37

4.6K 141 1
                                    

"Syam, aku gerak dulu." ujar Encik Khairul kepada besannya. Dato' Hisyam mengangguk lalu bersalaman dengan besannya.

"Hati-hati drive. Dah sampai call aku." kata Dato' Hisyam kepada Encik Khairul manakala Puan Anisa bersalaman dengan Datin Mariana. Pipi mereka berlaga beberapa kali.

Allysa bersalaman dengan mamanya. Lepas ni dah jarang berjumpa. Dah tak boleh nak manja dengan mamanya lagi. Dah berkahwin katakan.

Hannah bersalam dengan Datin Mariana. Kemudian dia mendapatkan Allysa lalu memeluk sahabatnya itu. Lama.

"Take care, babe." pesan Hannah kepada Allysa. Allysa mengangguk faham. Dia mencebik.

"Kau pun sama. Jaga abang aku baik-baik. Kalau dia buat salah, kau bagi je penampar dekat dia." ujar Allysa sambil menjeling ke arah abangnya, Alief.

Alief menjuihkan bibirnya. "Bro, jaga adik aku baik-baik. Kalau dia buat salah, kau bagi je kaki dekat dia." pesan Alief pula. Allysa membuat muka menyampah.

'Ada je dia nak kenakan aku balik. Bencilah macam ni!'getus Allysa dalam hatinya.

"Babe, aku rasakan baik kau bagi dia puasa sebulan biar padan muka dia tu." bisik Allysa ditelinga sahabatnya yang berlapik shawl. Hannah tergelak kecil.

Alief memandang tajam dua orang wanita yang sedang berbisik itu. Mesti ada something ni!

"Kalau macam tu kami gerak dululah ya." pamit Encik Khairul kepada tuan rumah. Mereka mengangguk.

"Aku balik dulu,bro." ujar Alief lalu bahu Harris ditepuknya. Dia menuju ke arah Allysa.

"Dik, aku balik dulu." ujar Alief kepada Allysa. Allysa segera bersalaman dengan abangnya. Nanti dia rindulah nak wrestling dengan abangnya itu.

Tak apa. Harris kan ada!

"Aunty, saya balik dulu ya." ujar Alief kepada Datin Mariana. Datin Mariana mengangguk kepalanya.

Kemudian, mereka menuju ke arah kereta Alief.

Pin!! Pin!!

Alief menekan hon keretanya. Setelah itu, kereta itu meluncur laju meninggalkan rumah mewah Dato' Hisyam.

















Allysa mengikuti Harris ke bilik pejabat yang terletak bersebelahan bilik mereka. Allysa melihat setiap sudut di dalam bilik itu. Nampak cantik, elegan dan mewah.

Dia menuju ke arah rak buku. Satu persatu dia melihat buku-buku yang ada disitu. Semuanya tebal-tebal belaka. Kalah novel dia beli!

Asyik meneliti buku-buku yang tersusun rapi disitu, dia menangkap satu buku seperti buku album. Dia segera mengambil buku tersebut lalu menuju ke sofa yang terletak di bilik itu.

Buku album itu dibuka. Dia melihat gambar-gambar yang sedia ada dalam buku itu. Dia melihat gambar satu pasangan suami isteri sedang bahagia.

Itu pasti ibu bapa mertuanya ketika muda. Handsome and beautiful!

Allysa melihat gambar-gambar yang ada pada halaman itu. Setelah itu, dia membelek lagi. Ada gambar bayi yang semestinya comel. Bam-bam gitu!

Dia membaca perlahan tulisan di sebelah gambar itu. 'Our first baby. Raz.'

Dahinya berkerut seribu. Raz? Siapa pulak? Abang kandung Harris? Or abang angkat?

Tapi dekat situ tertulis 'our first baby.' Bermakna abang Harris. Argh..pening!

Dia membelek lagi. Gambar dua orang lelaki. Salah seorang daripada mereka ialah Harris dan seorang lagi berumur lebih kurang 20-an sedang bahagia. Siapa sebenarnya dia?

Ni kena tanya suaminya! Mesti!

Tiba-tiba Harris menegurnya. "Sayang tengok apa?"

Allysa memandang ke arah suaminya.

"Tengok gambar dalam album ni. Sorry, saya tak minta izin abang dulu." ujar Allysa bersalah. Kan tak fasal-fasal kena marah.

"It's okay, sayang." ujarnya lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Allysa memandang wajah suaminya.

Nak tanya ke tak? Nak ke tak?

Harris memandang wajah Allysa seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya itu.

"Sayang ada masalah ke?" soal Harris lembut. Dia tidak lekang memandang wajah cantik isterinya.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" soalan dibalas dengan soalan. Harris mengangguk kepalanya. Untuk isterinya semuanya boleh.

"Sayang nak tanya apa?" soal Harris lagi. Dia menukar posisi duduknya. Kini dia berada di hadapan Allysa.

"Siapa lelaki yang bernama Raz tu?" tanya Allysa takut-takut. Siapa tak takut even suami sendiri kan?

Harris terdiam apabila mendengar nama abangnya. Dia mengeluh perlahan.

"Actually, dia abang kandung abang." balas Harris perlahan. Allysa meng'o'kan sahaja.

"Kenapa saya tak nampak dia masa akad nikah? Majlis semalam pun saya tak nampak." kata Allysa lagi. Alang-alang kan, korek sekali rahsia yang dia tak tahu.

"He died." ujar Harris ringkas. Allysa terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya. Like seriously?

"I'm so sorry, abang." ucap Allysa dengan perasaan bersalah. Harris menggeleng kepalanya.

"Not your fault,sayang." ujarnya perlahan. Harris mengeluh.

"Sayang ingat lagi tak masa abang cakap yang abang nak fly ke London?"tanya Harris kepada isterinya. Allysa diam sejenak kemudian dia mengangguk kepalanya.

Gila tak ingat! Nak je dia bagi penumbuk masa tu.

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now