36

4.7K 157 4
                                        

"Good morning, sayang." bisik Harris ditelinga Allysa. Allysa mencelik sedikit kemudian dia kembali menutup matanya. Mengantuk!

Malam tadi punya pasal!

"Sayang.." bisik Harris meleret. Senyuman nakalnya ditayang bersama.

"Hmm.."

"Dah-dahlah tidurnya. Jom mandi kejap lagi dah nak masuk waktu Subuh." kata Harris kepada isteri tercinta. Allysa bangkit dari perbaringan dengan malas.

Diikutkan hatinya, dia mahu tidur sampai matahari atas kepala.

"Arghh!!" jerit Allysa apabila melihat Harris hanya mengenakan boxer. Gila ke apa!

"Janganlah menjerit. Nanti orang dalam rumah ni bangun pulak." kata Harris kepada isterinya. Gila tak terkejut dengan suara nyaring isterinya itu. Silap-silap boleh pekak telinganya.

Bini siapalah ni! Haish!

"Abang punya pasallah. Pagi-pagi lagi dah berbogel depan saya ni." bebel Allysa. Harris menayangkan senyuman nakalnya. Berbogel ya?

"Tapi sayang sukakan?" suaranya sengaja dibuat dengan nada menggoda. Allysa sudah malu. Haish!

"Mana ada." nafi Allysa. Dia menutup separuh mukanya dengan selimut tebal itu.

"Tak mengaku pulak dia ni. Ke sayang nak satu round lagi?" soal Harris. Dia mendekati Allysa yang berada di dalam bungkusan selimut.

"Err..saya mandi dulu. Bye!" Allysa berlari ke arah bilik air bersama selimut tebal yang menutupi tubuhnya.

Pintu bilik air dikuncinya. Beberapa minit kemudian, dia membuka pintu bilik air lalu menjenguk sedikit.

Line clear!

Dia berlari keluar bersama selimut tebal yang menutupi tubuhnya. Harap tak terpijak selimut. Kalau tak memang tergolek dia.

Tuala miliknya diambil di tempat penyidai. Dia kembali menuju ke arah bilik air sementara Harris tiada disitu. Pergi mana pun dia tidak tahu.

Usai membersihkan dirinya, dia mencari pakaiannya. Tiada?

Oh my Lord!

Lupa nak ambil sekali. Allysa mengutuk dirinya. Muda-muda lagi dah nyanyuk. Bini siapalah ni!

Allysa menjengul sedikit kepalanya mencari kelibat Harris. Harris sedang tidur itu dipandangnya.

'Aip? Sejak bila dia tidur semula? Lama sangat ke aku mandi?'gumam Allysa.

Dia segera melangkah keluar dari bilik air itu. Terjengket-jengket kakinya berjalan bagi mengelakkan sebarang bunyi. Macam pencuri pun ada.

Wardrobe ditujunya. Dia mengambil pakaiannya yang tersusun rapi di dalam wardrobe milik Harris.

Tiba-tiba, tangan sasa Harris melingkari pinggang ramping milik Allysa. Terkejut, terkaku semuanya ada. Mahu mati terkejut dibuatnya.

"You make me horny, darling." ucap Harris menggoda. Tergoda dia nampak isterinya berkemban. Allysa meneguk air liur kesat. Rasa menyesal pun ada.

"Abang, pergi mandi cepat. Nanti kita solat berjemaah." pinta Allysa lembut. Satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada Mr. Alien ini.

"Alah..nantilah sikit. Nak berasmaradana dengan sayang pun tak senang." ujar Harris sambil menerjah leher isterinya. Sudah-sudahlah tu nak cop mohornya!

"Abang pilih.. Nak pergi mandi ke nak puasa sebulan?" soal Allysa tegas namun suaranya masih lembut. Dengan suami kena berlembut. Tak bau Syurga dia nanti.

"Yelah,yelah. Kedekut gila dia ni." bebel Harris sendiri. Dia mengambil tualanya di penyidai.

"Abang,saya dengar!" ujar Allysa lantang. Dia menjeling ke arah suaminya itu. Geram!

Harris ketawa kecil. Kelakar akan perangai isterinya itu.














Kletang!! Kletung!! Kletang!! Kletung!!

Bunyi kuali dan spatula berlaga di dapur. Datin Mariana baru sahaja menapak ke dapur itu terkejut akan Allysa yang sedang memasak untuk sarapan.

"Awal bangun Lysa." tegur Datin Mariana alias mak mertuanya. Allysa asyik menggoreng nasi itu menoleh ke arah mak mertuanya.

"Hehe..tak adalah awal sangat ma." ujar Allysa kepada Datin Mariana. Dia mengacau nasi di dalam kuali. Datin Mariana mengambil teko untuk membuat air kopi.

Hannah menapak ke ruang dapur untuk menolong dua orang wanita itu menyediakan sarapan.

"Assalamualaikum aunty, Lysa." salam diberi tatkala dia berada di situ. Datin Mariana dan Allysa menoleh ke arah Hannah.

"Waalaikumussalam." balas mereka serentak. Hannah menuju ke arah Allysa.

"Nak aku tolong apa?" soal Hannah kepada sahabatnya. Allysa menoleh ke arah Hannah.

"Pergi ambil pinggan dan cawan. Lepas tu kau susun atas meja makan." arah Allysa. Macam 'mem' besarlah pulak. Huhu!

Hannah hanya akur lalu dia mengambil pinggan dan cawan yang berada di dalam kabinet kaca. Seriously kaca lagi!

Berapa banyak diorang ada? Luar rumah pun 50% daripada kaca. Dalam rumah lagilah. Nasib baik sofa bukan daripada kaca. Haha!

Apabila sarapan siap dihidangkan, barulah mereka naik ke atas untuk memanggil suami tercinta masing-masing.

Allysa memulas tombol pintu kamar suaminya. Dia melangkah masuk ke dalam kamar itu. Dia menuju ke suaminya yang sedang menaip sesuatu di dalam laptop. Tak lain tak bukan mesti kerja. Haih.. Workaholic sungguh suaminya itu.

"Abang." panggil Allysa lembut. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan suaminya.

Harris terus memandang wajah jelita isterinya seketika. "Ya sayang. Ada apa?"

Tangannya ligat menaip pada papan kekunci. Nak je campak laptop dari balkoni alang-alang tu masuk terus dalam kolam ikan kesayangan Dato' Hisyam.

"Jom breakfast. Kerja tu esok-esok boleh buat." ujar Allysa kepada Harris. Tangan Harris diraihnya lalu dia menarik tangan Harris untuk bangun.

"Wait a minute. Abang nak tutup laptop sekejap." ujar Harris lalu dia menutup laptop jenama apple. Laptopnya itu diletakkan di atas meja.

"Let's go baby." Harris memeluk pinggang ramping isterinya lalu mereka keluar dari bilik itu.

Setibanya mereka di meja makan, mereka mengambil tempat masing-masing. Allysa menuang air kopi ke dalam cawan lalu diletakkan di tepi pinggan suaminya.

Harris mencedok nasi goreng buatan isterinya ke dalam pinggan. Dia menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Sedap!

"So, macam mana malam tadi?" soal Dato' Hisyam kepada anaknya. Harris terus tersedak. Allysa cepat-cepat menuang air masak ke dalam gelas lalu disuakan kepada Harris. Belakang badan Harris digosoknya perlahan.

"Biasa je, pa." ujar Harris. Mukanya sudah berona merah. Ingat perempuan je reti malu? Lelaki pun reti okey!

Alief menahan ketawanya daripada terburai. Bukan lawak mana pun!

"Kamu pulak macam mana Alief?" soal Encik Khairul kepada anaknya. Kini giliran Harris ketawa. Tadi ketawakan orang kan? Nah, giliran kau pulak kena!

"Err..biasa je, abi." Alief copy paste ayat Harris. Jahanam punya abang ipar!

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang