Tuk.. Tuk.. Tuk..
Bunyi ketukan dari luar menyentakkan lamunan Allysa. Pintu biliknya dibuka dari luar. Terjengul wajah Alief lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur adiknya, Allysa.
"Adik." panggil Alief lalu melabuh punggungnya di atas kerusi. Hadiah masih lagi berada di belakangnya. Nak buat surprise dekat budak ni.
"Apa?" soal Allysa acuh tak acuh. Wajah monyok Allysa dipandang Alief.
"Aip..Apesal monyok je ni? Putus cinta ke?" tanya Alief kepada adik kesayangannya. Boleh lenguh tangannya memegang hadiah buat Allysa dibelakang tubuhnya.
"Tak adalah. Tu belakang abang tu, sorok apa dari Lysa?" saja tukar topik. Alief tersenyum sinis. Nampak sangat tengah ada problem.
"Tukar topik nampak. Nah, for my beloved sister." hadiah dibelakangnya bertukar tangan.
Wah! Siap dengan kotak lagi. Cantik pulak tu.
"Adik buka, ya." ujar Allysa berura-ura hendak buka. Alief hanya mengangguk.
"Wahhh! Cantiknya abang. Ni adik makin sayang ni." ujar Allysa lalu memeluk tubuh sasa abangnya. Alief membalas pelukan adiknya. Rambut Allysa sengaja dikusutkan. Dia sengaja buat begitu. Nak tengok adiknya merengek macam budak 5 tahun.
"Abang!!" rengek Allysa apabila abangnya merosakkan rambutnya itu. Malas kawan!
"Manja!" ejek Alief sambil menjelir lidahnya. Allysa, apa lagi? Rambut abangnya itu menjadi mangsa tarikannya. Hamek kau!
"Adik, sakit!! Mama!!" laung Alief memanggil mamanya, Puan Anisa. Cakap dekat orang dia pun sama, manja!
"Haish, budak-budak ni mesti gaduh lagi. Pening kepala aku dibuatnya." bebel Puan Anisa ketika menuju ke bilik puteri bongsunya.
"Mama, tengok adik tu. Habis rambut Alief ditariknya." adu Alief kepada Puan Anisa. Puan Anisa hanya menggeleng kepalanya. Haish, ikut perangai siapalah ni. Asyik gaduh aje.
"Mama malas nak bebel dekat kamu berdua ni. Asyik bergaduh je kerja. Bergaduhlah kamu berdua dekat situ." ujar Puan Anisa lalu meninggalkan anak-anaknya itu.
Alief membuat muka sedihnya. Sampai hati mama. Sob..sob..
"Abang!!" panggil Allysa. Alief baru sahaja hendak keluar berpaling ke belakang.
"What?"
"Ni ambil sisa-sisa rambut abang ni." ayok.. Alief meraba rambutnya itu. Dah tak handsomelah aku. Habis botak. Sob..sob.
Alief mengambil rambutnya ditangan Allysa. Dia menghadiahkan jelingan maut buat adiknya lalu keluar dari situ.
"Jeling lagi nanti juling baru tahu." ujarnya dengan nada kuat. Sengaja nak bagi Alief tu dengar.
Harris merehatkan badannya di atas katil bersaiz king itu. Gambar dia bersama Allysa 9 tahun ditatapnya. Iphonenya diambil. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama Syarif dicari.
You
Bro, aku nak minta
tolong kau..Syarif Asyraf
Apa dia?
Inshaa Allah aku
tolong kau.You
Esok kau jumpa aku
dekat office aku..
Beritahu dekat dua
orang mamat tu sekali.Syarif Asyraf
Bereh, bossMesej Syarif dibiarkan bluetick. Plannya akan diberitahu esok sahaja. Tak syoklah beritahu dalam WhatsApp. Tak ada feel gitu.. Ceh.
Lampu dan aircond ditutup. Hanya kipas syiling sahaja dipasangnya memandangkan malam ini hujan lebat. Semoga hari esok lebih indah daripada hari ini.
Hannah menuju ke dapur untuk membuat minuman buatnya dan juga Wafa. Wafa, kalau sudah menghadap cerita favouritenya, mana mungkin dia hendak tinggalkan begitu sahaja. Sayang sangat nak tinggalkan Lee Minho dia tu. Hampeh!
"Nah." mug berisi air milo panas disua ke arah muka Wafa. Hampir sahaja mug itu hendak terkena wajahnya.
"Kus semangat." ucap Wafa seraya itu mug ditangan Hannah diambil lalu disua ke mulutnya. Tidak lupa juga dia membaca basmallah sebelum minum.
"Thanks Han." ucap Wafa. Air milo itu diletakkan di tepi laptopnya. Naya kalau air milo tumpah atas laptop.
"You're welcome." balas Hannah. Matanya melihat cerita yang dipasang pada laptop Wafa.
"So, macam mana dengan future husband kau? Dah balik?" soal Wafa kepada Hannah. Cerita tadi dibiarkan. Dia ingin tahu tentang hubungan rakannya itu. Dah nak kahwin dah.
"Dah balik semalam. Dia kata nak hantar rombongan meminang dekat rumah mak aku esok." terang Hannah. Wafa mengangguk faham.
"Dah nak kahwin dah kawan aku sorang ni. Nanti aku sunyilah duduk rumah sewa ni sorang-sorang." ujar Wafa membuat muka sedih.
"Alololo... Nanti kau tak sunyilah sebab kau pun akan kahwin jugak." pipi Wafa ditariknya. Geram!
"Calon pun tak ada." ujar Wafa memuncungkan mulutnya. Alolo..
"Nanti 'dia' datanglah melamar kau. Jangan risaulah."
"Perlu ke rahsiakan nama future husband kau tu dari Lysa?" tanya Wafa kepada Hannah. Hannah mengangguk. Dah itu permintaan buah hati dia. Dia hanya menurut sahaja.
"Dah dia suruh rahsiakan dari Lysa. Ikut aje arahan dia tu." Wafa hanya mengangguk. Nasiblah sahabatnya seorang tu.
Cerita korea tadi disambung kembali. Lee Minho, aku kembali!

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Любовные романы[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...