Khai berhenti menapak apabila terdapat dua orang lelaki berbadan besar dan seorang perempuan di apit.
Mata mereka bertiga memandang ke arah Khai tanpa berkalih pandangan. Satu tapak ke hadapan , dan Khai hanya memandang dengan penuh curiga.
Dia tidak dapat melihat wajah dua orang lelaki itu kerana memakai mask mulut dan cap yang menutup sebahagian wajahnya tetapi perempuan itu punya wajah jelas kelihatan.
Rambutnya melepasi bahu. Memiliki kening yang tajam serta mata sederhana besar seperti helang. Hidungnya mancung dan bibirnya berwarna merah jambu. Tetapi wajah itu jelas menunjukkan isi hatinya yang tidak berperasaan.
Perempuan itu mengangkat tangannya ke atas dan jari yang dipakainya cincin itu di naikkan ke atas. Serentak dengan itu , dua orang lelaki itu berlari ke arahnya.
Tangan sasa itu mahu menumbuk wajahnya tetapi berjaya ditepis dengan pantas.
Khai bergerak dan mengelak setiap tumbukan dengan gerak hatinya. Rasa terkejut jelas terpancar di wajahnya kerana dia tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
Hentakan padu tepat mengena tubuh belakangnya sehinggakan Khai hampir tersungkur ke depan tetapi dia segera menstabilkan kembali tubuhnya.
Khai cuba untuk membalas pukulan itu , tetapi setangkas manapun dia , tidak mampu melawan dua orang lelaki yang memiliki otot kekar yang bertubuh gempal. Jauh berbeza daripadanya walaupun dia mempunyai otot tetapi bukan otot seperti ahli bina badan.
Khai mengangkat tinggi kakinya untuk menyepak tubuh itu tetapi lelaki itu segera menghempas tubuhnya ke jalan tar sehinggakan tubuhnya cedera parah kerana hentakan itu.
Pipinya terseret di atas jalan sehinggakan terdapat tompokan darah yang banyak. Tubuhnya dihempap dengan tapak kasut lelaki berbadan besar itu.
Anggaran ketinggian mereka hampir mencecah 7 kaki sedangkan dia hanya 180 cm. Rambutnya di tarik dengan kuat sehingga kepalanya terdongak ke atas.
Perempuan tadi itu berjalan penuh ego kemudian bercangkung di hadapan lelaki itu.
"Nice to meet you again , Tuan Khalid Dhaliah," Perempuan itu mendekatkan wajah mereka berdua. Khai seakan terpaku , situasi ini seakan dia pernah rasai satu ketika dahulu.
"Lupa? Saya Qairine. Adik seguru dengan Crise. Peguam keluarga Tuan," Perempuan itu tersengih menayangkan giginya yang putih berkilat atas usaha penjagaan rapi.
Dua orang lelaki itu melepaskan tubuhnya lalu membantu Khai untuk bangun.
"Saya tak sangka Tuan makin lemah," lelaki di kanannya berkata. Dialah yang menghempap tubuh badan Khai dengan kuat. Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya , lalu mata hitam pekat itu menikam anak mata Royal Blue Khai.
"Saya , Fuyan . Interior and Decoration Designer, " Fuyan menghulurkan salam perkenalan. Khai membalasnya dengan perlahan lahan kerana rasa sakit di tangan kanannya.
"I'm sorry, Sir. But I don't have any bad intention. My name is June, Leader of Administration," Lelaki yang menghentaknya dan menghempas tubuh Khai ke atas jalan dengan penuh kekasaran tersenyum nipis. Dia memberikan sehelai sapu tangan dari kocek seluarnya kepada Khai lalu menundukkan kepalanya 90°.
Khai mengeluh lemah. Dia masih tak mengerti kepada dia diserang secara tiba-tiba. Dan dia lansung tidak mengecam wajah mereka bertiga.
"Kami berempat ialah pengawal peribadi yang tak guna. Kami ditugasnya untuk mempertaruhkan nyawa demi tuan kami , tetapi kami gagal menggalasnya," Kris akhirnya munculkan dirinya.
Khai tahu lelaki itulah yang dia nampak di rumah agam itu semalam. Dan harini dia di serang oleh orang yang dia tidak kenali.
Mereka berempat di beri tugas untuk melayan Khai sementara Nurfa di pejabat , melunaskan kerja yang tak dapat di elakkan kemudian Nurfa akan pergi ke kaunseling , cara untuk merubah sikap kepada penggoda , tidak tahu malu dan tidak mudah berputus asa.
Tubuh Khai di tarik bersama mereka berempat dalam keadaan Khai yang tidak mampu menolaknya.
Pulang saja ke rumah , tubuhnya di rawat oleh seorang lelaki berjubah putih : doktor. Lelaki itu membalut lengannya serta menampal pipinya dengan pembalut luka. Nasib baik cederanya tidak dalam.
Khai membuka bajunya lalu di campak dalam bakul di tepi pintu bilik air. Dia melangkah masuk ke dalam bilik pakaian. Baju berwarna putih tanpa kolar itu di capai.
Dia berdiri di depan cermin besar. Dia dapat melihat tubuhnya yang tercalar kerana perlawan itu malah rasa sakit itu tidak mahu hilang lansung.
Khai rasa seperti dia sering mengalami kejadian sebegitu tetapi memorinya bagai tersekat.
"Khalid! What happen to you?!" Suara cemas itu menghentikan lamunannya. Sebaik saja dia berpusing , tubuhnya di terpa dengan telapak tangan yang hangat di perutnya.
Nurfa membulatkan matanya. Baru beberapa jam dia hilang , Khai sudah cedera teruk sebegini. Dia menilik tubuh Khai dengan penuh tumpuan. Dia mahu melihat setiap luka yang terdapat di tubuh badan Khai.
"Tak de apalah. Aku cuma jatuh atas jalan raya. Tu je," Dia menolak tangan nurfa yang berada di atas perutnya. Dia dapat rasakan kelainan dari cara nurfa dan perubahan sikapnya. Dia sejujurnya , berasa janggal bila di beri perhatian oleh perempuan yang dia tidak kenali.
"Awak ni careless sangatlah! Sekejap , saya ambil ubat. Belakang tubuh awak tu ada kesan merah , " Belum sempat Khai membantah , perempuan itu sudah hilang dari pandangan.
Khai menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejak kali pertama dia bersemuka dengan perempuan itu , perempuan itu menunjukkan pelbagai jenis emosi yang sikap tak terjangka.
Tetapi entah mengapa , dia tidak pernah nampak perempuan itu sebagai orang yang dia buat dia tertarik.
Perempuan itu hanya perempuan biasa yang tidak mampu terungkai kisah silamnya.
Dia tidak pernah berminat dengan perempuan itu walau sebaik manapun perempuan itu tunjukkan.
Kejamkah diri kerana tidak mengingati perempuan itu? Kejamkah dia sekiranya dia tak pernah terlintas pun di fikirannya untuk menyukai perempuan itu sebagai perempuan yang memegang status isterinya?
Khai mengeluh. Hatinya kekosongan dan sepertinya ada suatu yang hilang tetapi dia amat rindui.
Bau haruman di bilik atas , umpama ada seorang pelindung sedang memeluk dirinya daripada membuka hatinya untuk perempuan itu.
Dia tak pernah mencuba untuk jatuh cinta dengan perempuan itu. Dan dia juga berharap agar tidak pernah berjumpa lansung dengan perempuan itu supaya dia dapat hidup dengan bahagia bersama Deeliza. Si penyelamatnya.
YOU ARE READING
Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]
RomanceAMARAN TERGEMPAR : JANGAN BACA. TAKUT KENA HEART ATTACK SEBAB STRESS SANGAT. 1.12.18 #1inCerpen #1inRomance Thank you 🤗