Prolog

46.5K 780 2
                                    

"Betul ke you tak cintakan dia?" Suara perempuan itu bergetar hebat. Dia mengah dalam ciuman yang panjang.

"I tak pernah cintakan dia. Hanya Nurfa yang perasan terlebih." Sayup sayup Nurfa mendengar suara tunangnya itu.

Nurfa tergamam. Dia menekup mulutnya dari menjerit lantang. Tubir matanya terasa panas.

"Tapi you kan tunang dia?" Nurfa sudah tidak sanggup lagi mendengar banyak lagi dusta lelaki itu.

"Huh!" Sewaktu dia berpaling, seorang lelaki berdiri begitu hampir dengannya. Jarak wajah mereka amat dekat. Sedikit lagi dia mahu tercium pipi lelaki itu.

Nurfa terkejut. Dia mara beberapa langkah kehadapan. Tetapi dalam sekelip mata tangannya ditarik dalam pelukan lelaki itu.

"Hum!" Dia mahu menjerit tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Otaknya kosong.

Lelaki yang tidak dia kenali itu mencium bibirnya. Sepertinya dia memasukkan sesuatu ke dalam mulut nurfa secara paksa.

"Apa yang -" nurfa jatuh menyembah bumi. Lelaki tadi itu mengangkat tubuh nurfa tanpa sebarang bunyi. Dia lansung tidak bersuara walau sepatah.

Matanya memberikan pandangan kosong. Lalu membawa nurfa ke seat belakang keretanya. Kereta yang bertutup dengan cermin hitam itu di pandu dengan laju.

Keretanya membelah jalan. Terdengar ngauman keretanya yang berharga 1 juta. Dia melihat dari cermin sisi. Perempuan yang baru menjadi mangsanya sedang tidur pulas.

Dia menuju ke kawasan kaki bukit. Dia menyusuri pintu gerbang itu lalu menghentikan kereta di hadapan seorang lelaki berkot hitam. Tubuh lelaki itu sekali ganda besar dari dirinya. Wajah itu turut ketat tanpa segaris senyuman pun yang menghiasi bibirnya.

Lelaki berkot itu mahu membantu tetapi di sambut dengan jelingan tajam.

Tertera di hadapan pintu rumah itu 'Khalid Dhaliah' yang bermaksud kekal keras. Sekeras hatinya.

"Tuan Khalid. Saya sudah sediakan tempat yang tuan minta itu" Sepi. Dia tidak mengucapkan terima kasih pada pembantu rumahnya.

Rumah banglo tiga tingkat itu boleh diketogori sebagai villa kerana keluasan rumahnya berkali ganda dari rumah banglo orang lain. Siap diberikan nama rumah itu nama dirinya.

"Sayangnya. Wajah cantik dan menggoda tetapi akhirnya jatuh ke tangan Tuan Khalid." Pembantu peribadi Tuan Khalid iaitu Romy berbangsa bugis hanya menggelengkan kepalanya.

Bukan mahu menidakkan kehebatan Khalid dalam dunia perniagaan namun Khalid lelaki yang digeruni. Lelaki yang kejam dari dasar dan dalaman. Lelaki yang mencemarkan tangannya dengan pembunuhan tanpa rasa bersalah.

Tidak dapat di nafikan, Khalid merupakan lelaki yang tampan tanpa pembedahan mahupun cacat cela. Wajahnya tiada sebutir jerawat dan jeragat kerana dia amat mementingkan keperampilan dirinya. Tubuhnya sungguh tegap dan sasa. Otot berada di seluruh badannya.

Malang yang kedua, Khalid merupakan perokok yang agak tegar. Tetapi bibirnya masih lagi berwarna merah jambu.

Nurfa terjaga dari lena yang panjang selewat jam 1 tengah malam. Badannya terasa begitu lemah dan tidak bermaya.

Dia memegang kepala yang terasa sakit. Nurfa merasakan bahawa dia masih di alam mimpi. Kerana mana mungkin dia mampu tinggal di ruangan sebegini.

Cadarnya hanya kain yang nipis di jual di kedai serendah 30 puluh ringgit sepasang. Yang menyelimuti dirinya kini seperti di hotel terkemuka malah lebih empuk.

Huuu..

Bunyi tiupan angin yang kuat itu membantutkan sambungan mimpinya. Baru dia sedar bahawa dia bukannya di alam mimpi tetapi di alam nyata.

"Arhhhh!" Nurfa menjerit sekuat mungkin. Dia baru saja teringat apa yang terjadi sebelum dia jatuh pengsan.

Lelaki gila itu!

Nurfa mengetap giginya. Berani sungguh lelaki itu mencium dirinya. Kurang ajar!

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now