" bunga layu "

12.2K 274 8
                                    

Dua puluh...

"Khalid. Wait," tubuh khalid dipeluk dari belakang. Khalid tersentak ke depan. Keningnya mula berkerut.

"What?" Khalid bertanya tanpa memandang nurfa. Matanya mula terbayang keenakan tubuhnya di simbahi air panas yang menyegarkan tubuhnya kembali.

"Can i have you now?" Nurfa menyorokkan wajahnya pada tubuh belakang khalid. Wajahnya mula membahang.

"Huh?" Khalid mula pelik. Dia mahu melihat perempuan itu namun tubuhnya makin kuat dipeluk.

"I.. Really miss you, we just sleep for once... Remember? " sepanjang perkahwinan mereka , hanya sekali mereka membuat hubungan intim.

"I don't want to force you, " Sepantas jawapan khalid , sepantas itulah nurfa memalingkan tubuh khalid menghadapnya lalu mencium khalid dengan rakus. Namun tiada tindak balas dari khalid.

Khalid mengemam bibirnya.

"Nurfa... Stop," dia menolak tubuh nurfa menjauhinya. Sebaik saja melihat wajah mendung nurfa , khalid mula berasa serba salah.

"Sorry..."

"No , bukannya I tak nak. Cuma I tak nak paksa you. Bukan diri I yang suka memaksa seseorang. Dan I tahu I salah , gunakan cara kotor untuk dapatkan you," Dia sangatlah penat. Bukan setakat tanggungjawab yang dia galas , namun dirinya dihempap dengan beribu jenis bebanan.

Dia sudah kehilangan. Satu satunya orang yang paling dia sayangi meninggalkannya tanpa sebab yang kukuh.

"Im sorry , sir. But Puan Sri Fazira does not wanna see ya,"

Dirinya hampir seratus peratus memiliki sifat Rey. Seorang lelaki yang beralah dan tidak mahu memikirnya sesuatu itu terlalu banyak. Dia mahukan sesuatu yang lebih simple.

Kejadian itu. Merupakan kali terakhir mereka bercakap melainkan soal kerja.

"Go to Nurfa. She is your sun that will brighten your darkness ,"

"Khalid. You are wrong. You never force me to do something. I need you. I want you. Last time, I thought I will be fine just stay next to you but now we are seem like stranger in the same bed. We never touch each other more than goodbye kiss in every morning. I want more than that, I  ... Love you, "

Khalid terpempam. Dia tidak menyangka bahawa perempuan itu cintakan dia sedangkan tiada lansung babak romantik antara mereka. Dirinya terlalu sibuk mengejar perempuan yang dia cintai sehinggakan dia lansung tidak sedar perihal orang di sekelilingnya.

"Nurfa.. I," khalid mula merencana menyusun ayat yang sempurna. Dia bukan lelaki yang suka menyakiti hati seorang perempuan.

"Lets start again , please?" Nurfa mencelah. Dia memegang erat tangan khalid. Dia tidak sanggup mendengar dirinya di tolak oleh suaminya sendiri.

"I will take a shower. Wait for me, " Khalid akhirnya bersuara. Dia tidak yakin dengan keputusannya ketika itu.

Khalid berdiri di hadapan cermin bilik air. Otaknya ligat berfikir.

"Betul ke apa yang aku buat ini?"

Bertahun lamanya dia cintakan perempuan itu , mampukah dia berubah hati?

Fazira perempuan pertama yang mengajarnya erti cinta . Perempuan yang mengajarnya erti bahagia dan juga orang pertama yang mengajarnya erti derita. Fazira yang membuktikannya betapa cinta pertama bukan cinta yang boleh dimiliki dengan senangnya , berliku cabaran yang dia hadapi demi menggapai sekeping hati namun perjuangannya selama ini hanya sia sia.

Fazira bukan untuk Khalid miliki.

Khalid melangkah masuk ke dalam shower. Dia membiarkan dirinya disimbahi air panas. Matanya terpejam rapat. Dia perlukan ketenangan untuk melalukan perubahan baru dalam dirinya.

Perubahan yang bakal mengubah segalanya. Jika perlu , dia mungkin akan melangkah keluar dari syarikat yang dibangunkan sejak zaman William Smith Walker.

Tiba tiba dia rasakan ada tangan yang melingkar pada pinggangnya. Khalid menutup pili air dengan segera. Dia terkejut dengan kehadiran nurfa di dalam bilik air bersama dengannya.

Dia melihat wajah nurfa yang membahang kerana menahan malu.

"Hey , what are you doing here?" Khalid bersuara dalam nada berbisik. Nadanya sungguhlah seksi dan menggoda.

Nurfa menahan debar di dada. Berkali kali dia berfikir sama ada mahu terjah masuk atau tidak , namun sebaik saja melihat lekuk tubuh khalid dari belakang , serta merta dirinya tergoda.

Khalid bukan ahli bina badan , tubuhnya lansung tiada otot otot sasa seperti lelaki idaman di luar sana. Dia cuma lelaki bertubuh sederhana tetapi kelihatan gagah dan tegap. Tubuh badannya yang sempurna. Dan yang paling seksi apabila bahagian punggungnnya.

Salah kah mahu mengkagumi tubuh suami sendiri?

"Saya tahu perkara yang amat sukar untuk awak ialah melupakan diri tapi tolong benarkan saya masuk ke dalam hati awak walaupun hanya sedikit," suara nurfa benar benar kedengaran sayu dan tulus.

Khalid melihat ke arah anak mata nurfa. Dirinya seakan terpegun. Kerana mata itulah , dia mengambil keputusan untuk menjadikan nurfa sebagai peneman hidupnya.

Dia seakan melihat dirinya sendiri di situ.

"Bantu I , nurfa. Bantu I lupakan dia,"

Nurfa tersenyum lebar. "Baik!" Nurfa terus berlari keluar dengan wajah membahang malu. Dia rasakan dirinya sangat bahagia pada malam itu.

"Haaa..." Khalid tertawa. Walaupun singkat namun dirinya sendiri terasa terkejut dengan dirinya.

Bila kali terakhir aku tertawa?

Khalid segera menghabiskan mandiannya. Dirinya terasa seakan tidak sabar untuk menunggu apa yang menunggunya nanti.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now