" cruel "

20.3K 319 2
                                    

Empat belas...

Lamunan nurfa hilang serta merta apabila dia terasa cengkaman di rambutnya. Nurfa merengis sakit. Tubir matanya mula mengalirkan air mata.

Dia memegang tangan itu.

"T...tuan" bicara nurfa tergagap apabila matanya menyapa pandangan bengis lelaki itu.

"Kau ingat kau ni tuan rumah ke nak bersenang lenang mengelamun?!" Dia dijerkah dengan jeritan kasar itu. Telinga juga bingit.

Nurfa terkedu. Perubahan sikap Khalid yang berubah 100 peratus menyebabkan Nurfa berada dalam ketakutan. Mulut lancangnya ibarat sudah lebur setiap kali terpandang jelingan tajam itu.

"Hoi! Dah lah hodoh. Pekak pula tu! Bebal sungguh!" Sekali lagi kepala Nurfa menjadi mangsa. Rambut tocangnya ditarik kebelakang sehingga kepalanya turut terkebelakang.

"Maaf..." Suara Nurfa bergetar. Dia mudah betul menangis setiap apa saja yang dikaitkan dengan Khalid padahal mereka berjumpa tidak sampai dua minggu.

"Pergi masak sekarang. Kalau tak sedap, aku sumbat makanan itu dalam mulut kau!" Khalid memberi amaran keras. Sebaik saja nurfa berlari keluar, khalid mengambil tempat duduk perempuan itu.

Khalid mengisir rambutnya yang menutupi wajah apabila tidak memakai gel rambut.

Dia berdiri di hadapan ratusan baju yang majoritinya terdiri daripada kameja dan baju T. Seluar disusun dengan kemas. Khalid berdesis marah tatkala terpandang di bahagian belakang yang menempatkan seluar.

"Khalid. Khalid." Dia mengeluh lagi. Nama Khalid meniti bibir merah jambunya. Orang yang berada di fikirannya pasti sedang terbang ke Istanbul, Turki semalam.

"Cinta kau , mampu membunuh semua orang yang sayangkan kau. Tak perasan ke benda itu? Dari sinar matanya aku dah boleh tangkap rasa cinta itu. Malang sungguh perempuan itu," Khalid menggelengkan kepalanya beberapa kali. Puan Maaz hanya mampu berdiam diri di sebalik pintu itu. Dia beruntung kerana pintu itu renggang maka butir bicara Khalid dapat dia dengar.

Fikiran Puan Maaz mula dikawal dengan rasa tanda tanya tentang perempuan yang sedang Tuan Khalid cakapkan.

"Hoi! Kau buat apa dekat sini?!" Jeritan nyaring itu bergema dalam rumah banglo tiga tingkat itu.

Muka Puan Maaz menjadi pucat. Kakinya bergetar hebat. Peluh dingin mula dirasai walaupun rumah itu sentiasa dingin dengan bantuan penyaman udara.

"Aku tanya kau buat apa!" Derap kaki Khalid makin menghampiri perempuan lewat 40-an itu. Dengan sekali tolakan , tubuh itu melayang dan rebah di atas permaidani mahal itu.

Puan Maaz menyerang sakit. Walaupun tubuhnya terhempap permaidani setebal 5 inci. Tetapi atas faktor usianya , rasa sakit dipinggangnya tidak dapat ditahan.

"Pantang aku yang pertama : jawab kalau aku bertanya! Pantang aku yang kedua : bila orang menghendap aku! Pantang aku yang ketiga : orang ambil kesempatan dalam masa bekerja. Nampaknya kau dah bersedia terima balasan," habis saja bicaranya, sepakan padu mengena tepat pada perut perempuan tua itu. Oleh kerana dia pernah menyertai bola sepak peringkat negeri , sepakan yang di buatnya mampu menyebabkan orang itu pengsan.

"Jangan!" Khalid tarik senyum sedikit di belah kiri. Senyum sinis. Dia melihat ke bawah. Perempuan tua itu sudah pengsan. Hambusan nafasnya turut tidak sekata.

Namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk jadikan Puan Maaz hancur lunyai menggunakan kakinya sendiri.

Sekali lagi , dia mengangkat kaki tinggi ke langit. Tetapi kaki itu tidak sampai ke perempuan itu apabila terasa sesuatu menahan kakinya.

Khalid merengus kasar. Perempuan bernama Nurfa itu memang suka mencari pasal dengannya. Mentang mentang dapat jawatan paling tinggi dalam rumah itu.

"Ketepilah!" Khalid marah. Tetapi nurfa berdegil. Dia terus terusan memeluk kaki Khalid dengan kuat. Tidak membenarkan Khalid berbuat sebegitu sekali lagi.

"Kau ni memang nak kena!" Khalid menarik kuat rambut Nurfa sehingga terlerai pegangan itu. Kulit kepala Nurfa terasa seperti mahu tercabut.

Tangannya di naik tinggi. Dia menampar wajah itu berkali kali. Sebelah tangannya mencengkam rambut itu , dan sebelah lagi menampar wajah itu.

Darah terpercik keluar dari mulut Nurfa. Dia tak berbuat apa apa melainkan menangis.

Kepalanya mula berpinar. Pandangannya mula kabur. Rasa denyutan di pipinya makin berkurang. Apa yang dia dengar sebelum dia rasakan dia di kuasai oleh kegelapan ialah suara marah seorang lelaki asing.

Matanya sempat melihat lelaki penyelamat nyawanya untuk beberapa saat.

Seorang lelaki yang berjambang. Berambut perang. Berkulit cerah dan kemerahan. Gayanya seperti lelaki berbangsa Arab.

Lelaki itu mengeram marah. Dia berlari ke arah dua orang perempuan yang terbaring lemah dan tak bermaya.

"Mana orang lain dalam rumah ni?!" Accent yang lelaki bertubuh tegap itu jauh berbeza daripada lenggok bicara Khalid sekeluarga. Walaupun fasih berbahasa melayu , bunyi dan sebutan yang keluar dari mulut lelaki itu amat ketara.

"Relax , Malek,"

"Just shut your fucking mouth and call ambulance you moron!" Lelaki bernama Malek itu mengamuk. Dia mengendong isteri Khalid. Kakinya laju turun menggunakan tangga.

◇◇◇◇

Selendang yang menutupi rambutnya terbang bersama aingin pantai pada petang yang sejuk itu. Kakinya berjengket untuk menggapainya tetapi belum sempat tangan menangkapnya , selendang itu sudah jatuh di atas permukaan air masin.

Rambutnya terambai lambai mengikut arah angin. Dia berpaling ke belakang. Terlalu jauh dari hotelnya. Dia baru saja berura ura untuk balik tetapi seseorang memeluknya dari belakang secara tiba tiba.

Fazira menjerit kerana terkejut. Dia berpaling sepantas mungkin.

Wajahnya ditekup. Tubuhnya terdorong untuk jatuh ke pasir pantai. Fazira mahu menjerit. Dia mahu menyelamatkan diri. Tetapi segalanya terbatas.

Fikirannya kosong. Di mana pengawal peribadinya ketika itu? Tangannya diikat kebelakang sementara matanya ditutupi dengan sesuatu yang gelap.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now