Syarif menghayunkan kakinya ke bilik pejabat Harris. Camera berjenama Canon EOS M50 dibawanya bersama. Pintu diketuk dahulu sebelum dia diizinkan masuk.
"Masuk." laung Harris dari dalam. Syarif segera memulas tombol pintu lalu dia menjejaki bilik itu.
"Nah, kamera kau. Video malam tu aku pindahkan dalam laptop aku sebab nak edit sikit. Yang dalam kamera ni original." ujar Syarif kepada Harris. Harris mengangguk faham.
"Wedding aku nanti aku suruh kau jelah urus fasal ni. Kaukan professional." ujar Harris. Bahu Syarif ditepuknya. Syarif tersengih apabila dirinya dipuji. Kembang hidung!
"Aku okey je asalkan duit masuk." ujar Syarif. Ibu jari dan jari telunjuknya digesel-gesel antara satu sama lain beberapa kali.
"Gold digger! " kutuk Harris depan Syarif.
"Aku pun nak hidup mewah jugak." ujar Syarif. Sempat lagi dia menjeling. Ingat cute?
"Dah.. Pergi buat kerja. Nanti aku potong gaji kau kang. Tak fasal-fasal menangis kau dekat sini." ugut Harris kepada sahabatnya. Berlagak betul!
"Yalah. Aku pergi dulu." pamit Syarif kepada Harris a.k.a bos besarnya.
"Hah, shuh..shuh.." halau Harris sambil tangannya digerak-gerakkan.
Syarif meninggalkan pejabat Harris. Dia menuju ke bilik pejabatnya untuk membuat kerja yang belum disiapkannya. Mati dia kalau kerjanya belum siap. Mahu gajinya dipotong bulan ni.
Pintu bilik pejabat Harris diketuk beberapa kali. Inilah manusia asyik ketuk pintu aje.
"Masuk." laung Harris dari dalam. 'Pengetuk' tadi masuk apabila diberikan keizinan.
"Bos, ini laporan keuntungan bulan Jun yang bos minta." ujar Encik Malik lalu laporan yang berada ditangannya disuakan kepada bosnya.
Harris menyambut huluran Encik Malik lalu laporan itu dibuka. Butiran dibacanya satu persatu.
"Bos, keuntungan pada bulan ni turun mendadak. Saya rasa ada orang yang sabotaj bos." ramal Encik Malik. Wajah Harris diangkat lalu memandang wajah Encik Malik.
"Maksudnya?" soal Harris tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Encik Malik.
"Maksud saya, mungkin ada orang sengaja buat begitu kerana mahu jatuhkan syarikat ni ataupun..ada orang upah dia buat semua ni?" ramal Encik Malik lagi. Harris diam seketika. Ingin menghadamkan apa yang dimaksudkan oleh Encik Malik itu.
"Siapa yang handle benda ni?" soal Harris kepada Encik Malik.
"Encik Saiful, bos." ujar Encik Malik. Harris mengangguk faham.
"Panggil dia." arah Harris kepada Encik Malik. Encik Malik mengangguk kepalanya lalu keluar dari bilik pejabat itu.
Kakinya dihayunkan ke meja Encik Saiful dimana meja itu ditempatkan.
"Encik Saiful, bos panggil." ujar Encik Malik secara formal. Encik Saiful mengangguk kepalanya lalu dia bingkas bangun dari kerusinya. Kakinya dihayunkan ke arah bilik bosnya.
Pintu diketuknya dahulu. Setelah diberikan keizinan, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Bos." panggil Encik Saiful. Kepalanya ditundukkan.
Fail dilemparkan ke atas meja lalu bunyi terhasil. Terhinjut bahu Encik Saiful kerana terkejut. Encik Saiful melihat fail yang dilempar oleh Harris. Butiran itu dibacanya.
"Kau handle benda ni semua,kan?" soal Harris dengan nada suaranya dikawal.
"Ya, betul bos." jawab Encik Saiful takut-takut. Seram bila melihat bos besarnya naik angin.
"Kau dah check ke tak benda ni? Kenapa keuntungan bulan ni turun mendadak? Kau buat kerja tak ni?" soal Harris bertubi-tubi. Wajah Encik Saiful dipandangnya.
"Dah check semua tu bos tapi saya tak tahu apa punca keuntungan bulan ni turun mendadak. Betul bos saya tak tipu." ujar Encik Saiful membela dirinya. Argh..pening kepala Harris dibuatnya.
"Dah kau boleh keluar. Tapi ingat ni last warning. Kalau nak kerja sini buat kerja betul-betul, jangan sesekali cuai. Ingat!" ujar Harris memberi peringatan kepada Encik Saiful.
"Baik bos. Saya janji." ucap Encik Saiful lalu tangannya diangkat seperti mengangkat sumpah di mahkamah.
Sudah tiga hari dia asyik muntah-muntah makin risau Datin Merlisa dibuatnya.
"Sara kenapa ni? Dah masuk tiga hari Sara macam ni. Jom pergi klinik." ajak Datin Merlisa kepada anak daranya. Siapa tak risau bila anak jatuh sakit kan?
"Tak naklah mummy. Esok lusa baiklah ni." ujar Sara. Kepalanya disandarkan pada kepala katil. Tak larat!
"Kalau macam tu mummy buatkan bubur dulu." ujar Datin Merlisa kepada satu-satunya anak perempuan yang dia masih ada. Anak bongsunya telah menghadap Ilahi tiga tahun lalu akibat kanser yang dihadapinya.
Sara mengangguk lemah. Datin Merlisa segera meninggalkan bilik itu untuk membuat bubur buat anak kesayangannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/132948472-288-k161579.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Untuk Mr. Alien ✔
Romance[Karya pertama] Pertemuan yang tidak diduga menyebabkan mereka bersua muka sudahlah bergaduh di hadapan bangunan syarikat terkenal.Pergaduhan itu membuatkan mereka saling membenci. "Lain kali kalau nak jalan pakai mata bukan lutut.And satu lagi belu...