28

4.1K 130 1
                                    

Buku album dibukanya. Dia menyelak satu demi satu. Dia menangkap satu gambar dimana dia bersama abangnya ketika birthday party abangnya. Ya, dia mempunyai abang kandung. Tapi itu dulu.

Harraz Allan. Itulah nama yang diberikan oleh ibu bapanya. Anak sulung dalam keluarga Dato' Hisyam.

Dialah abang,
Dialah sahabat,
Dialah pendengar,
Dialah selalu memberi semangat buat Harris dan
Dialah segala-galanya.

Wajah itu ditatapnya. Dia rindu! Rindu akan abangnya. Sudah 9 tahun abangnya pergi tinggalkan mereka bertiga.

"Raz, aku rindu kau. Kau tahu tak aku sunyi. Sejak aku tahu kau tinggalkan aku, aku rasa macam hidup aku dah tak berguna. Kenapa kau pergi Raz? Kenapa awal sangat? Kita dah janji untuk sentiasa ada bersama tika suka dan duka. Kau mungkir janji Raz. Kau mungkir janji." ujar Harris ketika dia menatap gambar abangnya. Air mata jantannya akhirnya terjatuh jua.

Dia teresak-esak menangis. Biarlah orang kata dia lembut. Dia tidak kisah. Dia rindu kasih sayang seorang abang. Dia rindu sangat.

"Raz, aku dah nak kahwin. Kalau kau masih ada sekarang ni mesti kau happy kan? Adik kau dah nak kahwin? Raz.." tersedu-sedan dia menahan tangisan itu. Namun pecah jua. Dia lemah. Ya, dia hanya insan yang lemah.

Datin Mariana baru sahaja ingin mengetuk pintu bilik anak lelakinya itu terbantut. Dia mendengar segala-galanya. Air matanya hampir tumpah cepat-cepat diseka. Dia melangkah masuk ke dalam bilik anaknya.

Dia duduk disebelah anak terunanya. Belakang badan Harris digosok-gosok.

"Harr, Allah lebih sayangkan dia. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya." ujar Datin Mariana lembut.

"Kenapa Dia tak ambil Harr je? Kenapa Raz? Kenapa ma? Kenapa?" sayu hatinya mendengar kata-kata Harris. Datin Mariana memeluk anaknya itu. Ibu mana tak sayang anak-anak dia? Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari?

"Allah lebih sayangkan dia, Harr. Semua makhluk yang hidup akan merasai detik-detik kematian.Kita sebagai hambaNya sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup. Berdoalah kepadaNya supaya Raz ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman." ujar Datin Mariana lagi. Dia mengusap kepala anaknya. Satu-satunya anak yang dia masih ada.

"Harr cemburu ma. Semua orang bahagia tapi kenapa Harr tak? Kenapa ma?" ujar Harris lagi. Masih dalam keadaan sama, menangis.

"Allah turunkan ujian untuk Harr tandanya Dia sayang. Dia nak Harr mengadu segala masalah Harr dekatNya. Setiap ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya mesti ada hikmahnya. Percayalah cakap mama mungkin Allah rindu dengar rintihan Harr." pesan Datin Mariana kepada anaknya.

Harris menyeka air matanya. Wajah Datin Mariana ditatap.

"Thanks, ma." ucapnya. Habis serak suaranya akibat menangis.

"You're welcome. Mama tak nak Harr nangis macam ni. Nanti awek lari." gurau Datin Mariana. Harris ketawa mendengar kata-kata mamanya. Dia menuju ke arah bilik air untuk mendirikan solat Isya'. Datin Mariana melangkah keluar dari bilik anaknya.

Usai mengambil wuduk, dia menghamparkan sejadah. Songkok dipakainya. Dia menunaikan solat itu dengan kusyuk.

Selesai sahaja Harris memberi salam, dia berwirid seketika. Beberapa minit kemudian, dia mengangkat kedua-dua tangannya, menadah doa. Memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa abangku. Kau tempatkanlah abangku dikalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, panjangkanlah usia ibu bapaku dan matikanlah kami dalam keadaan beriman. Amin ya rabbal alamin." kedua-dua tapak tangannya disapukan pada muka. Usai dia menunaikan solat, dia melipat sejadah lalu disimpan di dalam almari bersama songkoknya.

Harris menuju ke arah katilnya lalu merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Beberapa minit kemudian, dia terlelap.



















Datin Mariana masuk ke dalam biliknya bersama coffee panas. Dia meletakkan coffee itu di atas meja bersebelahan katil dimana suaminya duduk.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan suaminya.

"Saya kesian tengok Harr tu. Menangis teringatkan arwah Raz." ujar Datin Mariana kepada suaminya, Dato' Hisyam. Dato' Hisyam yang sedang membaca buku bertajuk 'Living Sacrifice' itu menoleh ke arahnya. Dahinya berkerut. Cermin matanya ditanggalkan.

"Dah tertulis takdir arwah Raz hidup sampai umur 20 tahun je. Nak buat macam mana, redha jelah." ujar suaminya lalu dia menyambung kembali bacaannya.

Dia sudah malas membuka cerita lama. Jika dia membuka cerita lama, akan ada yang menangis sekejap lagi.

"Saya tidur dulu. Abang tu jangan tidur lewat sangat." pesan Datin Mariana kepada suaminya. Suaminya hanya 'hmm'kan sahaja.

Lampu diatas meja bersebelahan Datin Mariana itu ditutup. Hanya lampu disebelah suaminya masih lagi terpasang. Lebih baik dia tidur.


Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now