22

4.9K 155 0
                                    

Hujung minggu inilah membuatkan Allysa malas keluar ke mana-mana. Dia mahu habiskan masanya dengan novel-novel yang dibelinya beberapa hari lalu. Sedang leka dia membaca, tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh Puan Anisa. Allysa mengangkat kepalanya lalu mengubah posisi baring itu kepada posisi duduk.

"Tak mandi lagi?" soal Puan Anisa kepada anak daranya. Allysa hanya tersengih menayangkan barisan giginya.

"Kejap lagi rombongan meminang sampai. Pergi mandi." ujar Puan Anisa tegas. Terbuntang matanya tatkala mendengar kata-kata mamanya. Like seriously?

Macam manalah dia boleh terlupa fasal tu.

"Adik pergi mandi dululah ma." ujarnya lalu mengambil tuala. Bilik air ditujunya. Puan Anisa mengeleng kepalanya melihat telatah anaknya. Dah nak kahwin pun anak dia ni. Sunyilah dia lepas ni.

Puan Anisa meninggalkan bilik anak perempuannya itu lalu dia menuju ke tamannya. Nak siram pokok-pokok bunganya. Itulah rutin harian Puan Anisa sejak dulu.


























"Awal abang turun. Biasanya masa ni abang tengah menyelubungi selimut tak pun tengah main ML tu." tegur Allysa ketika menuruni anak tangga itu. Alief sedang menonton cerita kartun itu menoleh ke arah adiknya.

"Eleh.. Kau pun sama, dik." balas Alief. Dia kembali menonton cerita kartun itu. Layan kartun lagi best.

"Cakap dekat orang padahal dia pun sama." ujar Allysa perlahan. Dia menuju ke meja makan. Apa lagi? Nak makanlah.

Dia lapar!

"Abang dengar apa yang kau cakap tu." kata Alief di ruang tamu. Allysa hanya diam. Lebih baik dia mengisi perutnya dah lama berkeroncang(?) minta diisi daripada melayan kerenahan abangnya tak habis-habis tu. Kang tak fasal-fasal peperangan antara dua beradik ni bermula.

"Abi mana?" soal Allysa ketika dia menjamah nasi goreng buatan mamanya itu. Sedap seperti selalu.

"Pergi mencuci kereta kesayangannya." balas Alief acuh tak acuh. Matanya masih lekat pada skrin televisyen. Alief dan cerita kartunnya tidak boleh dipisahkan langsung. Kalah budak-budak. Perangai ikut siapalah ni. Puan Anisa or Encik Khairul? Dia pun tak tahu.

Allysa mencuci pinggan dan cawan yang digunakannya tadi. Dia sudah terbiasa buat semua itu sejak dahulu lagi. Usai dia melakukan aktiviti mencuci pinggan dan cawan itu, dia terus keluar untuk ke taman mini milik mamanya, Puan Anisa.

"Mama." sapa Allysa lalu tubuh Puan Anisa didakapnya. Terkejut Puan Anisa dibuatnya. Mujur dia tidak ada heart attack jika tidak sudah tentu dia sudah arwah dekat situ.

"Ishh.. Budak bertuah ni. Mujur mama tak ada heart attack. Kalau tak.."

"Adik sayang mama. Mama jangan cakap macam tu adik tak suka." Allysa memotong percakapan mamanya. Siapa je suka orang yang tersayang cakap macam tu.

"Mama pun sayang dekat adik. Makin sunyilah mama bila adik dah jadi isteri orang nanti." sayu saja suara Puan Anisa. Mula dah drama sinetron dua beranak tu.

"Nanti suruh jelah adik bagi cucu dekat mama banyak-banyak. Baru mama tak sunyi lagi." sampuk suara garau itu.

Alief sedang menuju ke arah mereka bersama Encik Khairul.

"Banyak cantik muka abang. Abang ingat adik ni kilang buat anak?" suka hati hempedu dia je suruh dia beranak ramai-ramai. Allysa menghadiahkan jelingan maut buat abangnya.

"Abang tahu abang handsome. " puji Alief untuk dirinya sendiri. Masuk bakul angkat sendiri nampak? Poyolah mamat ni. Allysa membuat muka menyampah tahap gaban.

"Yelah tu. Muka abang memang handsome macam bontot kuali mama." bidas Allysa sengaja dia cakap begitu. Balas dendam!

"Muka abang lagi handsome dari bontot kuali mama. Kalau tak, abang tak jadinya pilot bagai." bidas Alief pula. Baru sahaja Allysa hendak membuka mulutnya, mamanya cepat-cepat memintas.

"Sudah,sudah. Kamu berdua kalau dah berdebat sampai pagi esok tak habis lagi." ujar Puan Anisa kepada anak-anaknya. Suaminya menjadi pemerhati anak beranak itu. Malas hendak masuk campur hal remeh. Banyak lagi hal yang dia hendak fikirkan.

"Bila rombongan dari pihak lelaki sampai?" tanya Encik Khairul kepada anak bongsunya.

"Al..Harris kata pukul 10 pagi nanti." balas Allysa kepada Encik Khairul. Nyaris-nyaris dia hendak sebut 'Alian' tadi. Bukan apa nama itu hampir sama dengan Alien. Tak fasal-fasal abinya itu fikir bakal menantunya itu 'alien'.

"Lambat lagi tu. Jom main ML." ajak Alief kepada adiknya.

"I'm not gamer like you." ujar Allysa kepada abangnya. Sejujurnya dia tidak minat akan permainan video itu. Bukannya ada faedah pun. Buang masa je.

"Ala..terpaksalah abang main sorang-sorang." ujar Alief sayu. Allysa pura-pura tidak dengar. Mulalah tu buat drama.

"Dah-dah, mama dan abi masuk dalam dulu."pamit Puan Anisa kepada anak-anaknya. Langkahnya dihayunkan menuju ke dalam rumah. Encik Khairul hanya mengikut isterinya sambil merangkul erat pinggang milik Puan Anisa. Tua-tua pun sweet.

Macam mana dia kahwin nanti? Adakah hidup mereka bahagia seperti ibu bapanya?




Cinta Untuk Mr. Alien ✔Where stories live. Discover now