19

5.2K 185 2
                                    

Deringan dari iphone 6 menyentakkan Allysa yang sedang membaca novel 'Imam mudaku romantik'. Telefonnya diambil di atas meja bersebelahan katilnya.

"Hello, Lysa." sapa pemanggil di dalam talian.

"Ha, Iman ada apa?" soal Allysa sambil memegang novelnya.

"Aku nak ajak kau keluar malam ni. Jomlah." ajak Iman kepada Allysa.

"Aku baru nak santai malam ni." ujar Allysa kepada Iman. Iman didalam talian menggaru kepala. Idea!

"Ala.. Jomlah, Lysa. Aku tengah bosan ni. Kau sorang je harapan aku. Yang lain mana sudi keluar dengan aku ni." pujuk Iman lagi. Please kata setuju. Please,please and please!

"Okeylah." putus Allysa setelah beberapa saat mendiamkan diri. Kasihan pula dia dengan Iman.

"Kau pakai lawa-lawa tau. Kalau ada gaun kahwin kau pakai je. Janji lawa." ujar Iman didalam talian. Suaranya kedengaran gembira semacam je.

Happy bebenor ni dah kenapa? Siap suruh pakai gaun kahwin lagi. Iman, Iman. Allysa menggelengkan kepalanya.

"Ha, yalah. Pukul berapa?" soal Allysa kepada Iman.

"Pukul 8 ya. Pakai lawa-lawa tau." sempat lagi dia pesan kepada Allysa. Allysa mengangguk lagi. Ops..dia mana nampak.

"Okey. Aku letak dulu. Bye!"

"Bye!" ucapnya. Talian dimatikan lalu iphone 6 dicampakkan di atas katil.

Jam didinding dipandangnya. Ada setengah jam lagi hendak pukul 8 malam. Wardrobe dibuka. Dia mencari-cari pakaian yang sesuai untuk malam ini.

Gaun pemberian Alief beberapa hari yang lalu dipandang. Gaun itu dibelek-beleknya. Akhirnya, Allysa membuat keputusan untuk memakai baju itu. Nasib baik dia basuh gaun itu selepas abangnya bagi.

"Finally dapat jugak rasa pakai gaun dari overseas." ujarnya sendirian. Gaun itu disarungkan ke tubuh langsingnya. Pandai juga abangnya membeli pakaian wanita.

Shawl dipadankan bersama gaun yang dipakainya. Warna peach menjadi pilihannya. Shawl itu digosoknya. Usai menggosok shawl, dia menuju ke arah meja solek.

Allysa make up wajahnya itu. Akhir sekali dia mengambil lipsbalm lalu digoles(?) pada bibirnya. Done!

Kini shawl diambil untuk dililit pada kepalanya. Perfume Dunhill blue disembur pada tubuhnya. Jam tangannya diambil lalu dipakai pada tangan di sebelah kiri memandangkan tangan sebelah kanannya tergantung gelang silver miliknya.

Allysa menilik pakaian buat kali terakhir sebelum dia keluar.

Pin.. Pin..

"Ma,abi Lysa keluar sekejap." ujar Allysa lalu bersalaman dengan ibu bapanya. Abangnya tidak lupa juga.

"Nak jumpa bakal menantu mama dan abi lah tu." ujar Alief. Kerepek di dalam bekas dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Ha, yalah. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat,tau." pesan Puan Anisa kepada anak daranya. Dia menghantar anaknya itu sehingga ke depan pintu.

"Ya,ma. Bye, assalamualaikum." ucap Allysa lalu menuju ke arah kereta Iman.

"Waalaikumussalam." salam disambut oleh Puan Anisa. Pintu rumah ditutup setelah kereta Iman berlalu.
















Kereta Iman berhenti di sebuah restoran mewah. Wah! Terpaku Allysa melihat restoran di hadapannya.

"Kau masuk dulu. Aku terlupa ambil phone." ujar Iman. Allysa hanya akur lalu restoran itu dituju.

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now