4

6.8K 237 0
                                        

Sejak jadi PA, kerja Allysa hanya mengikutnya ke mana saja dia pergi. Bukan setakat ikut saja, setiap pagi coffee mesti ada atas meja kerja dia.

Haih.. Macam aku ni isteri dia lah pula. Sikit-sikit dia guna kuasa veto takpun ugut nak potong gaji. Kalau potong sikit tak apa lah ni nak potong separuh. Apalah nasib dapat big boss macam tu. Macam manalah isteri dia nanti. Tak sampai sehari mesti dah cerai-berai. Haha...

Aku tersengih-sengih apabila memikirkan hal itu. Sejak tadi big boss nya menerangkan tentang entah apa dia tak tahu. Macam mana nak tahu kalau asyik berangan je..

"Allysa?" panggil Harris setelah berbuih-buih mulutnya menerangkan sesuatu. Allysa tetap dengan dunianya. Tersengih-sengih seorang.

Serupa orang gila dah.

"Woi Sofie?!" terkejut Allysa apabila namanya disebut. Dia teringat akan seseorang yang pernah memanggilnya dengan nama itu. Ya...orang yang sama. Orang yang berjaya mencuri hatinya hakikat dia ditinggalkan sendirian tanpa alasan yang munasabah.

Tiba-tiba, air matanya gugur membasahi pipi mulusnya. Tersentak Harris apabila melihat Allysa mengalir air mata. Rasa salah menyelubungi dirinya. Cepat-cepat dia mengambil sapu tangan miliknya lalu memberikannya kepada Allysa. Allysa mengambil sapu tangan itu lalu mengesat air matanya yang membanjiri pipi mulusnya.

"Sorry?" ucap Harris sambil melihat gerak-geri Allysa yang sedang menyapu air mata.

"Untuk?" tanya Allysa ragu-ragu. Wajah Harris ditatap sayu. Masih ada lagi sisa-sisa air mata di pipi mulus milik seorang gadis yang bernama Allysa Sofiya.

"Buat kau menangis." balas Harris perlahan. Allysa menatap wajah milik Harris.

"Tak apa. Kau tak salah pun." kataku lalu memberi senyuman tawar kepadanya.

"Tapi..tadi kau nangis tu."

"Kau panggil nama Sofie tu buat aku teringat someone." Allysa mula membuka cerita kisah silamnya.

"Boyfriend kau?" Harris menyoalnya dengan penuh minat. Wajah Allysa dipandangnya dan dia duduk menghadap Allysa.

"Nope. He's my friend. My best friend. I love him. Aku anggap dia lebih seorang sahabat. Tapi dia dah pergi dari hidup aku buat selama-lamanya."  aku menangis tersedu-sedan. Sejak dua menjak emosi aku tidak stabil.

"Dia hilangkan diri selepas habis SPM. Apabila aku massage dia, dia tak balas. Dia tinggalkan bluetick. Aku call dia, dia tak angkat. Ada sekali tu aku try  call dia. Bukan dia yang angkat tapi orang lain. Aku rasa dia dah lupakan aku buat selama-lamanya. Nak buat macam mana dia jauhkan diri dia daripada aku. So, aku pun nak move on and mulakan hidup baru." air mata diseka menggunakan belakang tapak tangan.

Harris merasakan kepalanya berpusing-pusing lalu dia jatuh menyembah lantai mozek itu.

Allysa terkejut apabila big boss tiba-tiba pengsan. Dia memanggil-manggil staf yang ada di situ. Ramai staf berkerumun di situ. Ada yang terkejut apabila melihat big boss mereka pengsan.






                        

         

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" tanya si ibu resah apabila si anak pengsan.

"Anak Datin berada dalam keadaan stabil. Tiada apa-apa yang perlu di risaukan. Cuma anak Datin terlalu penat dan terlupa ambil sarapan. Jika tiada apa-apa saya pergi dulu." Doktor Khadijah meminta diri lalu memberikan senyuman kepada Allysa.

"Datin, saya minta maaf sangat-sangat." ucapku bersalah. Kepalaku ditunduk ke lantai. Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan mak big boss nya.

"No. Allysa tak bersalah. Harr memang macam tu sejak dia kemalangan." ujar Datin Mariana sambil memelukku dengan erat. Aku meleraikan pelukannya.

"Kemalangan?" wajah Datin Mariana dipandang dengan penuh ragu. Tempat duduk yang disediakan disitu diduduk oleh kami.

Seriously? Big boss kemalangan? Waduh.. Allysa semua orang pernah kemalangan. Cuma kemalangan dia orang berbeza. Tersepak batu tu kira kemalangan jugak. Macam kau jugak jatuh tergolek sebab orang langgar kau.

" Dulu sebelum dia kemalangan, dia pernah beritahu kat aunty bahawa dia nak bawa someone special jumpa family. Sebelum dia keluar dia ada pesan kat aunty kalau jadi apa-apa kat dia, dia tak nak aunty atau sesiapa pun yang dia sayang menangis kerana dia. Aunty ingat dia just gurau pasal tu. Lepas dia keluar, tiba-tiba ada orang call guna phone dia. Dia orang cakap Harr ada kat hospital. Hampir luruh jantung aunty bila dapat tahu Harr kemalangan. So aunty pergi la hospital dengan suami aunty." Datin Mariana bercerita sambil mengesat air mata yang hampir gugur.

Aku hanya mendengarnya dengan penuh kesian.Kesian kau, big boss.

"2 tahun dia koma and then aunty dan suami aunty buat keputusan untuk rawat dia di luar negara. Alhamdulillah. Lepas beberapa bulan, dia sedar dari koma tapi malangnya dia tak ingat apa-apa termasuklah kami." cerita Datin Mariana lagi. Aku hanya menahan rasa sedih. Aku menggosok-gosok pelan belakang Datin Mariana.

Seorang nurse menghampiri kami. Dia memberitahu bahawa Harris sudah sedar dan ingin berjumpa dengan Datin Mariana. Datin Mariana meminta diri lalu menuju ke arah wad anaknya. Allysa hanya menghantarnya dengan ekoran mata.

Dia berdiri dari tempat duduknya lalu melangkah pergi dari situ.










"Assalamualaikum..Harr macam mana?" tanya Datin Mariana lalu menuju ke arah anak kesayangannya.

"Harr okey je. Don't worry about me." balas Harris sambil merenung wajah mamanya. Lama!

"Kenapa Harr pandang mama macam tu?" tanya Datin Mariana sambil memandang wajah anak terunanya yang terlantar di katil hospital.

"Tak ada apa-apa cuma Harr rindu dengan mama. Dah lama tak jumpa." ujar Harris lalu memeluk mamanya dengan erat.

"Nak buat macam mana anak mama dah lupa jalan nak balik rumah mama dia. Al maklumlah sejak ada rumah sendiri katanya." ujar Datin Mariana seakan-akan perli anaknya. Pelukan mereka dilepaskan.

"Ala..bukannya Harr tak nak balik. Harr busy kat pejabat tu. Ni bukti Harr pengsan sebab tak sarapan pagi tadi." balas Harris lalu menunjukkan keadaannya. Datin Mariana hanya menggelengkan kepalanya. Perangai sama macam dulu.  Still tak berubah. Manja!

"Harr nak apa-apa tak?" tanya Datin Mariana kepada anaknya.

"Nak!! Mama belikan Harr nasi goreng satu, tomyam satu dan jus oren. Harr nak fresh gitu."

Macam dekat kedai mamak pun ada..

"Amboi budak ni banyak makan tapi badan tu tak gemuk-gemuk." ujar Datin Mariana sambil mencucuk jarinya ke dada bidang Harris. Harris hanya tersengih-sengih apabila mama menegurnya.

Alah.. Macam tak biasa pulak dengan perangai anaknya yang dibelai sejak kecil.





























Allysa mengeluh perlahan. Sejak tadi dia hanya memikirkan tentang big boss nya. Entah kenapa wajah Harris mengganggu ketenangannya.

Macam mana keadaan dia?

Ketukan dari luar menyentakkan dia. Figura Aliza di sebalik pintu kaca melangkah masuk ke biliknya. Dipandang wajah Aliza dengan seribu tanda tanya.

"Ada apa kak?" aku menyoalnya sebelum dia membuka mulut.

"Bos macam mana?" tanya Aliza tampak risau. Soalanku dibiar tergantung sepi.

"Bos dah sedar." balasku pendek dan ringkas.

"Allysa dah melawat dia?" Aliza menyoal lagi.

"Belum kak. Allysa tak berani la nak jumpa dia. Kalau dia marah macam mana? Lagipun Allysa buat dia pengsan." kataku kepada Aliza.

"Lepas habis kerja kita pergi lawat dia. No excuse." tegas Aliza berkata.

"Tapi kak.."

"No.. No.. Akak tak nak dengar apa-apa alasan yang keluar dari mulut Allysa." aku hanya pasrah. Mahu tak mahu aku mesti ikut dia.

Cinta Untuk Mr. Alien ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang