Semua ahli keluarga Dato' Hisyam berkumpul di ruang tamu pada malam itu. Bukan senang nak lihat keluarga itu meluangkan masa bersama-sama. Al maklumlah busy dengan hal pejabat lebih-lebih lagi anaknya itu. Busy memanjang!
"Harr dan Lysa dah plan nak pergi honeymoon dekat mana?"tanya Dato' Hisyam kepada anak dan menantunya. Harris dan Allysa sedang menonton televisyen itu menoleh ke arah Dato' Hisyam.
"Belum lagi,pa." ujar Harris. Datin Mariana tersenyum mendengar jawapan daripada anaknya.
"Baguslah. Ni tiket untuk kamu berdua sebagai hadiah perkahwinan kamu." Datin Mariana menghulurkan satu sampul surat kepada Harris. Harris menyambutnya lalu membukanya.
Isi dikeluarkannya. "Tiket ke Turki? Seriously, ma?" Harris terkejut melihat tiket itu begitu juga dengan Allysa. Terkejut bukan kepalang!
Datin Mariana mengangguk kepalanya. "Ya, sayang."
"So, lepas ni bolehlah mama dan papa timang cucu. Ya tak sayang?" kata Dato' Hisyam kepada isterinya. Datin Mariana mengiyakan kata suaminya. Lepas ni bolehlah main dengan cucu!
Seronoknya!
"So, lusa kamu berdua bertolak ke sana, ya." ujar Datin Mariana kepada anak-anaknya. Harris dan Allysa mengangguk faham. Cepat sangat tu. Huhu!
Sesampainya mereka di bilik tidur mereka, Allysa dan suaminya segera menuju ke katil bersaiz king itu.
Dia segera baring di atas katil empuk itu manakala suaminya hanya duduk sambil bermain dengan rambutnya.
"Abang, esok kita pergi ke rumah mama dulu, boleh?" soal Allysa kepada suaminya. Harris sedang mengusap kepala isterinya mengangguk kepala.
"Boleh sayang. Dah-dah, tidur." ujar Harris kepada isterinya. Rambut Allysa dimainnya. Sesekali dia menghidu bau rambut isterinya itu. Wangi!
"Tak boleh tidur." balas Allysa. Harris meletakkan kepala isterinya di atas lengannya. Dia memeluk Allysa erat.
"Tidur sayang." ujar Harris lembut. Dia menepuk punggung Allysa beberapa kali. Dodoi.
Mr. Alien mendodoi isteri terchenta!
"Abang nyanyi dulu." pinta Allysa. Dia memandang wajah suaminya sambil menayangkan barisan giginya.
Nasib cantik!
"Iyalah Puan Allysa Sofiya. Ops.. Mrs. Harris Alian actually." kata Harris kepada isterinya. Allysa terkekeh ketawa. Sempat lagi dia ni!
"Hasbi Rabbi Jallallah..Ma Fi Qalbi Ghayrullah..Nur Muhammad Sallallah..Lailaha Illallah.."
Merdunya suara. Suami siapalah ni? Of course lah suami Mrs. Alien. HAHAHA!!
Allysa terlena dengan zikir yang dinyanyikan oleh suaminya. Setelah Allysa benar-benar tidur, Harris segera menutup lampu yang terpasang lalu dia tidur berpelukan Allysa.
Mereka menikmati mimpi indah pada malam itu. Actually, mimpi taklah seindah mana. Just pelukan diorang membuatkan mimpi menjadi indah. Okay, merepek tahap babun!
"Good morning, darling." bisik Harris ditelinga Allysa. Allysa terpisat-pisat membuka mata. Dah subuh ke? Sekejap sangat.
"Dah nak Subuh ke, bang?" soal Allysa kepada suaminya. Dia memandang wajah suaminya itu.
"Baru pukul tiga pagi, sayang." ujar Harris perlahan. Hanya mereka berdua sahaja boleh dengar.
What the? Lolipop punya suami!
Ada ke kejutkan dia pukul tiga pagi. Tak masuk dek akal!
"Jom kita solat." ajak Harris lalu dia segera bangun dari pembaringannya itu. Allysa terkebil-kebil mencerna apa yang dimaksudkan oleh suaminya. Nak solat tahajud ke?
"Err.. Nak solat tahajud ke?" soal Allysa ragu-ragu. Harris memandang wajah isterinya lalu mengangguk.
Yalah, takkan nak buat kek pulakkan?
"Yes, darling. Nak masuk Syurga sama-sama tak?" soal Harris kepada isterinya. Allysa segera mengangguk kepalanya.
Gila ke tak nak?
"Mestilah saya nak." balas Allysa lalu dia bangkit dari katil untuk mengambil wuduk. Harris menuju ke almari dimana sejadah, telekung dan songkok diletaknya.
Dia membentangkan dua helai(?) sejadah menghadap ke arah kiblat. Dia duduk di atas katil sementara menunggu isterinya itu selesai mengambil wuduk. Ambil wuduk pun lama ke?
Selesai mengambil wuduk, Allysa segera menapak ke katil. Dia mengambil telekungnya itu. Wah, inilah dinamakan suami mithali.
Suamiku mithali!
Selesai sahaja Allysa memakai telekung, mereka terus mendirikan solat pada pagi nan indah itu.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...