dua

25.6K 538 2
                                    

Nurfa meletakkan wajahnya pada lututnya sendiri. Sudah berjam lamanya dia menunggu tunangnya untuk menjemputnya pulang. Dia melihat jam yang sudah menginjak angka 8. Dia masih belum menunaikan solat maghrib.

"Salam," baru saja terfikir, dia dikejutkan dengan suara perempuan memberi salam. Baru saja menoleh, mulutnya ternganga luas.

Ini manusia ataupun bidadari syurga?

Terlalu cantik. Terlalu indah. Nurfa menelan air liurnya sendiri yang terasa pahit ketika itu.

Hari ini saja, dua kali dia terserempak dengan ahli syurga. Putera raja yang tinggal di kayangan dan bidadari yang turun dari syurga. Dia merasakan bahawa dia akan gila tidak lama lagi, mereka terlalu sempurna untuk dikagumi.

Perempuan yang menegurnya masih lagi tersenyum bak gula. Nurfa terbatuk batuk apabila tersedar dari khayalannya .

"Waalaikumussalam" suaranya tenggelam dek keterujaannya. Mimpi apakah itu? Sungguh cantik.

"Are you okay, dear?" Pertanyaan nya diibaratkan seperti di hulurkan berjuta permata, sungguh menakjubkan. Walaupun suara itu sudah berhenti, tetapi masih bermain dalam kotak fikirannya. Ibaratkan melodi indah yang tercipta khas.

"Dear?" Fazira tertawa. Dia sungguh senang begitu. Baginya lucu apabila anak muda itu seperti berada dalam dunianya sendiri.

"Ye.. Yes!" Tergagap nurfa menjawab. Dia berdiri dengan tegak seperti mahu mengangkat tabik hormat.

"No. You are not. I saw blood on your T-shirt. Let's come with me" tangannya di tarik. Boleh kah nurfa menyatakan bahawa dia jatuh cinta dengan kelembutan suara dan lembutnya tangan yang menariknya itu.

Ibaratkan sedang dipukau, nurfa berjalan mengikut langkah perempuan yang dia lansung tidak kenali ke dalam kereta putih yang berkilat itu.

Nurfa menelan air liurnya berkali kali. Dia sudah dapat menilai perempuan itu walau hanya sepintas lalu. Perempuan yang sedang senyum ke arahnya ketika itu bukan orang biasa sepertinya.

Melihat beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam menyedarkan betapa rendahnya darjatnya ketika itu. Dia tidak pernah merasakan seteruk itu. Nurfa berasa begitu kerdil apabila duduk bersebelahan dengan bidadari itu.

Bajunya bersahaja, dress labuh yang menutup setiap auratnya dan bertudung menutup dada. Tidak membawa handbag tetapi cukuplah dengan gaya nya yang menunjukkan betapa gahnya bidadari itu.

"My name is Fazira Mohd Qarsy. You can call me fazira , if you want to"

"Call I call you angel? " pertanyaan itu dibalas dengan tepukan kecil.

"You can . But you know, you remind me of someone that once close with me" Walau hanya sesaat mata itu memancar sinar derita,namun dapat ditangkap oleh nurfa yang tekun memerhati.

Hebatnya perempuan bernama fazira itu, mampu menutup kecewanya dengan senyuman yang lebar. Senyuman yang telus dari hati. Dia berasa begitu kagum dengan fazira.

"So, we finally home. Dear, I don't know your name. And I don't want to know . But let me call you, as dear. " Fazira menggamit nurfa ke pintu gerbang yang berdiri gah dihadapannya. Pintu itu terbuka dari dalam.

Mata nurfa terpejam seketika apabila disajikan dengan kemewahan warna emas dan perak. Rumah itu sepertinya diperbuat dengan beribu kilo emas.

"Don't look so funny dear. No one in this world can make house from gold" Fazira tertawa lagi.

Nurfa baru mahu membalas , tetapi handphonenya berdering. Nurfa angkat tangan tanda mahu meminta diri.

"Sorry. I got a call. "

"Hello." Nurfa berdiri di tepi pangkin. Hatinya tiba tiba sahaja menjadi resah apabila terima panggilan daripada sahabatnya.

"Kau takkan percaya apa yang aku tengah nampak sekarang ni." Suara Jasmine kedengaran sedang menahan marah.

"Kenapa?" Dia mengusap lengannya yang terasa sejuk setiap kali angin bertiup ke arahnya.

"Just come! Hotel Singma sekarang! And be ready for suprise!" Terus sahaja panggilan di tamatkan.

"Is anything happen? " jantung nurfa macam nak gugur bila ada orang menegurnya.

"I'm sorry angel. But I need to take a leave. Now" nurfa mahu cepat beredar dari situ tetapi ada tangan yang menghalangnya.

"I'll give you a ride." Memang benar, fazira bukannya jenis mendesak walau apa jua keadaan. Walaupun dia masih terpinga , fazira tetap akan menghulurkan bantuan.

"Thank you."

Selang setengah jam selepas itu, mereka tiba di Hotel Sigma. Hati nurfa semakin tidak sekata. Degupan jantungnya bertambah ligat mengepam.

Dia berlari masuk ke lobi hotel tanpa menunggu bicara fazira. Fazira keluar dari keretanya dengan senyuman tipis. Senyuman yang sentiasa dia bawa walau bagaimana sukarnya untuk meneruskan kehidupan sebagai perempuan yang dulu berstatus Mrs.Walker dan sekarang Puan Sri .

Segalanya pahit untuk ditelan.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now