Khalid menghempas fail hitam di atas meja kerjanya. Tanggungjawab dia sebagai C.E.O Walker Foods Sdn. Bhd. memaksa dirinya untuk berada dalam keadaan tertekan. Melihat kepada kemerosotan ekonomi negara menambahkan lagi bebannya.
Syarikatnya bukannya seperti syarikat lain yang mengambil projek jutaan ringgit untuk membina bangunan pencakar langit , menggali hasil bumi mahupun melombong. Syarikatnya hanya mengeluarkan produk makanan yang berasaskan makanan yang berkhasiat. Dia juga membuka beratus cawangan di serata dunia.
Restoran yang bahannya diimport daripada kilang pemprosesan sendiri. Dia juga memiliki beberapa tanah di kawasan pamah dan berhawa sederhana seperti di Cameron Highland , Kundasang dan di kaki bukit.
Cabaran untuk menjadi usahawan berjaya bukannya mudah. Bukannya duduk tunggu duit masuk. Jika sikap malas sebegitu di amalkan , pasti berlaku penyelewengan. Setiap bulan dia perlu mengumpul setiap data mengenai harga , kuantiti dan kualiti sesuatu bahan. Untuk dijadikan makanan segera dalam bungkusan , dia juga memerlukan kepakaran supaya makanan tersebut tidak cepat luput tamat tempohnya. Pemasaran tentang minat pemakanan juga dia perlu menitik beratkan. Peredaran masa menyebabkan kebanyakkan mereka bertukar cita rasa.
Dia perlu menyelidik selera dan minat masyarakat terhadap makanan.
"Tuan , mesyuarat bulanan akan berlansung dalam 15 minit lagi," ucapan Romy itu mematikan imbasan tentang dirinya.
Khalid beriak serius. Dia perlu menyemak data kewangan dan membuat analisis terlebih dahulu.
Walaupun dia sebenarnya tidak perlu buat sebegitu , namun dia bukan lelaki yang mudah percayakan perkerjanya.
"Hei,"
Kaki Khalid terhenti. Terdengar saja suara itu sudah membuatkan urat timbul di dahinya. Dia berkerut. Wajahnya lebih tegang daripada sebelumnya.
"What are you doing here?" Khalid mengeram. Dia mengepal penumbuk. Dia berpaling. Satu satunya keluarganya yang lain iaitu anak kepada adik Rey.
"That's how you greet people?" Perempuan yang hanya dua tahun beza daripadanya itu sedang duduk menyilang kaki di atas sofa single berserta dengan senyum sinisnya.
Beberapa staff yang lalu sudah kecut dengan apabila terpandang wajah bengis tuan mereka.
"Too bad. I don't greet bitch like you, " Khalid menyilang tangan ke dada. Gayanya lebih tenang dari beberapa saat yang lepas.
"How cruel! " Karen berdiri. Dia mengangkat sekali handbag tangannya yang diseleputi butir mutiara. Lima orang lelaki bertubuh besar berdiri di belakangnya. Mereka memakai baju yang santai.
"Tuan," Romy memanggil. Sewaktu dia memanggil , dia hanya terarah pada Khalid yang kaku di pintu lif. Matanya membulat dan serentak dengan itu kakinya menapak di hadapan Khalid. Dia melindungi Khalid dari di apa apakan oleh perempuan gila itu.
Karen tertawa. Mengilai. Dia merasakan geli hati bila wajah tegang lelaki dihadapannya cuba melindungi tuannya.
"Hey , pet dog. Long time no see. You don't have to worry about your fairy godmaster, I won't harm him. At least for now, " Karen senyum mesra.
Kegilaan kedua dua sepupu itu sama. Akal fikiran mereka turut bertindak sama. Gerakan mereka juga serupa. Dan hanya mereka berdua saling memahami.
Kerana mereka ibarat copy-and-paste. Wajah mereka turut sama. Hanya sedikit saja perbezaan . Dan untuk mencari perbezaan itu amat mustahil.
Mereka memiliki tubuh yang hampir sama besar. Ketinggian yang hampir sama. Tambahan pula , Khalid bukan jenis lelaki yang banyak bulu , dia tidak mempunyai janggut mahupun misai.
"You didn't answer me! " Khalid bersuara keras. Nadanya bertambah dalam dan lebih keras.
"To say hello?" Matanya Khalid mencerlung pada Karen. Dia cuba membaca fikiran Karen tetapi Karen lebih pantas berpaling.
Meninggalkan Khalid dengan perasaan curiga. Karen bukan jenis yang akan datang bertanya khabar. Membesar bersama perempuan itu di sekolah yang sama dan bertahun lamanya dia tinggal satu apartment kecil ketika di universiti , menyebabkan dia tahu segala tingkah laku Karen.
Walaupun Karen tidak termasuk dalam orang yang penting dalam hidupnya , tetapi Karen merupakan sejenis bom atom yang akan meletus sehingga hancur sekiranya Khalid salah pilihan.
"Apa yang dia nak , Tuan?" Khalid merengus. Dia turut tak faham. Dia perlu bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Karen akan lakukan.
"Semua benda tentang aku," Khalid membetulkan tienya. Dia terasa seperti di jerut.
"Aku nak balik. Cancelkan semua meeting. Esok kita sambung," Khalid bersuara lagi. Dia berjalan laju menuruni tangga kecemasan walaupun dia berdiri di hadapan pintu lif. Dia perlu cari ketenangan. Jiwanya sedang haru biru.
Tet...
Khalid mengeluarkan handphonenya dari dalam poket. Dia mula berasa mengah setelah berlari menuruni anak tangga sebanyak empat tingkat. Masih ada lima tingkat untuk turun. Dia membuka aplikasi whatsapp dan menekan pada nombor yang tidak dikenali.
I smell your weakness. What she did now?
Jantung Khalid mengepam lebih laju. Nafasnya tidak sekata. Baru saja dia mahu meng off kan handphone , nombor yang tidak dikenali itu menghantar satu lagi pesanan ringkas. Tetapi kini melalui message.
Dont be afraid. Because she might sleep forever.
Muka Khalid menjadi pucat. Bibirnya terketar ketar. Dia berlari turun ke bawah dengan tergesa gesa.
"Hey , pet dog. Long time no see. You don't have to worry about your fairy godmaster, I won't harm him. At least for now, "
"Kau!" Khalid menjerit marah.
Karen tak menyentuhnya pada hari ini tetapi Karen menyentuh miliknya pada hari ini.
Perempuan gila itu memang suka bermain kasar!
"Tuan!" Romy dan Qin mengejar langkah Khalid yang berlari ke arah kereta. Mereka berdua masuk dalam kereta sport hitam yang mereka bawa ke syarikat itu.
Romy sudah menjangka apa yang akan berlaku sedangkan Qin masih dalam kebingungan.
Dia hanya mengikut jejak Khalid yang membawa seperti dalam perlumbaan F1 dalam basement untuk keluar dari syarikat itu.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomansaAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗