23

4.6K 153 0
                                    

Sebuah kereta BMW berhenti di hadapan rumah banglo 2 tingkat milik Encik Khairul. Puan Anisa segera membuka pintu pagar setelah menyedari kehadiran tetamunya itu.

Dato' Hisyam dan isterinya, Datin Mariana keluar dari perut kereta setelah pintu kereta itu dibuka oleh pemandunya. Mereka menuju ke arah Puan Anisa.

"Assalamualaikum." Dato' Hisyam memberi salam kepada Puan Anisa.

"Waalaikumussalam. Dato' dan Datin silalah masuk dulu." ajak Puan Anisa kepada tetamunya. Dato' Hisyam dan isterinya mengekori Puan Anisa.

Sesampainya di ruang tamu, Puan Anisa menjemput tetamunya duduk. Mereka mengambil tempat masing-masing.

"Lysa, buatkan air untuk tetamu kita ni." arah Puan Anisa. Allysa duduk di dapur itu segera membuat air buat tetamunya.

Jug diambil di rak lalu diletakkan di atas meja. Dia memulakan aktivitinya itu. Usai sahaja membuat air, dia mengambil beberapa biji(?) gelas dan sepinggan kuih lalu diletakkan di atas dulang. Allysa membawa dulang itu berhati-hati. Naya dia kalau terjatuh.

Allysa meletakkan dulang itu berhati-hati. Air dituang ke dalam gelas lalu dihidangkan kepada tetamunya. Usai menghidangkan juadah buat tetamunya, dia segera ke arah Datin Mariana untuk bersalam. Salam disambut oleh Datin Mariana.

"Cantik. Pandai Harr pilih." puji Datin Mariana. Allysa tersipu-sipu malu dan dia mengambil tempat di sebelah mamanya.

Alief baru sahaja menapak ke ruang tamu itu segera bersalaman dengan Dato' Hisyam. Dia mengambil tempat di sofa dimana mamanya duduk. Penyibuk betul mamat ni seorang. Kutuk Allysa.

Mereka memulakan perbualan tentang hubungan Allysa dan juga Harris.















Iphone 6 milik Allysa berbunyi minta diangkat. Allysa berada di atas katilnya itu terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja bersebelahan katilnya. Dia melihat nama pemanggil di skrin sebelum diangkat.

"Hello?" sapa Allysa.

"Jom keluar. Wafa dan Hannah ikut sekali." ajak Iman di dalam talian.

"Pergi mana?" soal Allysa kepada Iman.

"Tengok wayang. Jomlah Lysa." ajak Iman lagi. Allysa diam seketika.

"Okay." balas Allysa pendek.

"Dah pergi bersiap cepat. 15 minit lagi kitaorang sampai depan rumah kau." kata Iman kepada Allysa. Allysa hanya akur. Dia segera mematikan panggilan itu lalu wardrobe dituju. Dia membuka almari pakaiannya lalu memilih pakaian yang sesuai.

Sesudah sahaja dia bersiap, dia menilik dirinya. Setelah puas menilik, dia segera mengambil iphonenya lalu dimasukkan ke dalam sling bagnya. Dia keluar dari biliknya lalu dia turun ke bawah. Puan Anisa sedang bersantai di ruang tamu di dekatinya.

"Ma, adik nak keluar dengan kawan-kawan, boleh?" tanya Allysa kepada mamanya. Mamanya hanya mengangguk.

Pin.. Pin..

"Adik pergi dulu." tangan Puan Anisa diraihnya lalu dicium.

"Hati-hati. Jangan balik lewat sangat." pesan Puan Anisa kepada anaknya. Allysa mengangguk lalu dia melangkah ke arah pintu utama. Kasut diambil di dalam almari kasut yang dikhaskan. Dia menyarung kasut itu lalu pintu utama itu ditutup. Dia melangkah ke arah kereta Alphart hitam.

"Kau duduk depan. Dekat belakang dah tak muat." ujar Iman setelah cermin kereta diturunkan. Allysa akur lalu membuka pintu di bahagian depan.

Dia menutup pintu kereta mewah itu lalu memakai seatbelt. Harris di tempat pemandu dipandangnya. Wow! Handsome dia hari ni. Puji Allysa dalam hati kecilnya.

"Ehem..Ehem.. Kalau nak berasmaradana pun jangan buat dekat sini. Tunggu malam pertama nanti." sampuk satu suara. Siapa lagi kalau bukan Iman. Yang lain hanya ketawa apabila mendengar kata-kata Iman.

"Dah-dahlah tu. Jalan cepat nanti lambat pulak." sampuk Danny pula.

Harris membaca basmallah terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduannya. Sepanjang perjalanan mereka berbual rancak. Adakalanya mereka ketawa mendengar lawak salah seorang dari mereka. Harris hanya fokus pemanduannya.

Sesampainya mereka di tempat yang dituju, mereka berjalan bersama-sama untuk ke panggung wayang. Apabila mereka sampai di sana, Danny ditugaskan untuk membeli tiket manakala Syarif, Iman dan Harris membeli popcorns untuk mereka bertujuh. Allysa, Hannah dan Wafa hanya tunggu kaum Adam yang tengah membeli itu. Mereka bertiga selfie di situ sementara menunggu kaum Adam itu selesai membeli.

Danny menuju ke arah kaum Hawa. Tak lama selepas itu, Syarif dan Harris menuju ke arah mereka dengan membawa dua bekas(?) popcorns setiap orang.

"Iman mana?" soal Danny kepada Syarif dan Harris. Harris menunjukkan dimana Iman berada. Iman membawa tiga bekas(?) popcorns itu menuju ke arah mereka. Siap dengan muncung lagi.

"Ambil ni cepat sebelum aku baling satu-satu kat muka korang." ujar Iman kepada mereka. Mereka ketawa kecil lalu mengambil popcorns masing-masing.

"Pukul berapa movie start? " tanya Harris kepada Danny.

"12:30 tengah hari." ujar Danny. Sempat lagi dia usya Wafa dihadapannya.

"Jomlah masuk." ajak Syarif kepada rakan-rakannya. Danny menyerahkan tiket itu kepada mereka. Mereka pun berjalan menuju ke arah pintu masuk.






















"Lepas ni nak pergi mana pula?" soal Harris kepada rakan-rakannya. Mereka berhenti sebentar disitu.

"Jom pergi makan. Aku lapar ni." ajak Iman siap pakej mengusap perutnya lagi.

"McD jom." ajak Danny pula. Mereka hanya bersetuju dengan cadangan Danny. McD dituju oleh mereka.

Sesampainya mereka disitu, meja kosong dicari. Mereka ke arah satu sudut dimana meja kosong itu berada.

"So, siapa nak belanja?" soal Syarif kepada rakan-rakannya. Mereka pandang sesama sendiri.

"Harris belanja." sampuk Iman. Jarinya ditunjukkan ke arah Harris. Harris memandang Iman dengan tajam.

"Okay, aku belanja korang tapi Iman pergi beli." ujar Harris lalu dia memandang ke arah Iman.

"Apa hal suruh aku pergi beli? Seorang pulak tu. Kau ingat aku ada tangan lapan ke?" soal Iman tidak puas hati. Ingat dia ni sotong ada tangan lapan?

"Macam nilah senang. Siapa rasa dia kaum Adam pergi beli sana. Kalau dia rasa dia ni kaum Hawa duduk dekat sini." ujar Hannah kepada mereka semua. Cadangan yang bernas. HAHAHA!

"Aku pergi beli burger korea. Air order dekat salah seorang dari mereka." ujar Harris lalu ke kaunter.

"Aku beli air pepsi jelah. Ada sesiapa nak order apa-apa beritahu dekat salah seorang mereka ni." ujar Iman. Dia mengejar Harris dari belakang.

"Korang nak apa?" soal Danny dan Syarif serentak.

" Cheese wedges." pesan Hannah. Danny dan Syarif memandang ke arah Wafa.

"Ice cream." pesan Wafa kepada jejaka dihadapannya. Danny mengangguk kepalanya.

"Lysa? Kau nak apa?" soal Syarif kepada Allysa.

"Chicken chop. Tapau ye." ujar Allysa. Syarif mengangguk faham lalu mereka berdua ke kaunter.

"Cik, dia bayar ya." ujar Iman kepada pekerja itu. Pekerja itu mengangguk faham. Iman membawa air-air yang dibelinya ke arah meja yang diduduki oleh kaum Hawa.

Ketujuh-tujuh air pepsi itu diletakkan di atas meja. Iman duduk diatas kerusi di hujung sekali. Beberapa minit kemudian, Danny, Syarif dan Harris menuju ke arah mereka. Mereka mengambil tempat masing-masing. Mereka menikmati juadah itu dengan berselera sekali.

🚀🚀🚀
Makin merapu huhuhu!😢

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now