Okey bye. Cau lu."
Serta-merta panggilan itu dimatikan. Harris menggeleng kepalanya.
"Nak kahwin dah kawan aku ni." kata Wafa kepada Allysa. Tubuh sahabatnya itu didakap erat.
"Lepas ni kita jaranglah berjumpa." kata Wafa lagi. Alah.. Ratu drama air mata datang dah.
"Jangan cakap macam tu beb. Aku sayang kau berdua." ucap Allysa kepada dua orang sahabatnya. Gila tak sayang orang yang stay dari zaman sekolah menengah sampai sekarang. Kawan satu kepala.
"Nampaknya aku tak boleh datanglah masa kau akad nikah tu. Tapi malam tu aku datang." ujar Hannah kepada sahabatnya.
"Habis tu aku? Aku tak tahu nak datang majlis kau ke Hannah. Botaklah aku macam ni." keluh Wafa. Apa kena mengena botak dengan majlis akad nikah?
"I don't know. Ikut suka hati kaulah nak datang majlis yang mana satu. Aku tak kisah pun asalkan malam tu kau jadi bridesmaid aku." ujar Allysa kepada Wafa. Hannah hanya memerhati. Rasa bersalah pula menipu sahabatnya itu.
"Dah,dah. Tak naklah buat drama air mata dekat sini. Nanti banjir bilik aku." gurau Allysa. Mereka ketawa terbahak-bahak.
Jika salah seorang daripada mereka membuat kesalahan, mereka akan menegur. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka menganggap masing-masing seperti keluarga sendiri. Suka duka dikongsi bersama. Itulah sahabat dunia dan akhirat.
"Jom makan. Aku lapar. Hehe.." ajak Wafa lagi. Hannah menggeleng kepalanya. Kuat makan betul sahabatnya itu.
"Jomlah. Mama ada masak lebih tu." ajak Allysa. Mereka turun dari katil milik Allysa lalu melangkah keluar dari situ.
Mereka melangkah ke arah dapur. Well, dah biasa dengan keluarga Allysa yang terlebih ramah itu.
"Wah! Ikan siakap tiga rasa. Yummy!" kata Wafa ketika dia mengangkat tudung saji. Hannah mengambil pinggan untuk mereka bertiga manakala Allysa membuat air anggur untuk mereka.
"Woi, tunggu Lysa." marah Hannah ketika dia melihat kawannya itu berura-ura hendak makan. Tak menyabar betul!
Wafa hanya tersengih seperti kerang busuk. Mereka menunggu Allysa di meja makan. Selesai membuat air, Allysa membawa jug air itu lalu diletakkan di atas meja makan.
Dia menuang air ke dalam gelas. Allysa melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Wafa manakala Hannah duduk sebelah kanan Allysa. Kiranya Allysa duduk ditengah-tengah. Macam boss!
"Sis, baca doa." arah Wafa kepada Hannah. Almaklumlah Hannah tua dua bulan dari mereka.
Hannah akur lalu membaca doa makan. Takkan doa tidur pulak. Haha. Tak lawak!
"Korang, tidurlah sini malam ni." pinta Allysa ketika mereka menikmati hidangan itu.
"Alright!" balas mereka serentak. Mereka menyambung makan sehinggalah kenyang.
✈✈✈
Pendek je bab ni..huhu😄

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Любовные романы[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...