Supercar itu membelah jalan raya yang mula lengang apabila masuk waktu bekerja. Lagi dua jam akan tiba masa rehat. Dua buah sport car mengejarnya dari belakang.
Sampai saja di hadapan pintu gerbang , dia membunyikan hon yang panjang. Muncul seorang perempuan lansing yang pakai baju yang tak kena dek matanya.
Dia keluar dari kereta lalu menjeling tubuh perempuan itu. Baru beberapa saat , dia mengecop perempuan itu perempuan murah.
"Khalid," Nurfa tersenyum manis. Wajahnya sudah dikaburi dengan make up dan tubuhnya hanya di baluti dengan baju kameja lelaki.
"Apa kau panggil aku?" Dia bertanya inginkan kepastian. Nurfa kelihatan sedikit tersentak apabila suara kasar dan kesat masuk ke gegendang telinganya.
"Kh.. Khalid..." Entah mengapa, nurfa merasa kecut perut. Darah seperti berhenti mengalir di wajah dan tangannya. Dia rasa begitu dingin sekali.
Dia rasakan berpuluh ribu aura negatif dan seram datangnya dari suaminya sendiri.
Khalid mendekat. Nurfa yang terasa seperti dirinya terancam tetapi tidak mampu untuk bergerak. Tapak kakinya ibarat di gam dengan gam gayah. Dia hanya mampu menundukkan wajah.
Khalid menyimpan tangan ke poket. Sebelah tangannya mula naik apabila jarak mereka tinggalkan tiga langkah.
Pang...
Tubuh nurfa melayang. Dia bagaikan patung yang tiada reaksi. Matanya membulat dan tepi bibirnya pecah sehingga keluar darah likat dari dalam tubuhnya.
Dunia nurfa seakan terhenti berputar.
Air matanya mula mengalir apabila nurfa sudah berfikir secara normal kembali. Dia teresak esak , tangannya meraba kesan merah di pipinya. Sakitnya di pipi kanannya menyebabkan nurfa menangis tanpa suara.
Sebelah tangannya yang menahan tubuhnya daripada terlantar di atas lantai , di pijak dengan kasut hitam Khalid.
Nurfa meringis sakit. Tubuhnya ikut bersama . Berpusing menahan sakit. Makin lebat air mata yang mengalir dari tubir mata nurfa.
"Sakit?" Khalid bertanya prihatin. Dia menundukkan tubuhnya sehingga menyamai kedudukan nurfa.
"Itu akibatnya sebab panggil aku Khalid!" Khalid tersenyum sinis. Dia angkat kakinya dari terus menerus memijak tangan itu.
"Kau dengar sini! Kau tu cuma perempuan yang akan lahirkan pewaris Khalid bukan isteri dia!" Khalid menunjal kepala nurfa. Dahi nurfa ditolak berkali kali.
"And. Aku nak ingatkan kau yang Khalid hanya suami atas kertas sahaja! Kau faham?" Khalid menengking dirinya.
Khalid membetulkan kedudukan coatnya. Dia terus masuk ke dalam , meninggalkan perempuan yang sedang menangis kerananya.
"Kenapa kau cepat sangat berubah?" Nurfa memandang sayu ke arah tubuh belakang suaminya.
Baru semalam , Khalid ucapkan yang dia akan bahagia kan nurfa seperti mana seorang isteri selayaknya dapat.
Baru pagi tadi , Khalid memeluk dirinya dan meninggalkan dirinya dengan sebuah kucupan di dahi.
Dan beberapa jam selepas itu , Khalid muncul balik. Tetapi dengan perangai yang berbeza.
"Puan okay? Mari saya bantu," Nurfa terkejut dengan sapaan itu. Dia menundukkan wajahnya. Mak Ros , seorang pembantu rumah pangkat senior di rumah itu sedang memandangnya dengan wajah simpati.
"Puan sabar ya? Kadang kala Tuan memang macam tu tapi nanti lagi okay lah tu," Mak Ros memapah Nurfa untuk bangun. Dia jatuh kasihan melihat lembam dan luka yang ditinggalkan oleh Tuan Khalid.
Nurfa diam tidak berkutik. Di ingatannya , kejadian tampar dan tangan kirinya di pijak masih segar. Perkara itu ulang tayang.
"Tuan Khalid memang macam tu. Mungkin ada masalah di tempat kerja. Jadi Mak Ros sarankan , Puan Nurfa layankan aje setiap apa yang Tuan minta. Kalau tak , padahnya di tubuh kita," Mak Ros sudah bekerja di situ masuk 11 tahun. Sejak Tan Sri Rey kali pertama datang ke mari , dan membeli sebuah rumah untuk anak lelakinya tinggal kelak.
Dan kali pertama dia berjumpa dengan Tuan Khalid ketika lelaki itu berusia 16 tahun. Dia juga amat gerun dengan sikap remaja yang memandangnya seperti seekor helang yang cuba untuk membunuh mangsanya sebelum makan.
Khalid berdiri dihadapan pintu yang diperbuat daripada besi. Satu satunya bilik yang tiada siapa masuk kecuali Khalid.
Dia berdiri dihadapan pintu itu. Berfikir sejenak. Otak nya ligat menghafal setiap digit nombor.
Te.. Te.. Te.. Te..
Selepas dia menekan butang nombor , pintu itu berbunyi dari dalam. Lock di buka.
Khalid tarik senyum sinis. Kemudian tergelak apabila bilik rahsia itu terbuka. Tolak saja pintu itu, terpampang di depan matanya cahaya berwarna merah darah. Bilik itu dipenuhi dengan beratus tali di atas dan setiap incinya, di kepilkan dengan sekeping gambar.
Haba panas mula di rasai walaupun kakinya belum mencecah masuk. Suhu bilik itu mencecah 34°C . Tiada pengudaraan mahupun kipas. Bilik itu kedap udara. Dan mungkin boleh mati jika berlamaan di bilik itu.
Dia melangkag masuk. Secara automatik pintu bilik itu di tutup dengan sendirinya.
Bam.!
Khalid berpaling. Wajah masih biasa, cool tanpa reaksi. Dia berdiri di depan meja yang dipenuhi beribu keping gambar yang ditangkap menggunakan kamera dari jarak jauh. Terdapat satu bekas besi berisi air likat berwarna hitam dan beberapa alat besi.
Tubuhnya mula berpeluh lebat.
"Tuan..." Dia merasakan dirinya di panggil. Tak. Memang bilik itu kalis bunyi tetapi dia boleh memikirkan apa yang ada di luar bilik itu.
Khalid menekan butang merah untuk keluar. Dia mencerlung apabila terlihat perempuan yang sama berdiri di hujung koridor.
"Masa makan..." Nurfa menunduk. Dia sudah menukar pakaiannya kepada yang lebih sopan.
Khalid berjalan mendahului nurfa. Dia menggunakan tangga untuk turun ke aras bawah.
Nurfa menghembus nafas. Dia berfikir sama ada mahu menggunakan lif ataupun sama sama menggunakan tangga.
"Hoi!" Panggilan itu bergema serata rumah. Nurfa terpandang wajah Khalid yang masam mencuka. Dia bercekak pinggang di atas tangga.
…………………
Hey dear , this is last chapter for this month.
If someone see this note, please give your feedback. I would love to. ✌
Also, thank you for keep voting me! 💞
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗