Pistol di acu tepat pada dahi nurfa. Dia sudah lengkap berpakaian baju kurung moden berwarna putih serta berlabuci. Cantik tapi malangnya, orang yang pakai baju itu buatkan baju tersebut hilang cantiknya.
Nurfa menelan air liur berkali kali. Dia rasakan tekaknya begitu kering. Islam kata kita kena sayang nyawa. Tapi masih kena sayang nyawa ke jika dipaksa masuk ke dalam sebuah perkahwinan kontrak?
Dia yakin lelaki sehebat Khalid Dhaliah itu akan menyeksanya hidup hidup. Sebut saja perkataan seksa, nurfa mula kecut perut.
Dia melihat beberapa orang lelaki berwajah bengis berdiri sekelilingnya. Tok kadi itu pun lansung tidak mahu melihat ke arahnya.
Tolong… rafi…
Hatinya menangis. Kalau dia tahu jadi begini, dia lebih sanggup melihat wajah perampas itu berbanding menempuh maut. Satu langkah yang dia ambil untuk larikan diri, dia pasti jasadnya sudah tidak bernyawa lagi.
"Hello. Kau boleh tak suruh bodyguard kau letak pistol tu? Aku tak lari lah!" Kalaulah nurfa itu budak kecil, sudah pasti dia terkencing dalam seluar. Bayangkan, pistol yang berpeluru duduk hanya seinci daripada kepala kau. Nurfa banyak melihat filem aksi cara untuk merampas pistol namun perkara itu amat mustahil apabila terdapat tiga muncung pistol di atas kepalanya.
Khalid angkat tangan. Menyuruh bodyguardnya ambil beberapa langkah kebelakangan. Sombong gila!
"Khalid Dhaliah bin Rey Muhammad ." Nurfa melihat Khalid memegang tangan tok kadi. Kalaulah sekarang ni dia tak takut, mesti dia dah jatuh cinta guling-guling sebab Khalid nampak segak bila pakai baju melayu yang siap bersamping.
"Saya." Nurfa mahu pekakkan telinga. Boleh tak kalau dia pura pura pengsan?
"Aku nikahkan di kau berwali hakim kan aku , Nurfarhanis Nadirah Binti Mohd Hamdan dengan mas kahwin nya 10 ribu dinar,"
Kepala nurfa mula pening lalat.
"Saya Khalid Dhaliah Bin Rey Muhammad , terima nikahnya Nurfarhanis Nadirah Binti Mohd Hamdan dengan mas kahwin 10 ribu dinar "
Sah.
Sah.
Sah.
Sah.
Pandangan nurfa terus gelap.
"Cik muda!"
Nurfa mengeluh . Baru sebentar tadi dia mimpi buruk. Mimpi yang dia di culik dan dipaksa kahwin dengan jejaka yang paling kacak yang dia pernah jumpa selama 21 tahun hidup di muka bumi.
Nurfa cuba menstabilkan dirinya. Padangannya berbalam balam. Di saat tangan cuba memulas tombol pintu , telinganya terdengar teriakan kecil milik perempuan.
"You can not treat her like that! She is human! " nurfa melurut jatuh ke lantai. Kakinya tidak mampu berdiri lama.
"So if she is inhuman, I can treat her badly? Just go back to your house, baby. I doesnt want any fight with you. " Suara Khalid hanya perlahan. Dia kenal suara lelaki itu. Suara keras dan kasar.
"Then, let her go. She deserve better life. "
"Are you saying that Im the evil one? She can't be happy with me just like you? Only daddy can make girls happy, huh? " Khalid tidak memerli , jauh sekali nak marah. Dia tak mungkin marah perempuan kesayangannya.
"People never choose you if you still like this. You make them listen to you. You're not God, Khalid. " Fazira menghembus nafas berat.
"If you ever hurt her, I'll make sure I hate you for rest of my life! " Dia dengar bunyi tapak kasut yang makin jauh.
"Arhhg!" Nurfa tersentak. Mahu gugur jantungnya mendengar teriakan Khalid.
"Kenapa kau tak boleh nampak yang aku buat semua ni demi kau?! " Dang! Khalid menghentak vase itu sehingga pecah.
Siapa fazira pada Khalid? Kenapa Khalid kecewa sangat bila fazira pergi? Diaorang pasangan kekasih ke?
Bermacam prasangka buruk nurfa hadiah kan untuk perempuan bernama Fazira Mohd Qarsy.
"Khalid…" Nurfa membuka tombol pintu. Dia sudah kumpul kekuatuan untuk menghampiri Khalid yang bersandar di tepi dinding. Sebelah tangannya diletak atas lutut. Gaya frust dia pun boleh buat perempuan cair.
"Kau dengar?"
"Suara korang kuat sangat. And yes, aku dengar." Nurfa ikut arahan Khalid yang meminta dia duduk di sebelahnya.
"Aku cintakan dia. Aku terlalu cintakan dia. Kau faham kau maksud aku?" Entah mengapa, Nurfa terasa seperti sedang di reject oleh suami sendiri. Sakit nya tak boleh nak diungkap dengan kata.
"Kenapa bukan dia? Kenapa aku?" Nurfa menahan suara daripada bergetar. Tangannya digengam dengan kuat. Cuba menyalurkan kekuatan untuk diri sendiri. 'Aku tak cintakan dia! Aku tak!'
"Sebab aku cintakan dia. Aku akan tunaikan segala permintaan dia." Nurfa hanya mampu senyum tawar. Dia melihat kesungguhan Khalid dalam kata katanya.
"Walaupun kau disuruh untuk membunuh?"
"Ya. Walaupun aku kena membunuh. Termasuklah keluarga aku sendiri."
Nurfa terkedu. Tapi dia tak boleh nak menyangkal, tiada orang dalam dunia ni yang akan menolak cinta angel. Dia perempuan yang diidamkan oleh setiap orang.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗