tiga lapan

6.5K 94 0
                                    

Oleh kerana panggilan tidak bersahutan , Nurfa datang menyerang hingga ke hospital tempat Jackson bekerja.

Dia sanggup penempah penerbangan pulang ke Rom kerana mahu memarahi Jackson. Sebaik saja terlihat Jackson yang sedang mengorat nurse di depan kuanter , Nurfa segera memukul mukul bahu Jackson.

"Auww!" Jackson mengaduh sakit. Perempuan di depannya turut terkejut melihat kejadian itu. Jackson segera menangkap lengan yang sesuka hati memukul bahunya. Sebaik saja dia berpaling , pehanya pula disepak dengan lutut Nurfa kerana jarak yang dekat antara mereka.

"Kau bagi aku apa , hah?!" Wajah Nurfa berbahang. Dengan Jackson , perang psikologi dan mental takkan berhasil maka dia perlukan fizikal untuk menyerang lelaki itu kerana lelaki itu takkan pernah 'menyentuh' perempuan.

Bak katanya , perempuan sepatutnya dibelai di atas katil bukan untuk dikasari.

"Bagi apa?" Jackson bertanya balik dengan wajah innocent. Lagilah bertambah sakit hati Nurfa , belum sempat kaki itu naik lagi di pehanya , Jackson memeluk tubuh itu rapat dengannya.

"Relax la. Cakap pelan pelan boleh tak?" Nurfa tangkas merungkai pelukan itu. Dia sempat memberikan sepakan padu di punggung Jackson sehingga Jackson meringkuk sakit.

"Aku tak nak cakap dengan kau. Dah ah , bye!" Nurfa terus berpaling. Meninggalkan Jackson yang tercengang dengan kemarahan Nurfa kepadanya.

"Datang jauh jauh sebab nak pukul aku je? Ingat nak kejar cinta aku tadi. Ceh," Jackson cemburutkan wajahnya. Dia mengusap punggungnya yang macam terkena kejutan elektrik. Dia terus menyambung kerjanya : menggoda perempuan.

Nurfa mengusaikan rambutnya sehingga menutupi rambutnya. "Apa aku nak buat ni?!"

Semestinya dia malu mahu berhadapan dengan Khai kerana sikap liarnya semalam.

Nurfa sampai ke pejabatnya apabila sudah menginjak petang. Dia segera menekan kekunci dan membuka pintu bilik itu.

"Macam mana boleh servis teruk pula ni?" Nurfa merungut seorang diri memandangkan hanya dia seorang saja di situ.

"You masih di sini?" Sapaan dari suara serak bahas itu memeranjatkan Nurfa yang sibuk menyelak helaian kertas kerja.

"..." Nurfa terpaku saat dia berpaling. Lelaki itu merupakan anak nismilan. Satu satunya pembantu peribadi dari Malaysia dalam sejarah keluarga Walker. Pembantu peribadi Fazira.

"You dah balik?!" Nurfa tertanya dalam nada teruja. Jikalau boleh , sudah lama lelaki bertubuh besar itu dipeluknya.

"Well.." Kris mengusap hidungnya beberapa kali. Berfikir samaada mahu berterus terang atau tidak.

"I dah lama balik sini memandangkan I dah habis belajar," Kenyataan itu umpama sagu hati berlian kepadanya.

"Kenapa tak terus datang jumpa I?! Kris .. You are so cruel. You tahu macam mana susahnya bila semua orang atasan bertukar ganti! Tapi you sekalipun tak datang jumpa I!" Lelaki itu berkelulusan dalam bidang Business sebelum sambung belajar pada peringkat Phd.

"I tahu. So , mana master I? Rindu nak kena arah dengan dia," Nurfa terkedu. Dia memalingkan wajahnya sedikit.

Kris hanya senyum. Kalaulah perempuan itu tahu siapa yang menghantarnya ke sini...

"Esok I bawa di kerja di Office. And I need to book flight untuk dia," Nurfa sengaja berpaling untuk menyusun kertas yang berlambak di atas meja kacanya.

Kris hanya berdiam diri. Dia tahu kenapa perempuan itu tidak boleh menggunakan kapal terbang persendirian keluarga Walker. Kerana tiada satupun wasiat yang bercakap mengenai kewujudan perempuan muda itu sebagai Mrs. Walker.

Sedangkan Karen mengambil 1/4 daripada keseluruhan harta dan harta yang lain cuma terletak pada nama Khalid Dhaliah. Itu satu bukti betapa Miss Darl percaya anaknya akan pulang suatu hari nanti.

"No need to. I dengar you tak cuti lansung sepanjang tahun. Just serahkan segala tugas you pada I dan spend time dengan Tuan Khalid. I nak you pergi honeymoon memandangkan sepanjang perkahwinan you , tak pernah sekalipun you berdua bersama kan." Nurfa seperti teragak agak untuk membiarkan lelaki itu uruskan syarikat seorang diri.

Lelaki yang berusia tiga puluh lima tahun itu lebih lama berkhidmat dengan syarikat itu berbanding dirinya.

"You jangan lupa. Semua orang yang berkhidmat untuk keluarga Walker ialah setia,"

Nurfa mengeluh. Oleh kerana setia kepada tuanlah , sampai sanggup bunuh ibu mertuanya dan bawa lari tubuh itu bersama mereka tanpa boleh sesiapa menjejakinya?

"I tahu," Nurfa menyimpan hp dalam poket seluarnya lalu terus berjalan keluar.

"Bagi I masa seminggu untuk rest. Lepastu I balik kembali," Kris mengangkat bahunya tanpa tidak peduli selama mana perempuan itu mahu bercuti.

They call : don't underestimate ordinary people.

"Lebih baik you fikir cara untuk buat master jatuh cinta dengan you. At least you try your best. After all, you have not rival. "

Nurfa bergumam perlahan. Otaknya memikirkan kata kata Kris yang masuk akal.

"You perlu ubah penampilan you dulu," dengar saja ayat ubah penampilan terus Nurfa memberikan jelingan tajam kepada Kris.

"Memang tak lah I nak ubah!" Wajah Nurfa merona merah. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

"Otak you tu yang kuning sangat. Nak I ajarkan cara goda lelaki tak?" Kris tersengih. Dia tayang gigi putih berkilatnya.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now