Sara Emilia sedang bersiap untuk keluar bersama rakan-rakannya. Datin Merlisa, kebetulan ingin ke dapur berhenti seketika di hadapan bilik anak kesayangannya. Pintu dikuak sedikit untuk mengintai anak daranya. Dia membuka luas pintu kamar itu lalu katil bersaiz king itu di tuju.
"Sara nak pergi mana malam-malam ni?" soal Datin Merlisa kepada anak daranya. Sara berpaling ke belakang sebelum berpaling ke hadapan semula.
"Sara nak jumpa kawan sekejap. Lepas jumpa kawan, Sara terus balik." ujar Sara lalu menyudahkan solekan terakhirnya.
"Okay,done. Mummy, Sara pergi dulu. Bye." Sara melambai-lambai ke arah Datin Merlisa. Dia meninggalkan Datin Merlisa seorang diri di dalam biliknya.
Enjin kereta mini cooper dihidupnya. Setelah enjin kereta itu benar-benar panas, dia terus menekan gear undur untuk keluar dari garaj kereta. Usai sahaja keretanya berada di atas jalan tar, dia terus memecut keretanya ke tempat yang dijanjikan oleh rakan-rakannya.
'Xian Club'
Dia memarking keretanya di tempat yang disediakan. Kata Elyn club itu baru sahaja dibuka beberapa bulan lalu. Sara melangkah masuk ke club itu. Dia melihat dekorasi disekeliling club itu.
Hmm. Nice.
"Sara!!" laung Elyn bersama beberapa orang rakannya yang lain.
"Aku ingat kau tak datang." ujar Irene sambil memeluk seorang lelaki di sampingnya.
"Oh my God! You look like an angel tonight." puji Zara pula. Wine berada ditangannya diteguk.
"Of course I datang. And Zara, I don't need your commendation." ujar Sara angkuh. Botol wine diambil lalu menuangkannya ke dalam gelas.
Sara meneguk wine dengan rakus. Sudah lama dia tidak minum semenjak pulang ke tanah air ini.
"Guys,come here!" panggil Elyn. Sekumpulan lelaki berada di sudut club itu menuju ke arah Elyn.
"Ada apa darling?" soal Mike, teman lelaki Elyn.
"Guys, kenalkan ni Sara Emilia. My beloved friend." Elyn memperkenalkan Sara kepada sekumpulan lelaki itu.
"Sara, ni Mike. Boyfriend I. Baju serba hitam tu Ikram. Yang baju grey tu Jay. Yang pakai cap tu Zhang and yang hujung tu Ady." terang Elyn satu persatu.
"Nice to meet you,baby." ujar Jay sambil matanya liar memandang tubuh Sara.
"Nice to meet you too, Jay." balas Sara.
"Kitaorang chaw dulu. So, you berdua boleh berborak." ujar Elyn lalu menuju ke meja lain.
"So? How your life?" soal Jay. Wine dituang ke dalam gelas Sara dan juga gelasnya.
"Hmm.. No comment." ujar Sara. Wine diteguknya lagi. Habis. Jay menuang lagi wine ke dalam gelas Sara. Kelihatan Sara sudahpun mabuk.
"You still single?" soal Jay. Wajah Sara dipandang.
"Hurm..Of course." balas Sara dalam keadaan mabuk.
"I rasa you dah mabuk teruk ni. Jom, I hantar you balik." ajak Jay lalu memapah tubuh Sara keluar dari club itu.
Jay meletakkan Sara di seat sebelahnya. Tubuh Sara dipandang dengan penuh nafsu.Air liur diteguk. Dia terus menuju ke seat pemandu. Enjin dihidupkan lalu menuju ke suatu tempat.
Harris melilit tuala dipinggangnya. Rambut yang basah itu dibiarkan. Wardrobe dihampiri lalu membukanya. Baju t-shirt dan kain pelikat dicapai. Tiba-tiba, mata Harris menangkap satu kotak berwarna hitam. Satu perasaan ingin tahu menyuruhnya untuk mengambil kotak itu.
Harris mengambil kotak hitam itu lalu meletakkannya di atas katil. Baju dan kain pelikat dipakainya terlebih dahulu. Takkan nak berbogel lama-lama disitu. Tak ke naya dia kalau ada orang nampak. Mahu tujuh keturunan dia sorok muka dalam lubang tandas.
Usai memakai baju dan kain pelikat, dia menunaikan solat Isya' memandangkan sudah lama masuknya waktu Isya' itu.
Setelah selesai membaca doa, dia melipatkan sejadah lalu menyidainya di tempat penyidai (?).
Katilnya dituju. Kotak hitam itu diambil lalu membeleknya. Ada satu tulisan di penutup kotak itu.
'MEMORIES'
Penutup kotak dibuka. Terdapat sebuah diari serta gambar didalamnya.
Buku tebal berwarna hijau itu diambilnya. Gambar alien dipandang. Harris tersenyum sinis. Buku itu dibukanya. Ada tulisan disitu.
'You can feel yourself back to childhood, back to the childish play time....'
Helaian pertama dibeleknya.
1 APRIL 2010 (KHAMIS)
Aku terpaksa berpindah ke sekolah baru memandangkan aku selalu dibuli oleh pelajar-pelajar sekolah lama.. Aku bersyukur sangat kerana aku tidak lagi bersusah payah untuk menanggung keperitan itu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa selama 4 tahun 3 bulan aku berada di sekolah itu. Dah berkali-kali aku keluar masuk bilik kesihatan kerana terluka. Satu hari, aku tidak sengaja menumpahkan air kotak dan air tersebut terkena pada uniform sekolah pelajar gangster di sekolah itu. Teruk aku dibelasah sehinggalah guru disiplin datang untuk meleraikan pergaduhan itu. Sejak mama dan papa tahu, mereka menyuruh aku pindah. Pada mulanya,aku tak nak setelah dipaksa oleh mama aku bersetuju untuk pindah demi keselamatan aku.
Helaian kedua dibeleknya.
5 April 2010 (ISNIN)
Hari ini aku berpindah ke sekolah baru. Bukan sekolah swasta seperti sekolah lama itu. Hanya sekolah kerajaan. Tahu kenapa? Sebab aku mintak dengan papa supaya daftar sekolah tu. Papa pula tak kisah kat mana aku nak menuntut ilmu asalkan aku tidak lagi dibuli.
First day masuk kelas memang sunyi sepi gila pelajar bila tengok aku. Haha. Aku tahu aku nerd. Nerd pun hensem apa.lol. B-)
Orang pertama berkawan dengan aku ialah Syarif Asyraf. Dia ni ketua kelas merangkap pengawas sekolah. Syarif ni dikira genius jugak lah. Aku duduk tepi tingkap dan belah kanan aku entahlah siapa. Aku memang tak ngam dengan dia. Actually, jarak meja aku dan meja dia jauh. Alah, macam waktu exam gitu.Helaian seterusnya dibelek lagi.
12 APRIL 2010 (ISNIN)
Hari ni cikgu Munirah alias cikgu Munny buat group untuk Bahasa Malaysia. KOMSAS punya hal aku terpaksa duduk satu group dengan budak tu. Nasib baik ada Syarif dan Iman. Hmm, dia satu-satunya heroin dalam group tu. Aku perhati je dia. Kemain mesra dengan Iman dan Syarif tu tapi dengan aku hampeh betul.
Sejak segroup dengan dia, aku cuba bercakap dengan dia. Kekok tu memang ada. Alhamdulillah, dia bagi respon positif. Aku ingat ke dia ni sombong ternyata ramalan aku salah. Dialah paling sporting.
29 APRIL 2010 (KHAMIS)
Kini, aku mempunyai 3 orang sahabat. Syarif, Iman dan Sofie. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan sahabat yang baik buatku. Ya, sahabat dunia dan akhirat.
Harris menutup diari itu. Fikirannya semakin kusut. Siapa Iman dan Sofie itu? Sebelum ini dia hanya tahu Syarif Asyraf. Satu-satunya sahabat yang dia miliki. Dan hari ini.. Diari itu mengatakan bahawa dia mempunyai 2 orang lagi sahabat. Tapi siapa? Aduh.. Makin kusut fikirannya.
Esok dia mesti berjumpa dengan Syarif. Dia harus tahu segala-galanya. Ya,harus!
Diari itu dimasukkan kembali ke dalam kotak yang berwarna hitam itu. Laci disebelah katilnya itu ditarik. Kotak hitam itu diletak di dalam laci tersebut.
Harris mencapai remote aircond untuk mengubah suhu di dalam biliknya itu. Lampu ditutup. Hanya cahaya bulan dari luar sahaja memasuki ruang itu. Selimut ditarik sehingga ke paras dada.
1088 words? First time type pnjg² cenggini. Sis bahagia *nari tarian sotong*..
Antagonis akn beraksi bab strusnya.. Mohon sabar ya anak² semua😘😘

YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...