"so close but so far away"

7K 132 0
                                    

Dua tahun kemudian...


"Tak mungkin . Aku tak de isteri!" Khai mengeram marah. Dua tahun lamanya dia tiada identiti , tiba tiba pelanggan baru datang dengan membawa document yang berisi segala tentang orang yang sama wajah dengan dirinya.

"Saya tak suruh awak percaya . Saya cuma nak awak pulang ke tempat awak. Rampas balik apa yang saya ambil selama dua tahun ini daripada awak!" Nurfa turut sama meninggikan suaranya. Dia sudah tak peduli titlenya sebagai isteri lelaki dihadapannya.

"Awak cuma perlu balas dendam pada saya. Balas balik apa yang saya dah rampas daripada awak," Nurfa menahan air matanya dari menitis. Dia sebak. Hati begitu sakit.

Biarlah dia seorang yang menanggung derita. Dia mampu menggalas segalanya dengan sempurna. Yang dia mahukan , hidupnya seperti dahulu. Hidup dia sebelum mengenali Khalid , hidup dia sebelum bertunang dengan Rafi.

There is uncountable regret for life.

"Apa yang sebenarnya kau nak daripada aku?" Dia pelik dengan perempuan gila itu. Mana pernah orang declare sebagai musuh minta rampas balik harta rampasan.

Nurfa ketap gigi dengan rapat. Memang sejak dia berjumpa kembali dengan lelaki itu , dia lansung tak yakin sama ada lelaki itu suami dia atau tidak. Lelaki itu , seorang lelaki yang teguh , bijak , ego dan berkarisma. Tetapi lelaki di hadapannya , lembab nak mati! Tak macho. Dan paling penting , menyakitkan hati.

Khai silang tangan ke dada. Dia angkat kening tinggi. Tubuhnya elok bersandar di kerusi kayu itu sambil matanya galak melihat perempuan yang manis bertudung tetapi gila.

"Kalau aku suami kau , maksudnya aku boleh ceraikan kau sekarangkan?" Nurfa menelan air liur yang terasa pahit. Betulkah ini yang dia mahukan?

Kembalikan Khalid ke syarikat dan hilang Khalid sebagai suaminya. Nurfa menghembus nafas menggunakan mulutnya apabila terasa kurang oksigen.

"Fine! Kita akan bercerai. Tapi bukan sekarang dan dengan satu syarat untuk saya bercerai dengan awak," Khai berasa geli hati. Perempuan itu sungguh lantang bersuara , tiada riak gentar terpancar dari matanya.

Girl, I like how you trying your best.

Khai simpan senyum. Matanya turut mengikut Nurfa yang berdiri. Perempuan itu menyerahkan kad berwarna emas kepadanya.

"I will give you 12 hours to think carefully. One minute late, say goodbye to this cafe, "

Khai faham dari pandangan mata itu . Perempuan itu tidak bermain kata dengannya.

"Why all crazy people nowadays are really scary, " Khai bergumam perlahan namun cukup untuk perempuan itu memberikannya jelingan maut.





Perbincangan antara mereka dengan wakil King's Holding tak berjalan lancar seperti yang dicadangkan. Kedua dua pihak tidak mempunyai kata sepakat. Ruang suite mewah itu mula dihuni dengan bahang panas . Mereka berdua bermasam muka.

" 1% for 1 billion dollars is crazy! " Mereka berbahas tentang saham mereka untuk mengembangkan dunia perniagaan dalam makanan.

"Then. End the discussion. I won't sign this contract, " Nurfa memicit dahinya yang terasa sakit. Kepalanya sudah pening lalat.

"Such a waste! " Mr. Pantrick merengus kasar. Dia mengeluarkan bahasa kesat setiap langkah yang dia ambil untuk keluar dari bilik mewah itu.

Nurfa bukannya bodoh , segala basic business dia pelajari semasa di tingkatan enam sebelum dilanjutkan ke bidang akaun. Nurfa mengeluh , dia lemas dengan dunia perniagaan orang kaya sebegitu.

Paper work yang ditinggalkan juga bertimbun di atas meja kerjanya. Dia pergi kemana-mana saja , kerjanya tetap mengikut seperti bayang bayang. Cuma bebayang boleh hilang dalam bilik gelap , tapi yang ni , cuba dilenyapkan , makin banyak pula yang datang. Persis virus!

Nurfa bangun dari bersandar di sofa empuk lalu menuju ke bilik kerja. Tinggal di tempat ini , serupa tinggal di penthouse. Segalanya ada. Paling banyak , chandelier di merata tempat. Dua lagi lagi , dia perlu pergi ke majlis pencalonan usahawan muda berjaya. Kemudian internatiol business awards . Tapi , dengan majlis macam itulah nama syarikatnya akan naik.

Lagi seminggu , Nurfa perlu memilih chef terbaik di dapur untuk dibawa bertanding ke A.S.

Nurfa bertongkat dagu. Dia membaca setiap butir cadangan bulanan yang di cadang oleh semua pekerjanya walau apa jua pangkat mereka , dari tukang cuci hinggalah ahli pengarah syarikat.

Complain tentang aktiviti mereka dan juga notis notis penting yang di hantar oleh pembekal kepadanya. Dia perlu mengetahui kedudukan kewangan , peningkatan dan perhubungan dengan masalah ekonomi.

Walaupun sudah setahun lebih menggalas tanggungjawab , tetapi segalanya masih menyukarkannya. Tambahan pula , bila client menggunakan difficult words yang dia tak pernah jumpa. Terpaksa sebelah tangan buka kamus. Belum tambah lagi dengan pembekal yang hanya tahu berbahasa ibunda mereka.

Oleh itu , dia terpaksa menghadiri kelas bahasa. Berbagai bahasa sampaikan lidahnya berbelit. Tambah lagi kalau yang ada eja lain bunyi lain tulis banyak jenis. Lastly , dia angkut dua orang penterjemah setiap kali melawat negara asing.

"Puan. Sudah masuk 11 jam 47 minit tetapi Tuan Khalid masih tak muncul." Nurfa meramas rambutnya dengan kasar.

Ni lagi satu hal! Macam mana dia boleh lupa perjumpaan dia dengan lelaki itu pagi tadi.

"Siapkan orang," Nurfa memberi arahan pada orang upahannya yang setia berdia di luar pintu bilik.

Kini , dia tidak lagi bermain dengan kata-katanya. Semenjak Kartena mengambil keputusan untuk memberontak , dia terus ditinggalkan keseorangan.

Walaupun dari cerita orang , Kartena takutkan Malek tapi tertanya perempuan itu takkan tinggalkan lelaki itu walaupun Malek di sahkan buta selepas ditembak di matanya.

Dia inginkan sebuah cinta agung.

Tetapi selepas bergelar Chief Executive Officer dan Dollas sebagai President , segalanya bagai menghalang Nurfa untuk hidup secara normal. Kini , dia faham betapa seksanya untuk menjadi ketua kepada ribuan orang.

"Khalid," setitik demi setitik , air mata membasahi pipinya.

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now