Malam itu menjadi sungguh indah dengan dihiasi bulan dan bintang-bintang bergemerlapan. Sudah beberapa hari mereka berada di pulau kepunyaan Harris.
Banyak duit bolehlah beli pulau. Betul tak?
Dan malam ini mereka mengadakan aktiviti bersama keluarga seperti membakar BBQ di tepi pantai yang dihiasi dengan lampu neon.
Kaum Adam bertungkus-lumus berganding bahu untuk membakar BBQ itu memandangkan petang tadi kaum Hawa sudah pun bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan dan sebagainya.
Sekarang ini, mereka hanya santai sahaja. Tunggu makanan sampai depan mata masing-masing. Sekali-sekala mereka jadi permaisuri dan santai-santai pada malam itu sambil menikmati pemandangan di hadapan mereka.
"Anak kamu ni dah berapa bulan?" soal Datin Mariana kepada Reen iaitu isteri kepada Syarif.
"Enam bulan, ma." balas Reen kepada Datin Mariana. Datin Mariana menyuruh mereka memanggilnya mama walaupun tiada pertalian darah.
Nak eratkan hubungan silaturrahim sesama Islam.
"Dah enam bulan dah dia ni. Makin bam-bam ni." kata Allysa sambil dia bermain-main pipi gebu Shah Hazreel. Hazreel terkekeh ketawa.
Wafa dan yang lain hanya memerhati.
"Fa, kau tak nak tambah ke?" soal Allysa kepada sahabatnya. Sengaja nak mengusik kawannya itu.
Wafa mencubit pinggang Allysa. Allysa mengaduh kesakitan. Berbisa wei!
"Yang tu jangan tanya aku. Pergi tanya encik suami aku tu." balas Wafa sambil menjeling ke arah suaminya.
Danny menghadiahkan sebuah kenyitan nakal kepada Wafa berserta senyuman.
Lesung pipit disebelah kiri menambahkan lagi ke'kacak'kan jejaka itu.
"Danny, kau tak nak tambah anak ke?" tanya Hannah separuh menjerit. Bab mengenakan orang memang nombor satu.
Danny sedang membakar BBQ itu segera menoleh. "Of course lah aku nak. Tunggu orang tu green light je."
Pipi Wafa sudah berona merah. Malu ler tu.
Mereka yang berada disitu menghamburkan tawa. Terhibur!
"Budak-budak, jangan main dekat air tu. Nanti lemas baru tahu." jerit Alief yang sedang mengibas-ngibas bara api. Mulut tu kalau masin sikit memang akan ada yang kena makan selipar.
Berpeluh-peluh dah si Alief ni. Kesian Alief ni tapi makin sadolah lengan dia. And makin sayanglah Hannah dekat dia. Haha!
Muntah hijau!
"Woi, mulut tu jaga sikit. Buatnya mulut kau masin, kau orang pertama makan selipar tandas aku." ujar Harris tegas berbaur amaran.
Abang ipar ke kawan ke, dia tak kisah dah!
"Selipar tandas kau nak bagi aku makan? Tak guna kau, adik ipar." marah Alief lalu dia memukul Harris menggunakan kipas yang ada ditangannya.
Hamek kau!!
"Han, tengoklah suami kau tu. Macam budak-budak. Hahaha." kata Allysa kepada sahabatnya.
"Abang kau jugak." balas Hannah lalu memukul lengan Allysa. Almaklumlah diorang duduk sebelah menyebelah je.
Allysa menggosok-gosok lengannya itu. Sakit siot.
"Abi dan papa mana?"
"Dekat villa. Kejap lagi diorang sampailah tu." jawab Puan Anisa sambil mengagah cucunya. Seronok je diorang layan cucu.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romans[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...