40

4.6K 140 4
                                        

Setibanya di kediaman Encik Khairul, Allysa dan Harris segera keluar dari perut kereta milik Harris. Mereka mengatur langkah ke pintu utama kediaman Encik Khairul.

"Assalamualaikum." mereka memberi salam dari luar. Puan Anisa mendengar ada orang yang memberi salam itu segera menapak ke arah pintu utama. Pintu itu dibuka dari dalam. Terjengul kepala Puan Anisa melihat siapakah gerangan tetamunya itu.

"Waalaikumussalam. Kamu berdua rupanya. Kenapa datang tak bagitahu?" Puan Anisa segera berpelukan dengan anak perempuannya untuk melepaskan rindu.

"Saja nak surprise dekat mama." ujar Harris kepada ibu mertuanya. Tangan Puan Anisa diraih lalu dia menyalami tangan wanita pertengahan tahun itu.

"Ada-ada je kamu ni. Nasib baik mama tak masak untuk lunch lagi tau." ujar Puan Anisa. Mereka menapak ke ruang tamu. Mata Allysa meliar mencari sesuatu.

"Abang mana? Biasanya waktu macam ni dah terbongkang depan tv."

"Dia keluar dengan Hannah. Sekejap lagi baliklah tu." ujar Puan Anisa kepada anaknya. Allysa mengangguk faham.

"Sekejap, mama buatkan air." ujar Puan Anisa kepada anak dan menantunya. Dia segera meninggalkan pasangan itu di ruang tamu. Dapur dituju untuk membuat air.

"Abang duduklah dulu. Saya nak pergi tolong mama sekejap." ujar Allysa kepada suaminya. Harris mengangguk kepalanya.

Setelah itu, Allysa segera menapak ke arah dapur.

Puan Anisa sedar akan kehadiran anaknya itu segera menoleh. Tangannya ligat mengacau air di dalam jug.

"Macam mana rasanya jadi isteri orang? Best tak?" soal Puan Anisa kepada anaknya.

"Bolehlah." balas Allysa ringkas.

Dia tidak tahu mahu memberi respon macam mana. Bahagia? Sekarang memang dia tengah bahagia dengan suami tercinta tetapi hari-hari yang akan datang belum pasti lagi dia akan kekal bahagia ataupun sebaliknya. Semuanya terserah pada Yang Maha Esa.





















"Dah lama sampai?" soal Alief kepada adik iparnya. Harris sedang menonton televisyen itu segera menoleh belakang.

"Baru je." balas Harris. Alief mengambil tempat di sebelah adik iparnya lalu bersalaman.

"Bro, jom main ML." ajak lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Alief si kaki games.

"Boleh jugak lagipun aku dah lama tak main." ujar Harris lalu dia mengambil iphone x nya di atas meja kopi.

Biasalah CEO memang busy memanjang. Nak main game pun takde masa, kan?

Allysa membawa minuman yang telah siap untuk dihidang. Dia menuju ke ruang tamu. Kelihatan dua manusia berjantina lelaki itu sedang leka bermain something di dalam telefon. Apa lagi kalau bukan game kan?

Ni mesti ML.

Baguslah suaminya itu sudah berjangkit dengan virus abangnya. Nanti orang makan nasi, diorang makan games.

'Mainlah puas-puas biar masuk dalam dunia games tu terus! Biar padan muka.'getus Allysa geram. Siapa je tak geram!

Ting!

Dia mendapat satu idea untuk kenakan dua orang lelaki disitu. Senyuman sinis ditayangkan lalu dia meninggalkan ruang tamu itu. Dia segera mendapatkan Hannah dan mamanya di dapur.

"Hannah, aku ada something nak cakap dengan kau ni." ujar Allysa ketika dia selamat sampai di dapur. Dia mengheret Hannah jauh dari Puan Anisa.

Nanti Puan Anisa dengar plan dia.

"Apa dia?" tanya Hannah bersama kerutan dahi. Mana taknya tiba-tiba sahabatnya itu senyum penuh makna.

Dah berisi ke? Maybe?

"Sinilah." arah Allysa lalu menepuk kerusi disebelahnya. Hannah hanya akur lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Allysa terus membisik sesuatu di telinga Hannah yang berlapik shawl. Terbuntang matanya mendengar bisikan dari sahabatnya itu. Serius, dia terkejut dengan plan Allysa ni.

Orang berani mati je sanggup buat benda ni!

"Kenapa aku pulak? Tak naklah wei." Hannah membantah akan rancangan sahabatnya itu. Allysa sudah gila!

Ya, sahabatnya itu sudah gila! Tak sanggup dia ikut arahan sahabatnya itu.

"Alief kan suami kau. Takkan aku seorang je nak kenakan Harris tu. Tak syoklah wei."

"Kita nak kenakan diorang, entah-entah kita yang kena. Tak naklah wei." bantah Hannah lagi. Tak sanggup dia buat kerja gila.

"Jomlah wei. Kali ni je kita buat jahat. Please, babe!" rayu Allysa. Dia membuat muka comelnya. Ha, ni Hannah tak tahan ni!

"Okeylah. Demimu kusanggup berjuang!" ucap Hannah pasrah. Badan milik Hannah dipeluk erat oleh Allysa.

"Ni baru kawan baik aku a.k.a kakak ipar paling aku cintai. Muahaha!"

"So, bila nak start?" tanya Hannah kepada Allysa.

"Now!" jawab Allysa yakin.




Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang