Hari bahagia sudah pun tiba. Hari ini hari terakhir dimana dia digelar sebagai anak dara. Lepas ni dah jadi isteri orang. Tanggungjawab pun dah berat!
Allysa mengenakan baju pengantin berwarna putih. Mukanya kini telah diconteng pelbagai barang make up yang ada disitu. Jangan macam badut sudah.
"Akak touch sikit dekat hidung ya." aku hanya mengangguk. Cermin dihadapanku dilihat.
Sekejap lagi kau dah nak jadi isteri orang.bisik hatinya.
"Okey, done." ujar Kak Kina atau lebih dikenali mak andam pada hari ini.
"Thanks sis." ucap Allysa ikhlas. Pintu biliknya diketuk. Puan Anisa melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.
"Jom sayang. Kita bertolak sekarang." tangan anaknya dipimpin sampai ke tangga.
"Lysa dah sedia nak jadi isteri Harr?" soal Puan Anisa kepada anak perempuannya.
"Dah ma." ujarnya ringkas. Alief baru sahaja turun segera menuju ke arah ruang tamu dimana keluarganya berada.
Dia mengenakan baju melayu berwarna putih berserta sampin bersulam emas. Songkok tersarung kemas di kepala.
Perfecto!
Untung siapa dapat abangnya itu. Handsome! Hahaha..
"Jom gerak." Encik Khairul bersuara lalu mereka sekeluarga segera keluar menuju ke arah kereta.
"Pengantin-pengantin sekalian, sila duduk dibelakang. Biar abi drive." ujar Encik Khairul kepada anak-anaknya. Mereka akur lalu mengambil tempat masing-masing.
Kereta dihidupkan lalu Encik Khairul menekan pedal minyak. Kereta itu meluncur laju ke arah masjid.
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Hannah Syafika binti Mohd Taufiq dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Hannah Syafika binti Mohd Taufiq dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Sah?" soal tok kadi kepada empat saksi.
"Sah!" kata saksi-saksi itu serentak.
Dengan sekali lafaz Hannah sudah pun menjadi isteri sah kepada jejaka bernama Alief Syafiq.
Air matanya gugur setelah mendengar lafaz dari Alief. Kini dia sah menjadi isteri Alief. Alief segera ke arah Hannah setelah selesai men-Aminkan doa.
Tangan kanan Hannah diraih. Cincin bertahtakan berlian itu disarungkan pada jari manis Hannah. Setelah itu, Hannah mengambil cincin untuk menyarungkan pada jari manis Alief. Hannah menyalam tangan Alief. Kini giliran Alief untuk mencium dahi Hannah. Lama.
Klik! Klik! Klik!
Rata-rata mereka mengambil gambar pasangan itu.
Kini tibalah giliran Harris untuk melafazkan ijab dan kabul. Peluh merinik di dahinya. Berdebar pengantin! Harris memegang tangan bakal bapa mertuanya.
"Harris Alian bin Ahmad Hisyam."
"Ya, saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Allysa Sofiya binti Mohd Khairul dengan senaskah al-Quran dan mas kahwinnya tiga ratus empat puluh lima ringgit tunai."
"Sah! Eh, silap!" Harris terus gelabah apabila dia tersilap sebut. Tetamu yang hadir termasuklah tok kadi itu ketawa apabila mendengar lafaz daripada Harris.
'Sah?'
Apakah?
"Sekali lagi ya." Harris mengangguk malu. Jatuh saham wei. Tangan itu dipegang kembali.
"Harris Alian bin Ahmad Hisyam."
"Ya, saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Allysa Sofiya binti Mohd Khairul dengan senaskah al-Quran dan mas kahwinnya tiga ratus empat puluh lima ringgit tunai." Encik Khairul menggoncang(?) tangan Harris.
"Aku terima nikahnya Allysa Sofiya binti Mohd Khairul dengan senaskah al-Quran dan mas kahwinnya tiga ratus empat puluh lima ringgit tunai."
"Sah?" soal tok kadi itu kepada empat orang saksi yang hadir.
"Sah!" jawab keempat-empat saksi itu serentak.
Dengan lafaz kali kedua akhirnya Allysa sah menjadi isteri kepada Harris. Doa dibacakan oleh tok kadi.
Usai men-Aminkan doa, dia segera menuju ke arah Allysa. Cincin diambil dari bekas baldu itu. Allysa menghulur tangannya lalu Harris menyambutnya. Cincin bertahtakan batu permata itu disarungkan pada jari manis Allysa.
Kini, Allysa mengambil cincin lalu tangan Harris dipegangnya. Cincin itu disarungnya pada jari manis Harris. Setelah menyarung cincin, Allysa menyalam tangan suaminya.
Harris mendekatkan bibirnya pada dahi Allysa. Dia mengucup dahi isterinya itu. Lama.
Klik! Klik! Klik! Klik!
Syarif mengambil beberapa gambar memandangkan dia photographer berbayar Harris. Jika tak berbayar dah lama dia tolak tawaran itu.
Jahat, bukan?
"Dah,dahlah tu ciumnya. Malam nanti pulak." Iman bersuara. Jealous lah tu.
Mereka ketawa apabila mendengar kata-kata Iman. Bertuah punya kawan!
"Congrats bro." ucap Danny kepada sahabatnya. Tangan dihulurkan kepada Harris. Harris menyambut huluran sahabatnya itu.
"Thanks bro." balas Harris.
Ramai yang mengucapkan tahniah kepada dua pasangan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/132948472-288-k161579.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...