29

4.2K 134 9
                                    

Allysa sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Tiba-tiba, iPhone 6 nya berbunyi minta diangkat. Allysa segera mengambil telefonnya lalu dia melihat nama pemanggil.

"Hello, assalamualaikum." pemanggil itu memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa awak call saya pagi-pagi ni?" tanya Allysa kepada Harris. Telefonnya dilekatkan pada telinganya.

"Hari ni awak tak payah pergi office. Nanti saya ambil awak pukul 9:30 pagi. Kita pergi beli barang-barang kahwin." ujar Harris kepada bakal isterinya. Allysa terlopong.

Boleh pulak dia suruh aku cuti. Lupa pulak dia big boss.

"Ha, yalah." balas Allysa.

"Good bye and take care, sayang." ucap Harris kepada Allysa.

What? Sayang? Seriously?

For the first time?

Dia panggil aku sayang?

I can't breath!

"Aa..er.. Good bye, awak." balas Allysa. Dia terus mematikan panggilan itu. Jantungnya usah dikata seperti dia berlari maraton.

Ya Allah, kenapa dengan jantung aku ni? Dah sampai ajal aku ke?

Astaghfirullah alazim, Lysa apa kau merepek ni.

Allysa beristighfar dalam hati. Beberapa minit kemudian, barulah jantungnya kembali normal.
















Harris baru sahaja turun tiba-tiba dirinya ditegur oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan mamanya, Datin Mariana.

"Harr dah beritahu Lysa nak pergi beli barang hari ini?" soal Datin Mariana kepada anak terunanya. Tangannya ligat menyediakan breakfast buat keluarganya.

Dia mempunyai dua orang pembantu rumah. Kedua-dua orang pembantunya itu hanya ditugaskan untuk mengemaskan rumahnya. Almaklumlah rumah itu besar, dia mana mampu membuat kerja itu seorang diri. So, dia upahlah dua orang pembantu rumah untuk menolongnya mengemas.

"Dah call tadi. Dia kata okay je." ujar Harris lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Papa mana? Biasanya time ni dah ada dekat sini." soal Harris kepada mamanya. Dia mengambil roti bakar lalu diletakkan di atas pinggan di hadapannya.

"Ada dekat kolam ikan. Bagi ikan-ikan kesayangannya makan." balas Datin Mariana. Dia menuangkan air coffee panas ke dalam cawan. Air itu diletakkan di tepi pinggan Harris.

"Kalau macam tu Harr panggil papa dulu." ujar Harris lalu dia berdiri. Dia menuju ke arah kolam ikan yang dimaksudkan oleh mamanya.

"Pa, jom breakfast." ajak Harris setelah dia sampai di kolam ikan. Dato' Hisyam sedang memberi ikan-ikannya makan itu menoleh ke belakang. Bekas makanan ikan itu dia tutup.

"Sekejap." balas Dato' Hisyam kepada anaknya. Bekas makanan ikan itu disimpan ditempatnya. Dia menuju ke arah anak terunanya.

Harris dan Dato' Hisyam menuju ke arah ruang makan. Mereka mengambil tempat masing-masing. Datin Mariana menghidangkan roti bakar untuk suaminya. Mereka menikmati sarapan itu dengan tenang.
















"Dik, kau tak pergi office ke?" soal Alief kepada Allysa apabila melihat adiknya itu baru sahaja turun.

"Nope. Orang tu bagi cuti." balas Allysa sambil mencedok bihun goreng ke dalam pinggannya.

"How sweet. Dahlah semalam ber'romanticdepan aku." ujar Alief. Tangannya ligat menyentuh skrin telefon.

Nilah budak zaman sekarang. Makan dengan phone. Mandi dengan phone. Tidur dengan phone. Jangan cakap berak pun dengan phone.

Asyik berkepit dengan phone je 24 jam.

"Lebih baik kau delete video tu,bang." ujar Allysa tegas. Alief membuat muka innocent. Ada yang kena sepak karang.

"Nahin, ikke, hindi, nein, no, tidak!!" tu dia dah keluaq dah pelbagai bahasa dari mulut dia tu. Boleh jadi cikgu dah si Alief ni.

"Suka hati kaulah. Lebih baik aku kenyangkan perut aku." bebel Allysa hanya dapat didengarinya sahaja. Dia menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Yummy!

Tiba-tiba, bunyi suara dari telefon Alief. Eh?

"Awak suka bintang?"

Mestilah suka. Cantik macam bulan."

"Bulan dikelilingi bintang-bintang diangkasa. Tugas bintang untuk menyinari sang bulan. Begitu juga dengan kita. Tugas awak untuk menyinari hari-hari saya."

"Chia chia chia."

Hampir tersedak Allysa dibuatnya. What the?

Tak guna punya abang!

Allysa mengambil garfu yang digunanya lalu dibaling ke arah Alief di hadapannya. Garfu itu selamat mendarat di dahi Alief. Alief apa lagi berdebar-debarlah dia. Mujur tak kena mata kalau tak.. Butalah jawabnya.

Kurang asam punya adik!

"Ops.. Sorry abang." ucap Allysa dengan muka tidak bersalah. Dia mengambil garfu lain lalu menyambung kembali suapannya.

Alief disitu sudah keluar asap di telinganya. Bukti? Telinga dia merah. Haha!

Alief merampas pinggan Allysa yang berisi bihun goreng. Allysa sudah merengek apabila makanan dia dirampas oleh abangnya.

"Ma!! Tengok abang ni!" jerit Allysa memanggil mamanya. Puan Anisa sedang mencuci pinggan mangkuk itu hanya menggelengkan kepalanya.

Dia sudah tahu. Pasti anak-anaknya sedang bergelut di meja makan. Haih.. Pening kepala dia dibuat mereka.

"Buuu.. Mama tak layan." kata Alief sambil membuat mimik muka hodohnya itu.

Allysa mencapai pisau makan yang ada disitu. Tangannya berura-ura hendak membaling ke arah abangnya.

Terbuntang mata Alief melihat pisau ditangan Allysa. Kalau pisau kena dekat muka dia ni mesti dah tak hensem.

"Woii.. Pisau jangan main-main. Tak fasal aku mati. Letak balik adik woi. Janganlah woi nanti aku tak sempat kahwin." ujar Alief gelabah. Siapa je tak takut pisau. Sekali lekat dekat badan, uish.. Seram woi!

"Bagi balik makanan aku." pinta Allysa kepada abangnya. Alief segera mengambil pinggan yang dirampasnya lalu diletakkan di hadapan adiknya.

"Dah letak balik pisau tu." arah Alief kepada Allysa. Allysa tersenyum sinis. Tak semudah itu.

Pisau itu dipegangnya erat. Dia berura-ura hendak baling ke arah abangnya.

"ADIK!!" terjerit Alief apabila melihat pisau itu seakan-akan hendak dibaling ke arahnya. Dia memejamkan matanya. Tunggu jelah pisau itu terlekat dekat badannya. Redha jelah.

Allysa meletakkan pisau itu di tempat asalnya. Dia ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengenakan abangnya. Gila!

Alief membuka matanya apabila dia mendengar suara adiknya sedang mengetawakannya. Alief menghembus nafas lega.

Fuh.. Lega!

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now