38

4.3K 126 3
                                    

Harraz keluar dari perut keretanya. Dia segera mencari kawannya, William di tempat dimana mereka telah dijanjikan. Tiba-tiba, dia ternampak sekumpulan samseng sedang mengganggu seorang gadis. Dia yakin gadis itu orang Malaysia, sama sepertinya.

Tanpa membuang masa lagi, dia menghayunkan kakinya ke arah sekumpulan samseng itu.

"Bro, why did you disturb her?" tanya Harraz kepada lelaki berkulit gelap.

Lelaki itu menolak dada Harraz kasar.

"Not your business, stupid! This is my business with a bitch girl." balas lelaki itu kepada Harraz. Harraz mula naik angin lalu dia menumbuk muka lelaki berkulit gelap itu.

Tak reti hormat perempuan lah mamat hitam ni.

Lelaki itu jatuh sambil mengelap bibirnya yang pecah itu dengan kasar. Dia bangun semula lalu menumbuk Harraz. Harraz mengelak setiap pergerakan lelaki berkulit gelap itu.

Namun tak semena-mena, dia dipukul dari belakang lalu dia tersungkur. Dia dipukul berkali-kali oleh sekumpulan samseng itu.

Harraz cuba bangun untuk melawan lelaki-lelaki itu namun hampa. Tubuhnya teruk dipukul menggunakan kayu yang terdapat di situ.

Badannya semakin lemah kerana terlalu banyak kesan pukulan. Gadis itu hanya terkaku melihat lelaki yang cuba menyelamatkannya.

"Bring this useless slave. We wan him until he regrets it. Take the bitch girl once and let her be the main audience. Haha!!" ujar lelaki berkulit gelap itu lalu dia ketawa sinis. Silap oranglah bro!

Dua orang lelaki itu mengangkat tubuh lemah Harraz manakala gadis itu meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman lelaki-lelaki yang berhati busuk.

Setelah itu, van berwarna hitam itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Mereka menuju ke arah banglo terbiar. Mereka menutup wajah Harraz dan gadis itu dengan kain hitam.

Sesampainya mereka di banglo terbiar itu, mereka membawa Harraz dan gadis itu masuk ke dalam banglo terbiar itu.

Harraz diikat pada kerusi yang didudukinya itu manakala gadis itu di ikat di atas katil. Mulut gadis itu ditutup dengan kain bagi mengelakkan gadis itu menjerit.

Lelaki berkulit gelap itu melangkah masuk bersama pistol berwarna silvernya. Dia mengarahkan anak buahnya untuk membuang kain hitam dari kepala Harraz dan gadis itu.

"Bitch, I want you to see what I'm doing next to this stupid guy ahead of you." kata lelaki berkulit gelap itu. Dia ketawa jahat lalu menuju ke arah Harraz.

Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu. Pisau rambo dipegangnya kemas. Pisau itu bermain-main pada wajah Harraz.

Zapp!! Zapp!!

Dia membuat lambang salib pada pipi kiri Harraz. Harraz menjerit kesakitan. Tak cukup dengan itu, dia menores pipi kanan Harraz pula. Kini dia menekan pisau itu supaya lebih mendalam.

"Argh!!" hanya jeritan Harraz bergema dalam banglo itu. Dia tidak berdaya untuk melawan lelaki berkulit gelap dihadapannya.

Lemah? Ya, dia lemah!

Kini pisau itu bermain di bahagian tubuh sasa Harraz. Dia menores pada dada kanan Harraz. Dia membuat lambang salib. Harraz menjerit kesakitan.

Dada kiri Harraz pula kini menjadi sasaran. Pisau itu tertusuk betul-betul mengenai jantungnya lalu pisau itu dipulas-pulas sebelum ditarik.

Nafas Harraz tersekat-sekat. Ajal dia hanya berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja dia akan menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Sungguh, dia tidak tahan diperlakukan sebegitu.

"Ya Allah." hanya Sang Pencipta yang dia sebut tanpa henti. Sesungguhnya dia berserah semuanya padaNya.

Zapp!!

Semua usus terkeluar dari badannya. Allah, dia tidak sanggup lagi. Tak sanggup diseksa sebegitu kejam oleh binatang yang tidak mempunyai belas kasihan. Sungguh dia tidak sanggup lagi! Nafasnya tersekat-sekat. Bila-bila masa sahaja nyawanya ditarik.

Lelaki berkulit gelap itu mula bangun lalu dia mengacukan pistol ke arah kepala Harraz. Harraz mengucap dua kalimah syahadah dan..

Bang!!

Berkecai otak keluar dari kepala Harraz. Sungguh kejam lelaki itu. Oh shit!

Gadis itu menutup matanya. Dia tidak sanggup melihat lagi. Air mata tidak berhenti-henti mengalir membasahi pipinya.

Dia trauma!

Harris mengakhiri ceritanya. Allysa menangis teresak-esak apabila mendengar kematian tragis abang iparnya.

Harris memeluk isterinya. Dia mengusap belakang badan Allysa perlahan-lahan.

"Shh..dah takdir arwah Raz meninggal dalam keadaan tragis. Dah,jangan menangis lagi." pujuk Harris menenangkan isterinya.

Haih..isteri!

"Abang, jangan tinggalkan saya tau." pinta Allysa kepada suaminya. Dia memeluk erat tubuh suaminya. Basah lencun baju yang dipakai oleh Harris dek air mata isterinya.

"Ya sayang. Abang janji abang takkan tinggalkan sayang sehinggalah maut memisahkan kita." ujarnya. Dia telah membina sebuah perjanjian. Semoga janji yang dia buat itu tidak dimungkirinya.

TAMAT...


























OK GURAU JE!
















CAU LU🏃🏃

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now