Nurfa Point of View. (POV)
Jantung aku seperti mahu pecah tiap kali wajah kacak Khalid menghiasi pandangan tika pagi. Aku tak tahu mahu gambarkan macam mana bahagianya aku apabila 3 tahun 7 bulan 12 hari aku berkahwin dengan tetapi tak pernah sekalipun aku berhenti mencintainya.
Cinta.
Sebuah perasaan yang terlalu sukar untuk di explain kan dalam kata kata. Rasa itu terlalu besar. Aku menggeselkan hidungnya pada wajah Khalid.
Boleh tak kalau aku cakap yang aku obses dengan bau minyak wangi dia? Bau hugo boss yang menyebabkan peluh campur perfume jadi macam dadah.
Aku tayang sengih. Khalid kelihatan letih dan nyenyak di sebelah aku kerana penat melayan aku sepanjang malam.
"Abang..." aku mencium serata wajahnya yang bersih. Tetapi apabila aku terjatuh ke lantai baru aku perasan bahawa aku hanya berkhayal.
"Tit..Tit.."
Aku melompat bangun dari karpet tebal. Atau istilah aku sendiri , tilam sebab kelembutan karpet dah sama macam tilam. Kalau barang hilang , belum tentu boleh jumpa. Punyalah hebat perumpamaan aku.
Tangan aku segera menutup alarm.
Jemput cinta hati.
Tak tahu kenapa ayat itu boleh buat aku tersengih panjang. Kerana usia kandungan aku sudah mencecah tujuh bulan , Khalid tidak membenarkan aku naik pesawat bersamanya pulang ke Itali.
Walaupun Khalid tak tunjuk mana yang dia sayang aku , tapi aku tahu yang dia kalau sekali dah sayang , tak mungkin akan mudah berpaling tadah. Sebab tu aku percaya tinggalkan dia selama dua minggu.
Itulah tiap malam video call. Alasan aku yang paling munasabah 'baby rindu nak dengar suara babah'. Punyalah ego nak cakap yang aku sendiri rindu. Kahkahkah.
"Sayang.." tubuh aku didakap. Sungguh aku terkejut. Siap ternganga.
"Abang! Bila balik?! Tak sempat sayang nak jemput abang dekat airport," Aku bersuara ala ala minah gedik gitu. Bialah laki aku kot! Aku pura pura merajuk sebab dia gelakkan aku.
Dah lah handsome. Aku makan juga dia karang. Lapar ni. Tak makan lagi.
"Erm..." Khalid buat gaya berfikir. Sumpah comel! Tergugat iman. Lepas Khalid duduk berjemur bawah panas , hilang terus muka Lucky Blue Smith jadi Mike Tam. Bayangkan omputeh jadi philipina. Kau rasa?
"Abang mendarat pukul 0630. Ambil bagasi semua , lalu imigresen lagi dalam 20 minit. Dari airport sampai rumah dalam 2 jam jugalah. Nak..." Aku tutup mulutnya. Punyalah detail dia explain dekat aku.
"Abang..." meleret aku panggil. Collar baju polonya aku acah-acah bersihkan macam ada habuk.
"Kita buat anak nak?" Tanpa segan silu aku bertanya sambil tayang sengih yang paling cantik.
Tapi Khalid balas dengan tawa besar.
"Hahahaha. Sayang , look. Perut sayang dah macam boom nak meletup. Ni bukan kita da buat anak ke?" Khalid menghabiskan sisa tawanya dengan memegang perut aku yang memboyot ke depan.
Kami tak pernah tengok gender lelaki atau perempuan sebab Khalid kata asalkan baby sihat walafiat dia dah bersyukur.
"Abang ni... kan doktor kata orang mengandung kena bersenam untuk senang bersalin..." aku tarik muncung. Mata aku terkalih ke tempat lain. Tidak mahu menatap wajah Khalid kerana merajuk.
"Alololo sayang abang. Ni nak senam atas katil la ni?" Sempat lagi dia mengusik dengan menyentuh pipi tembam isterinya.
"Okay. Okay. Tapi kalau masa 'bersenam' sayang terberanak macam mana? Dah lah dekat due date," Aku rasa sakit hati. Kalau tak nak kata tak nak. Aku menepis tangannya yang mendarat di perut dan pipi aku.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗