empat puluh

7K 108 2
                                    

Dari kereta nak ke lapangan terbang , yang memakan masa dua jam , selama itulah Khai berdiam diri. Nurfa yang berada di sebelahnya turut sama menghabiskan segala yang tertunggak.

"Awak nak beli apa-apa sebelum balik tak?" Mereka akan pergi ke sebuah republik demokrasi : Italy. Negara kelahiran Rey manakala Khalid lahir di London , sebuah ibu kota Eropah.

"Aku mana ada duitkan. So , tak payahlah tanya aku," Khai berkata dengan sinis. Nurfa menggengam erat tangannya. Dia mengeluh lemah. Dirinya dihurung rasa serba salah yang menggunung.

"Ni duit awak juga , Khalid. Saya cuma menumpung saja," Khai buat tak peduli. Dia hanya mengikut langkah kaki Nurfa.

Nurfa masuk ke salah sebuah butik pakaian lelaki. Dia mahu belikan baju formal pejabat kerana masa dia menyuruh orang kemas baju mereka, tiada sehelaipun baju yang sesuai untuk kepejabat. Melainkan di Grand Red Mansion , kediaman rasmi keluarga Walker.

Nurfa membuka sweet sweater yang dia pakai sebaik saja dia sampai di depan meja solek. Jam tangan yang selalu menghuni pergelangan tangannya turut di buka.

Nurfa turun kembali ke tingkat bawah. Setiap langkah yang dia ambil pasti akan berbunyi.

Tak ... Tak ... Tak ...

Langkah kakinya tertala pada pintu masuk bahagian dapur. Matanya sempat menangkah kehadiran Khai bersama seorang perempuan muda yang cantik : ditugaskan di bahagian dapur. Mereka rancak berbual sampai tidak nampak kelibatan dirinya sebagai tuan rumah.

"Go," satu arahan dikeluarkan tapi bukan kepada perempuan muda itu tetapi kepada semua petugas di dapur. Nada nya kasar kerana sakit hati apabila ada perempuan yang cantik dan lebih muda daripada memikat hati suaminya.

Sembilan orang di ruangan dapur itu terus menghala ke arah suara itu. Semua yang berada di situ terkejut melihat kehadirannya manakala Khai masih beriak biasa. Apabila perempuan itu mahu berlalu pergi , Khai menarik lengan perempuan itu sehingga tertarik ke dada bidang Khai.

Nurfa meneruskan langkahnya. Lebih baik dia terus berjalan daripada membiarkan hatinya membengkak apabila melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh dua merpati sejoli itu.

Nurfa membuka peti ais tiga pintu yang menempatkan sayur sayuran segar dan bahan bahan asas seperti lada yang sudah di kisar.

Dia mengambil kobis bulat , brokoli , kobis bunga , kacang panjang dan lada. Akibat tempias geram , dia mencampaknya di atas dapur. Kemudian tangannya mencapai satu biji bawang holland dan garlic.

Dia mengambil pula papan pemotong dan pisau yang cantik terletak di atas kabinet dapur.

"Mrs...."

"Shut up! Go back to your place!" Pisau itu dihentak ke atas papan pemotong. Pembantu dapur tergamam apabila ditengking oleh Nurfa. Dia segera berlari ke luar dari bahagian dapur.

Nurfa menarik nafas dengan dalam. Baru kini dia dapat bertenang setelah melepaskan rasa marahnya. Khai hanya memerhati perempuan itu yang tiba tiba saja berubah sikap. Dia menyisipkan air dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya menongkat dagu.

Nurfa mengupas kulit bawang dan kemudiannya memasukkan semua bahan dalam satu bekas tapisan seperti membasuhnya di singki. Setelah habis membasuh, nurfa mengeluarkan bawang putih dan bawang holland untuk di potong.

Sewaktu dia sibuk memotong , matanya hanya menghala ke arah luar tingkap apabila terasa seperti ada seseorang di balik tingkap.

"Aww!" Nurfa menjerit kesakitan. Dia mencampakkan pisau itu ketepi dan secara spontan tangannya di hayunkan sehingga darah di jari telunjuknya memercik ke beberapa tempat.

Pipi Nurfa panas . Rasa sakit di hiris pisau bercampur dengan perasaan cemburu butanya.

Nurfa bersumpah akan memecat perempuan itu jika dia ternampak lagi kelibat perempuan itu di serata rumahnya.

Khai yang melihat kejadian itu , segera berlari ke arah Nurfa. Dia menolak tangan kanan Nurfa yang sedari tadi cuba untuk menutup darah yang mengalir.

Khai menundukkan wajahnya sehingga menyamai tinggi Nurfa lalu menghisap darah yang asyik mengalir kerana luka yang dalam.

Jantung Nurfa seakan berhenti berdegup. Matanya membuntang. Semuanya berlalu begitu pantas, anak mata Nurfa merenung wajah Khai yang dekat dengan wajahnya.

Khalid , you changed so many much.

"Luka sikit je pun. Tak payah lah menangis macam hilang anak," Nurfa terkedu. Baru saja dia mahu membalas , lidahnya kelu kembali. Semakin lebat air mata yang menghujani wajahnya. Walaupun Khai dekat dengan matanya, tetapi lelaki itu terlalu jauh dari hatinya.

Dia rindukan satu malam mereka bersama sebagai pasangan kekasih halal. Satu malam yang merupakan hari bahagiannya.

Khai menarik tubuh Nurfa ke singki lalu di bilas jarinya yang terluka. "Auch," Nurfa berdesis perlahan.

Kaki Khai bagaikan tahu ke mana arah tujunya , dia membiarkan Nurfa keseorangan.

Nurfa tersenyum halus. "I thought I would never know your new self, " Nurfa berkata perlahan. Baru saja nurfa mahu ke depan untuk mencari peti kecemasan , Khai datang kembali.

Sungguh dia tak sangka.

Nurfa kaku di tempat dia berdiri manakala Khai menghulurkan tangan nurfa ke singki dan membasuhnya menggunakan dettol pula. Lalu meletakkan acriflavine lalu dibalut dengan sterile gauze dan akhir sekali ditutup dengan adhesive tape.

Segala perakuan khai membuatkan degupan jantung Nurfa menjadi kencang dan tidak sekata.

"Siap," Nurfa melihat lukanya yang sudah di balut kemas dan cantik. Khai membersihkan tangannya , sekali lagi tangan kanan khai mendekati tubuhnya sehingga nurfa terkebelakang satu tapak.

"Jangan gerak," tangan kiri Khai memegang tangan kanan Nurfa. Manakala tangan kanannya yang masih basah menyentuh dada Nurfa yang terbuka luas.

Wajah Nurfa berbahang dengan dadanya yang terasa masih meletup.

Khai tergamam dengan kelakuannya sendiri walaupun niatnya hanya mahu menghilangkan darah yang terpercik di dada nurfa. Khai lansung tak perasan betapa seksinya baju yang Nurfa pakai.

Nurfa memalingkan wajahnya dari terusan memandang Khai yang merenung dadanya tanpa berkelip sementara tangan itu tidak berganjak dari dadanya.

"Ehem..." Deheman seseorang memberhentikan mereka berdua. Dengan wajah yang tak ubah seperti warna tomato , Nurfa segera berlari ke arah pengelamatnya.

"Koran..." Tangan Kris di tarik mengikut langkahnya. Kris hanya tertawa apabila 'aktiviti' itu terhenti kerananya.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now