31

4K 131 6
                                        

Pintu pejabat Allysa diketuk berkali-kali oleh Aliza. Allysa sedang membuat kerjanya itu terbantut dek ketukan itu.

"Masuklah kak." arah Allysa. Aliza segera masuk apabila diberikan keizinan.

"Ada apa kak?" tanya Allysa kepada wanita lingkuhan 30 an itu.

"Akak nak bagi fail ni." balas Aliza lalu fail ditangannya diberikan kepada Allysa. Fail itu bertukar tangan.

"Semalam akak nampak bos dekat butik. Sejak bila bos bercinta entah tup tup dah nak kahwin." cerita Aliza kepada Allysa. Allysa meneguk air liurnya. Glup!

Jangan kantoi sudah.

"Dengan siapa, kak? Ada ke orang nakkan dia dahlah garang nak mati." tanya Allysa. Dia berpura-pura terkejut.

"Entahlah. Akak tak nampak pulak perempuan tu." jawab Aliza. Allysa menghembuskan nafas lega. Fuhh!

"Akak pergi dulu. Nanti kita sambung borak dekat tempat biasa." ujar Aliza lalu dia melangkah keluar meninggalkan Allysa.

Nasib baik! Rasa nak menari pun ada? Eh?



















"Aku ingat ke kau nak kahwin." ujar Reen lalu air bandungnya itu disedut.

"Bukanlah. Siapalah nak dekat aku ni,kan?" kata Allysa sayu. Eh, pura-pura sayu. Terpaksalah bukan sengaja.

"Big boss kan ada." balas Reen tiba-tiba.

Huk huk!

Allysa batuk kecil. Pedih tekaknya kini. Dia segera menyedut airnya. Sakit siot tekak ni tercekik nasi. Nasib baik tak mati je.

"Bos nak kahwin dah." kata Aliza kepada Reen. Reen memandang Aliza tidak percaya.

'Aku nak lari dari dua orang ni boleh tak?'bisiknya dalam hati.

"Dengan siapa, kak? Lysa ke?" soal Reen sambil menunjukkan ke arah Allysa. Allysa membulatkan matanya.

The heck?

"Eh, apa pulak aku?" asyik nama dia je kena petik. Aduhai. Sabar Lysa. Sabar!

Tapi memang betul pun dia nak kahwin dengan big boss a.k.a Mr. Alien terchenta. HAHA!

"Entahlah. Akak pun tak tahu sebenarnya."balas Aliza lalu menyuapkan makanannya ke dalam mulut.

"Habis tu akak cakap bos nak kahwin tu?" Allysa memandang mereka berdua. Haih.. Kecoh betul. Ni baru CEO nak kahwin belum lagi anak raja.

Entah-entah lagi kecoh bila dengar anak raja nak kahwin.

"Akak nampak dia dekat butik pengantin. Tapi akak tak nampaklah siapa bakal bini dia." terang Aliza. Reen mengangguk kepalanya. Allysa menikmati hidangannya itu.

"Betul ke?" tanya Reen lagi. Allysa hanya mendengar sahaja perbualan itu. Malas mahu ikut serta.

"Entahlah. Tunggu jelah kad jemputan dari dia." jawab Aliza. Dia menghabiskan suapan terakhirnya.

"Melepaslah kau, Lysa." kata Reen kepada Allysa. Dia menepuk bahu Allysa. Kuat!

Allysa membuat tidak tahu. Bahunya digosok-gosok. Asyik dia je kena bahan dengan dua orang ni.













Kedengaran beberapa suara seperti bertengkar di rumah mewah milik Dato' Suhaidi.

"Aku tak ingin ada anak seperti kau ni. Memalukan!" jerkah Dato' Suhaidi kepada anaknya, Sara. Sara melutut dihadapan daddy nya. Air matanya mengalir deras membasahi pipi gebunya. Tiada tanda-tanda untuk berhenti.

"Dad, trust me. Please." rayu Sara. Kaki daddy nya dipeluk erat. Datin Merlisa hanya diam di sofa yang diduduknya itu.

"No! Kau dah conteng arang dekat muka aku. Sekarang ni kau nak suruh aku percayakan kau? Huh! Dasar anak tak sedar diri!" maki Dato' Suhaidi. Siapa je tak marah bila anak kandung sendiri dah conteng muka dekat kita. Ye dok?

"Mummy." Sara menghampiri Datin Merlisa.

"Jangan sesekali sentuh aku!" marah Datin Merlisa berbaur amaran. Sara tidak menghiraukan amaran mummynya. Dia melutut di hadapan Datin Merlisa. Tangan Datin Merlisa diraihnya namun pantas ditepis oleh Datin Merlisa.

"I said. Don't. Touch. Me." kata Datin Merlisa satu-satu.

"Mummy." panggil Sara perlahan. Suaranya ditahan akibat terlalu lama menangis.

"Kau bukan anak aku lagi. Dan mulai sekarang, Sara Emilia bukan lagi anak aku. Anak aku hanya Syifa Erika." ujar Datin Merlisa membuat pengakuan.

"Daddy, Sara mintak ampun. Please, jangan halau Sara." rayu Sara kepada Dato' .

"Aku haramkan kau pijak rumah ni lagi! Keluar sekarang!" amarahnya memuncak. Bila-bila masa je nak meletup.

"How dare you!"

Pang!!

Sara meraba pipinya yang ditampar oleh daddy nya. Perit? Hatinya lagi perit apabila mendengar ayah kandungnya menghalaunya dari rumah itu.

Sara segera bangun dari melutut. Dah tak guna nak pujuk orang keras kepala. Kan?

"Okay fine! Sara keluar dari sini untuk SELAMANYA!" akhirnya dia mengalah. Dia rela pergi jika itu terbaik buat mereka semua.

Salah dia kerana tidak mendengar nasihat orang tuanya. Salah dia kerana pergi ke tempat itu. Salah dia kerana bergaul bebas.

Dia menarik luggage lalu kakinya melangkah ke arah pintu utama. Kereta mini cooper itu dia tuju. Dia memasukkan bagasinya ke dalam perut kereta.

Setelah itu, barulah dia masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupnya lalu dia meninggalkan rumah itu buat selamanya.

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang