3

7.3K 274 2
                                        

"Cik Allysa?" tegur pemuda dalam lif itu. Allysa menoleh sebelah. Kepalanya didongak untuk melihat wajah pemuda yang menegurnya itu kerana pemuda itu terlalu tinggi dari Allysa.

"Iya, saya." balasnya kekok.

"Saya Syarif Asyraf. Ingat lagi?" soal Syarif. Allysa menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.

"Oh..Encik Syarif yang interviu saya semalam tu, ya?" tanya Allysa ragu-ragu.

"Iya, saya lah tu." Allysa hanya meng'o'kan sahaja. Beberapa saat sahaja,pintu lif terbuka sendiri.

"Jom ikut saya jumpa big boss." ajak Syarif menuju ke arah pejabat bosnya. Allysa hanya mengikuti langkahnya. Staf-staf di situ memandangnya pelik. Mungkin mereka tak pernah lihat dia sebelum ini.

'Memanglah tak pernah lihat. Nama pun pekerja baru. Apa bengaplah kau ni Lysa.'omelnya kepada dirinya sendiri.

"Cik Allysa boleh duduk kat meja sana dahulu sebab bos tak datang lagi." Syarif menunjuk meja yang dimaksudkan.

"Terima kasih." ucapku lalu menuju ke arah bilik bersebelahan pejabat 'big boss' yang dimaksudkan Syarif tadi.

Aku meneliti setiap sudut di situ.Cantik!Memang patut pun syarikat terkenal.Tengok dalam bangunan pun terpegun apatah lagi bilik kerja aku. Agak-agaknya bilik big boss macam mana? Mesti cantikkan. Ewah kau..berangan pula ya.























"Cik Allysa?Big boss panggil." beritahu Aliza kepadaku. Aku hanya mengangguk kepala sebelum kelibat Aliza hilang di sebalik pintu kaca.

Aku segera bangun lalu menuju ke arah pejabat big boss. Pintu pejabat diketuk berkali-kali sebelum diberi keizinan untuk masuk.

"Err..bos?" ucapku lalu berdiri di hadapan meja kaca. Eh?macam kenal je mamat ni.

"Kau?"ujar kami serentak. Allysa menunding jarinya ke arah lelaki yang bergelar big boss manakala lelaki itu menunding jarinya ke arah Allysa.

Ceh! Klise!

"Eh..sibuk je mamat bajet bagus ni." gumamku perlahan masih lagi dapat didengari oleh big boss nya itu.

"Apa kau cakap?" soal big boss nya.

'Ee..pekak sungguh mamat ni.'bisik Allysa dalam hati. Kalau big boss nya tahu tak ke haru.

"Saya cakap big boss ni handsome macam alien," ayat terakhirnya perlahankan takut-takut didengari oleh big boss yang bajet bagus itu. Tak pasal-pasal first day aku kerja dah kena pecat.

"Whatever." katanya lalu meng'roll-eyes' nya. Menyampah agaknya.

"Haa..big boss nak suruh saya buat apa?" soal Allysa acuh tak acuh. Dia memeluk tubuh sambil memerhati setiap sudut pejabat big boss. Nice!

"Bancuh coffee untuk aku. Aku nak kaw-kaw." pinta big boss sambil bersandar pada kerusinya.

Hamboi..kau ingat aku ni hamba abdi kau ke? Nak minum buat sendirilah.

"Tapi saya PA bukan pembancuh kopi." Allysa menjawab tanpa berasa takut. Buat apa nak takut dia bukan makan manusia. Lain lah kalau dia tu alien...

Wait! Alien makan manusia?

"Aku ni boss kau. Kau tu PA aku. So kau kena ikut cakap aku, faham?" Allysa hanya mengangguk. Pandangannya kini ke arah lantai. Tak sanggup nak memandang wajah big boss yang menakutkan itu. Menakutkan?Maybe?

"Baik big boss." balas Allysa lalu melangkah keluar. Belum sempat lagi ingin keluar, namaku dipanggil. Siapa lagi kalau bukan big boss.

"Kau nak pergi mana?" tanyanya setelah Allysa memusingkan badannya ke belakang.

"Err..nak buat coffee lah. Takkan nak menari kut." Allysa berloyar buruk dengan big boss . Ingat lawak ke Lysa? Tengoklah telinga bos tu. Dah berasap dah pun. Bila-bila masa je nak meletup!!

"Ada aku suruh kau pergi lagi?" ha tu dia. Big boss dah marah dah..Matilah kau kali ni Lysa.

"Sorry big boss." ucap Allysa perlahan. Dia menunduk kepalanya ke bawah. Tak sanggup nak hadap muka bos tengah marah. Seram wei!!

"Dah pergi!!" opocot mak kau hodoh..eh?dia tengking aku?

Tadi aku nak pergi dia halang. Sekarang sesedap nasi briani je suruh aku keluar. Kurang asam punya bos!

Allysa melangkah keluar dari pejabat big bossnya. Seram!!

Staf-staf berada di situ memandang ke arah Allysa. Allysa tidak mengendahkan pandangan mereka. Biliknya dituju. Baru sahaja hendak masuk, namanya dipanggil lagi. Siapa lagi kalau bukan..Big boss?

Allysa berlari anak menuju ke arah pantri. Ingatkan tak nak air tadi.

Dia mengeluh lagi. Apalah nasibnya. First day dah kena marah. Macam manalah hari-hari lain. Tak sampai sebulan matilah dia kerja kat sini. Huhu..


































Allysa mencari-cari mug di situ. Kosong? Tiba-tiba, satu suara menegurku pantas dia mencari-cari tuan suara itu. Rupa-rupanya kak Aliza.

"Allysa, kau cari apa?" tanya Aliza kebetulan lalu disitu.

"Saya cari mug, kak." balas Allysa sambil mencari-cari mug untuk membuat kopi.

"Oh. Biasanya mug ada kat kabinet atas tu." kata Aliza lalu menunjukkan ke arah kabinet yang dimaksudkan.

"Thanks, Kak." ucapnya. Aliza memberikan senyuman lalu meninggalkan tempat itu.

Allysa menggapai-gapai namun gagal. Sudah berkali-kali mencuba namun masih lagi gagal. Tanpa membuang masa, dia mengambil kerusi yang ada disitu lalu memanjatnya. Badan Allysa tidak dapat mengimbangi. Kerusi yang dia guna itu mula bergoyang-goyang. Tanpa sempat dia berpaut pada apa-apa, badannya jatuh ke belakang..

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat..

Allysa merasakan badannya tidak jatuh ke lantai malah dipeluk oleh seseorang. Dia segera membuka mata dan sepasang mata coklat pekat merenung ke arah matanya. Jantung Allysa berdegup-degup dengan laju. Hendak saja jantung ini melompat keluar dari badan apabila melihat wajah big boss terlalu dekat dengannya. Allysa segera melepaskan dirinya daripada pelukan big boss. Big bossnya masih lagi berada di posisi yang sama. Kaku?

Allysa berdehem bagi menghilangkan rasa kekok. Dia? Still lagi dalam posisi tadi.

"Ehem.."

"Ehem.." Allysa berdehem sekali lagi. Kali ini lebih kuat berbanding tadi.

"Big boss?" panggil Allysa. Dia seakan-akan tersedar lalu berdehem.

"Menyusahkan betullah minah ni.Dah tahu kaki tu pendek janganlah panjat.Mintalah tolong kat orang.Ni tak nasib baik aku datang tadi.Kalau tak mesti kau dah masuk wad ICU." bebelnya lalu mencapai mug di situ. Mug itu kemudiannya diberi kepada Allysa.

"Eh? Salahkan kaki aku pulak. Tahulah aku pendek sekurang-kurangnya ada jugak kebaikannya." ujar Allysa sambil mengacau air kopi untuk big bossnya.

Setelah siap,Allysa memberi air kopi itu kepadanya. Air kopi itu kini bertukar tangan. Tanpa mengucapkan terima kasih, dia terus meminumnya setelah membaca basmallah.

"Hmm..Not bad."  pujinya lalu menghabiskan coffee itu.

Aku tahu lah coffee aku sedap. Eleh..tak nak mengakulah tu.


















Vote and comment = thanks💞

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang