4 tahun kemudian...
Riuh-rendah bunyi suara kanak-kanak memenuhi Villa Harrlysa. Ada yang menjerit, menangis, ketawa dan banyak lagi. Kaum Hawa pula sibuk menyediakan bahan untuk membuat BBQ pada malam nanti. Kaum Adam pula ada yang sibuk melayan anak-anak, dan ada juga sedang menonton televisyen takpun tidur.
Bayi perempuan berusia 4 bulan tiba-tiba menangis di atas riba Harris.
Duhai anak, engkau menangis lagi!
"Sayang, anak nangis ni!"jerit Harris, kuat.
Boleh pekak si anak!
Allysa berada di dapur itu segera menuju ke arah suaminya. Nak suruh jaga sekejap pun susah. Harris segera memberikan anaknya itu kepada isterinya.
Harrisya bertukar tangan.
"Sayang lapar ya? Jom kita masuk bilik ya." ujar Allysa kepada anaknya. Harrisya berada dalam dukungan Allysa serta-merta diam.
Good girl.
Allysa menghayunkan kakinya ke tingkat atas. Harris mengikuti jejak isterinya dari belakang. Allysa perasan bahawa suaminya sedang mengikutinya itu lalu dia bersuara.
"Abang nak pergi mana?" tanya Allysa kepada suaminya. Dia berhenti di anak tangga pertama.
"Nak ikut sayanglah. Hihihi." balas Harris kepada isterinya. Allysa menggeleng kepalanya.
"Tak payah mengada ikut. Pergi tengok Harraz dan Harriz dekat sana." ujar Allysa tegas. Harris memprotes.
Ni yang tak suka ni!
"Tak payah buat muka macam tu. Tak comel pun." sambung Allysa lagi. Harris mencebik. Ceh!
Tapi handsome, kan?
"Tapi abang paling kacak, kan?" Harris mengangkat keningnya. Allysa membuat muka menyampah. Poyolah suaminya ini!
"Tak pun. Dah pergi main jauh-jauh." halau Allysa. Harris mencebik lagi.
Nak ikut!! Sob..sob..
"Alaa..nak ikut!!" Allysa sudah menggeleng kepalanya. Haih..susah ada suami macam ni.
"No way. Pergi tengok Harraz dan Harriz tu." ujar Allysa tegas namun intonasinya masih lagi lembut. Tinggikan suara nanti tak boleh jugak. Nanti tak bau Syurga!
"Yalah,yalah." akhirnya Harris mengalah. Sejak ada anak-anak ni isterinya kuat membebel dan tegas.
Harris memusingkan tubuhnya lalu menuju ke arah anak lelaki sulungnya yang sedang bermain dengan Farith Uwais, anak Danny.
Actually, anak Danny ni gemuk. Hahaha!
Seorang lagi tengah menonton cerita kartun dengan pakcik dia. Siapa lagi kalau bukan Alief, peminat cerita kartun.
Budak-budak yang lain?
Hanna dan Husna tengah layan Didi and friends dalam iPad bapak dialah, Alief.
Haikal pula tengah menangis sebab si bapak tu mengusik. Si Iman ni kalau tak mengusik anak dia memang tak sah.
Hazreel tengah tidur atas dada si bapanya, Syarif.
Shahir, anak Syarif tengah main game dengan pakcik Danny.
Dah macam tertukar anak pun ada!
"Abang main apa tu?" soal Harris kepada anaknya. Harraz segera menoleh lalu memandang wajah babahnya.
"Abang main ultraman dengan Wais. Babah nak main jugak ke?" soal Harraz kepada babahnya. Harris mengangguk laju.
"Nak-nak. Kita main sama-sama." ujar Harris riang. Alahai dah serupa kanak-kanak ribena dah.
Mereka bertiga bermain dengan mainan yang ada disitu. Kadang-kadang Harris buat-buat jatuh. Almaklumlah raksasa, kan? Hahaha!
"Harr, isteri kamu mana?" soal Datin Mariana kepada anaknya. Harris terbaring disitu segera memandang wajah mamanya.
"Tengah menyusu anak, ma. Kenapa?" soal Harris pula. Datin Mariana menggeleng kepalanya sebelum dia bersuara kembali.
"Tak adalah. Mama saja je tanya sebab tiba-tiba dia menghilang." balas Datin Mariana. Harris hanya mengangguk faham. Ingat ke apalah tadi.
Datin Mariana menuju ke arah dapur kembali. Harris menghantar mamanya dengan ekoran mata. Setelah kelibat Datin Mariana hilang dari pandangannya, dia kembali bermain.
Farith Uwais melompat ke atas badan Harris disertai oleh Harraz. Urgh..berat sia anak Danny ni. Boleh penyek dia ni tambah pula anaknya itu turut berada di atas perutnya. Eloklah tu, seorang duduk atas dada dan seorang lagi duduk atas perut dia.
Seksa layan budak-budak ni.
"Wais, turun. Uncle takleh nafas ni." pinta Harris kepada Farith Uwais. Budak bernama Wais itu akur lalu dia turun dari dada Harris yang didudukinya sebentar tadi.
"Abang pun turun jugak." sambungnya lagi. Harraz menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.
Harris mengeluh perlahan. Keras kepala budak ni seorang. Ikut perangai siapalah ni?
"Turunlah. Nanti babah tak nak beli kereta mainan." ugut Harris. Harraz segera turun apabila dia mendengar ugutan dari babahnya.
"Babah janji ya belikan abang kereta mainan." kata Harraz lalu dia menghulurkan jari kelingkingnya kepada Harris.
Harris menyambut jari anaknya itu. Alahai kecilnya jari budak ni.
"Ya, babah promise." ujar Harris kepada anaknya. Harraz segera memeluk leher Harris. Tak lupa juga dia menghadiahkan satu ciuman pada pipi Harris.
"I love you so much, babah." ucap Harraz ikhlas.
"I love you so much too, abang." balas Harris lalu dia mengucup pipi anak lelakinya. Sayang anak katakan..
"Bah, Riz nak ucu.(Babah, Riz nak susu.)" celah Harriz sambil memegang botol susunya. Laparlah tu.
"Sekejap babah buatkan. Meh sini botol tu." ujar Harris lalu menadah tangannya. Harriz segera memberi botol susunya kepada babahnya.
Harris segera bangun lalu menghayunkan kakinya ke dapur. Nak buat susu untuk anak.
Adakah ini dinamakan bapa mithali? HAHAHA!!
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romansa[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...