Khai membuka bungkusan itu apabila nama Henry Khai tertera di atas bungkusan brown itu. Sebaik saja habis terkoyak semuanya , terdapat seutas rantai yang diperbuat daripada tali dan ukiran nama di atas loket itu berserta cincin platinum.
"Khalid R. Walker..."
Khai mula terpinga-pinga. Dia berkahwin dengan wanita islam. Malah namanya juga dikatakan Khalid Dhaliah , tetapi kenapa mereka menggelarkan menggunakan nama bukan islam?
Khai berpusing dari locker. Tetapi langkahnya termati. Perempuan itu sudah beberapa kali mereka bertemu dan sentiasa tinggalkannya dengan tanda tanya.
"That necklace was made for you from your mother," Khai terdiam. Jadi rantai itu ibunya yang berikan. Jantung Khai berdegup kencang. Seolah olah , dia terlalu rindukan perempuan bernama Angel itu.
"I miss you so much," sekali lagi pipi itu dijadikan tempat bibir khalid singgap.
Khai menggengam tangannya dengan erat sehingga terlihat uratnya.
"We got the same face," Ujur Khai perlahan. Tetapi perempuan itu sudah jauh meninggalkannya.
Sampai saja di Papermill Tower Suite , dia menyentuh kekunci menggunakan kad berwarna silver. Pintu itu terbuka dari dalam.
Khai mengankat wajahnya dan ternyata Nurfa sedang menyambut kepulangannya. Sehari suntuk wanita itu hilang , tiba tiba muncul kembali dengan dua bagasi besar.
"Where are you going? " Khai bertanya pelik. Takkanlah perempuan itu mahu keluar lagi ?
"Kita akan pergi bercuti. Bersama," Kening Khai berkerut rapat.
"Bukan kau spesies yang tak lekang daripada kerja ke? Boleh pula kau nak bercuti," Nurfa tidak ambil peduli dengan butir bicara Khai. Dia sedang menunggu pembantu hotel untuk mengangkat begnya ke kereta. Dan harini , dia sendiri mahu pandu kereta.
"Sepanjang percutian kita nanti, saya nak kita hidup macam orang biasa. Lupakan segala tugas dan tanggungjawab. Just enjoy , okay?" Nurfa menarik tangan Khai untuk turut sama dengannya ke pintu lift. Tidak sampai beberapa tapak , seorang lelaki berkemeja putih memperkenalkan dirinya.
"portare tutte le mie preferenze a." Lelaki itu hanya mengangukkan kepalanya.
Baru beberapa minit yang lepas , dia berada di lobi , sekarang dia turun balik ke lobi.
Penggunaan bahasa itali yang digunakan oleh Nurfa seolah olah tidak asing baginya. Asyik memikirkan hal ini , Khai lansung tidak perasan tangan Nurfa yang merangkulnya.
"hai bisogno di un driver?" Penjaga pintu masuk yang fasih berbahasa itali itu datang menghampiri mereka . Dia membuka pintu kereta belakang.
"Io non è necessario che. Io in auto da me stesso" Sedari tadi Khai memerhati setiap ayat yang keluar dari mulut Nurfa.
"Kau yang drive?" Khai bertanya pelik apabila perempuan itu berura ura untuk masuk dalam tempat pemandu.
"Ialah. Saya yang drive. Kenapa?" Nurfa ditolak ketepi. Khai terus masuk ke tempat pemandu lalu enjin di hidupkan tanpa bantuan apa apa kerana sememangkan tak de kunci yang diberikan kepada pemandu .
Nurfa segera masuk ke dalam kereta. Nurfa mula gabra bila lelaki itu yang nak pandu keretanya.
"Awak biarlah saya pandu..." Nurfa bersuara dalam nada memohon. Dia memang takut dengan ability lelaki itu untuk memandu kereta kesayangannya yang ikut dia kemana-mana.
Ferrari f430 warna merah. Satu satunya kereta pandu laju yang dia amat suka kerana kereta itu nampak elegent dan smart. Dengan isi dalam kereta yang menarik serta tempat duduk yang macam kuisyen.
"Memang tak ah aku nak bagi kau. Buat malu kaum aku je biar perempuan pandu kereta," Khai bersuara bersahaja tetapi tegas dengan kata katanya.
Melihat tiada tanda tanda Khai mahu beralah , dia mencapai beg kerjanya lalu di bawa ke depan. Notebook dikeluarkan dari dalam beg lalu menekan nekan papan kekunci.
Sesekali mata Khai menangkap kerutan di wajah Nurfa yang sudah masuk dalam dunianya sendiri.
"Kata nak lupakan semua kerja. Lastly bukan juga kerja kau," Khai bersuara setelah hampir tiga puluh minit bosan melihat tangan yang menaip dan bunyi tik.tik.tik. memenuhi ruang kereta.
"Work is priority, " Jawab Nurfa singkat dan dingin. Dia masih lagi fokus. Memang dia takkan mengharapkan Crise seratus peratus walaupun dia sudah melantik lelaki itu menyandang jawatannya untuk sementara waktu.
"Kalau macam tu. Lebih baik kau kahwin dengan kerja daripada kahwin dengan manusia," Khai memerli sikap Nurfa yang terlampau taksub dengan pekerjaannya.
Nurfa tarik senyum sinis.
"Memang betulpun. Kalau boleh lah kahwin dengan kerja , at least kerja boleh bagi saya duit untuk hidup daripada kahwin dengan manusia , satu benda pun tak dapat,"
Tersentap.
Tersentak.
Wajah Khai bertukar dingin. Dia terus senyapkan dirinya tanpa membalas perlian Nurfa. Matanya mula diberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduan.
Nurfa tergamam dengan apa yang keluar dari mulutnya sendiri. Dia tidak sedar betapa lancangnya dia bercakap apabila dia sedang dalam dunia perniagaan. Nurfa mahu mengucapkan maaf tetapi sebaik saja terpandang wajah tegang Khai , mulutnya sendiri terkunci rapat.
Niatnya untuk memperbaiki hubungan nampak takkan berhasil. Oleh kerana mulutnya menutur bicara , hubungan mereka yang sedia renggang seperti takkan wujud sinar bahagia bersama.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗