Hubungan mereka bertambah dingin selepas saja Nurfa melarikan diri dari terus memberi jawapan. Apa yang perlu di sorokkan daripadanya?
Khai menonton televisyen sementara menunggu Nurfa pulang. Tidak pernah sekalipun perempuan itu pulang awal ke rumah. Semestinya setelah angka sembilan , baru wajah lesu itu muncul di depan pintu.
Sepanjang dua minggu itu , Nurfa hanya berada di dalam rumah kurang daripada sepuluh jam. Seawal jam tujuh pada dia sudah keluar dari rumah dengan berpakaian pejabat kemudian pulang ke rumah terus menuju ke kamar.
Klik.
Dengar saja bunyi pintu terbuka , Khai pantas berlari di depan pintu. Dia tersengih lebar apabila muncul penemannya. Tetapi di balasan dengan wajah beku Nurfa yang sedang menunduk kerana membuka kasut talinya.
"Esok kau cuti kan?" Nurfa mengangkat wajah. Dia kelihatan terpinga pinga sekejap sebelum memproses sesuatu di mindanya.
"Tak. Esok saya ada kerja nak buat," Selagi Khai tidak masuk dalam Syarikat itu , selagi itulah Nurfa tidak akan bercuti. Dia bukannya jenis yang percaya anak buahnya buat kerja. Sebagus manapun mereka , Nurfa tetap akan menyemak setiap usul.
"Esokkan hari ahad. Takkan kerja juga," Khai buat muka sedih. Dia pula yang penat tengok kerja bertimbun perempuan itu.
Memang tak de life!
"Khalid. Kalau awak tak nak tengok saya kerja 24 jam. Jadi ambil balik tugas awak. Ambil balik hak awak. Senang kan? Dengan tu , saya yang perlu ..." Khai menekup mulut Nurfa dari terus terusan bercakap.
"Okay , slow down," Lagi bertambah panas hati Nurfa dengan sikap Khai yang bersahaja.
"Apa kata esok kita bercuti tepi pantai ke?" Kening Nurfa berkerut rapat.
"Bercuti tepi pantai apanya musim luruh macam ni? Buat beku badan je kalau kena angin,"
Khai tertawa atas kebodohannya sendiri. Dia menggaru pelepis yang tidak gatal sambil tersengih.
"Kalau macam tu , kita dating atas katil je lah," Khai membuat gaya menggodanya.
Nurfa hanya mampu tersenyum. Tetapi tidak membalas apa-apa. Mungkin kerana dirinya sudah hancur di buat orang , dia tidak punya perasaan lagi.
"Khalid..." Nurfa memanggil. Dia menghampiri tubuh tegap Khai lalu memeluk leher lelaki itu.
"Kenapa ni?" Khai terpinga pinga bila tiba tiba saja Nurfa memeluknya. Tangannya turut menyelinap di pinggang ramping nurfa.
Perempuan itu hanya menekup mukanya pada dada bidang Khai.
"Saya rindukan awak," Khai mula merasakan bahawa dadanya basah dengan tangisan. Khai tersentak.
"Hey , kan aku ada ni. Tak payah lah nangis lagi ," Khai gelak. Tetapi kedengaran sumbang kerana dia terlalu gabra. Khai akhirnya membiarkan Nurfa melepaskan tangisan.
Tangannya mengusap tubuh belakang Nurfa dan kepala Nurfa. "Aku ada dengan kau," Khai berbisik di tepi telinga Nurfa.
Pagi itu Nurfa bangun dengan sakit kepala yang mencucuk. Dia segera berlari ke arah meja solek untuk mendapatkan ubatnya.
Baru saja dia mencapai pil itu , tangannya direntap sehingga dua pil itu terjatuh ke lantai. Nurfa merengis sakit.
Kepalanya semakin berdenyut denyut.
"Lepaslah," Nurfa cuba melepaskan tangan kirinya dari digengam oleh Khai.
"Kau dah hilang akal ke hah? Makan ubat tu! Ubat tu cuba akan khayalkan kau sekejap je. Tapi effect dia boleh bawa maut!" Khai bersuara dengan nada tegas.
Dia pernah melihat Deeliza mengambil ubat itu sebagai satu rutin hariannya. Dan ternyata , ubat itu bukan membantu tetapi akan menambahkan lagi kesakitan sehinggakan boleh bawa maut.
"Awak tak faham , Khalid. Saya perlukannya!" Nurfa turut menjerit. Sakit di kepalanya makin menjadi-jadi.
Nurfa mahu mengambil sekali lagi ubat itu tetapi Khai lebih tangkas. Dia mencampakkan ubat itu dalam bakul sampah.
"Apa masalah awak ni, hah?!" Khai hanya berdiam diri. Oleh kerana kedegilan perempuan itu , dia terpaksa ambil langkah lain.
Dia mengangkat tubuh itu ke udara. Nurfa terkejut. Sudahnya dia sakit , lelaki itu boleh buat main dengannya.
Khai menghempas tubuh itu di atas katil king milik perempuan itu. Comforter putih itu turut sama mengikut tubuh badannya.
Nurfa cuba untuk bangun tetapi Khai sudah berada di atas tubuhnya dengan sebelah tangan di tepi leher Nurfa.
"Jangan tinggikan suara kau. Terutamanya aku," Khai memberi amaran keras. Maruahnya seakan tercalar melihat keegoaan perempuan itu.
"Hah. Ingat saya peduli?" Jawapan Nurfa menyemarakkan panas hati Khai. Dia mengetap gigi dengan kuat , mahu menahan amarahnya daripada meletus.
Nurfa memang sudah melampau. Hilang terus hormatnya pada lelaki yang memegang status suaminya. Tanpa ubat itu , dia tak mampu menahan perasaannya.
Jika dia sedang gembira , dia akan terlebih bahagia. Jika dia marah , dia akan terlebih lancang berkata-kata.
"Kau patut di hukum ," Khai mendekatkan wajahnya dengan Nurfa. Namun , tiada riak gentar dalam anak mata Nurfa menyebabkan Khai berasa lebih tercabar.
Bibir mereka bersentuhan untuk beberapa saat sebelum Khai menarik kembali wajahnya.
"Awak lelaki yang takut akan perubahan , Khalid. Sebab tu awak sering larikan diri daripada realiti," Nurfa berkata dalam nada sinis.
Dia pernah rendahkan maruahnnya semata mata mahu memperjuangkan perasaan 'bodoh' itu tetapi akhirnya dia juga yang kalah di saat akhir perjuangan.
Dia menangis , meraung macam mana sekalipun. Dia takkan pernah menang.
"Apa?"
"Awak lelaki pengecut!" Ayat Nurfa ibarat menyimbah minyak ke atas api yang marak.
"Jangan ingat kau boleh patah balik apa yang kau cakap!" Nurfa mengankat keningnya ke atas. Mencabar Khai untuk menyentuh tubuhnya.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗