Harris lengkap berpakaian pejabat itu segera menuju ke arah isterinya yang sedang mengemas pakaiannya untuk dibawa bersama. Ya, dia outstation selama seminggu bersamaan tujuh hari, right?
Dia menahan ketawa melihat isterinya itu sudah memuncung. Dah macam itik pun ada. Haih, isteri siapalah ni!
Sejak pulang dari honeymoon lagi asyik nak berkepit je dengan dia. Takkan dah berisi kut. Kalau dah berisi tu syukurlah, kan?
Siapa je tak suka bila benih sendiri sedang membesar di dalam rahim isteri tercinta. Ye dak?
"Dah-dahlah muncung tu. Meh sini abang cium dekat situ."ujar Harris lalu dia mengucup bibir isterinya. Allysa membalas ciuman suaminya.
Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..
Empat saat..
Barulah mereka melepaskan ciuman itu. Harris bangun dari duduknya diikuti Allysa.
Tangan kekar Harris diciumnya. Usai itu, giliran Harris untuk mencium dahi isterinya. Lama.
"Janganlah buat muka macam tu. Isnin depan abang balik ya."
"Sunyilah sayang selama seminggu ni." ujar Allysa sayu. Dia memeluk tubuh sasa Harris. Erat!
"Mama kan ada. Alief dan Hannah pun ada sekali. Sayang mana sunyi dah." pujuk Harris. Alahai dah macam pujuk budak je.
"Tak sama! Abang tak payah pergilah. Please." rayu Allysa. Entah tiba-tiba hatinya berat mahu melepaskan suaminya itu pergi.
"Abang pergi sebab urusan kerja. Abang janji lepas habis urusan dekat sana abang terus balik." pujuk Harris lagi.
Allysa mengalah. Biarlah suaminya pergi sana.
"Dah, jom." ajak Harris lalu dia membuka bonet keretanya untuk memasukkan bagasinya. Allysa segera mengunci pintu rumahnya.
Baru seminggu mereka berdua tinggal di rumah agam itu. Rumah besar tapi tinggal berdua je.
Usai mengunci pintu, Allysa segera membuka pintu kereta lalu dia melabuhkan punggungnya di tempat penumpang dihadapan. Harris baru sahaja masuk itu terus menghidupkan enjin keretanya.
Setelah itu, kereta Harris meluncur laju atas jalan raya. Lapangan terbang KLIA dituju.
"Abang, tak payah pergilah." kata Allysa lagi. Mana tahu suaminya itu berubah fikiran,kan?
"Tak boleh sayang. Abang nak pergi dah ni. Sayang tinggal dekat rumah mama sayang dulu." ujar Harris sambil memegang tangan isterinya. Allysa hanya akur lalu dia bersalaman dengan suaminya.
Mereka berpelukan disitu. "Take care, my love." ucap Harris kepada isterinya.
Allysa mengangguk kepalanya.
"Bye, abang. I love you so much." ucap Allysa. Dia menahan butir-butir jernih jatuh membasahi pipinya.
"Don't cry, my love." jari Harris menyeka butiran jernih yang jatuh di pipi isterinya. Setelah itu, dia mengucup dahi Allysa seketika sebelum dia meninggalkan isterinya di situ.
'Abang, pandang belakang.' bisik hati kecil Allysa. Harris melangkah tanpa menoleh ke belakang.
Allysa menangis kecewa lalu dia meninggalkan tempat itu. Harris menoleh ke belakang untuk melihat isterinya. Isterinya sudah pergi.
"Good bye, my love." gumam Harris lalu dia menuju ke balai pelepasan.
Sudah berjam-jam dia berkurung dalam biliknya. Ya, dia sudahpun sampai di rumah mamanya, Puan Anisa pukul 12 tengah hari tadi lepas hantar suaminya ke airport. Dia mendirikan solat fardhu Asar pada petang itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/132948472-288-k161579.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...