empat

21.3K 452 2
                                    

Nurfa bangun dengan kepala yang berdenyut. Jam di dinding sudah menginjak angkat sepuluh manakala jarum yang panjang di angka enam.

Baru saja dia mahu teruskan tidur, loceng pintu berdering tanpa berhenti. "Urg! Tak faham ke orang nak tidur!" Nurfa menjerit marah.

Hilang terus keayuan dirinya. Dia memakai sweater dan tudung segera yang bersangkut di atas pemegang kerusi.

"Sekejap!" Buka saja pintu, wajah yang dia paling tak ingin bertembung berada di depan mata.

"Nurfa!" Pintu itu di tahan dari luar. Kerana kudrat nurfa yang masih sedikit akibat tidur begitu lama, pintu itu senang saja ditarik oleh Rafi.

"Apa lagi you nak hah? Tak sabar nak suruh I pergi bagitahu family you yang kita putus tunang?!" Nurfa bersuara dengan nada kesat. Jikalau boleh, mahu saja dia menoreh wajah hodoh lelaki tak malu itu.

Berpegangan tangan depan orang ramai. Bawa nama islam tetapi perangai macam orang kafir.

"No. Kita takkan putus tunang. Semalam tu cuma salah …"

"I terfikirlah . Apa untungnya you nak kahwin dengan I eh? Nak kata I ni kaya. Sudah terang lagi bersuluh I ni anak yatim piatu. My family pun hanya ada sebidang tanah. Ke itu yang you nak? Lepas kahwin ambil tanah tu, then lepas you jual you jual I pula? Nak jadi bapa ayam pula ke? I rasa perempuan tu lagi laku kot. Tengok lah sampai tunang orang pun dia berjaya goda" Lancar saja nurfa menutur bicara. Dia tidak peduli dengan wajah tegang Rafi. Tiada apa yang perlu dia takutkan.

"Dah habis?" Nurfa menjeling. Dah lah main terjah rumah orang lepastu sesuka hati nak perli perli orang.

"Biar I pula yang cakap. Pertama, perempuan yang you jumpa semalam tu ada nama. And nama dia Manis. Second, dia tak pernah goda I pun. Tiga, better you tarik balik kata kata you. I takkan pernah ambil sesen pun duit daripada perempuan. Tambahan pula perempuan yang I cinta …"

"Cinta? Jijik lah. Dah berambus. !" Nurfa sudah menyinga. Ingatkan datang nak minta maaf, rupanya nak agungkan perempuan itu. Rasa macam dah bernanah telinga dia bila dengan nama perempuan itu. Manis kepala otak kau!

"Okay, kalau itu yang you nak," Nurfa baru saja mahu menarik nafas lega , tetapi terbehenti apabila dia ditarik oleh Rafi.

"Apa ni? Lepas lah!" Nurfa meronta mahu melepaskan diri.

"I nak you jumpa manis. Lepas dengan explanation dia. Baru I lepaskan you" Rafi bersuara tegas. Tangannya mencengkam tangan nurfa kerana nurfa asyik meronta.

"Better you behave. Kalau tak nak I dukung you" habis saja Rafi memberi amaran, nurfa terus berdiri tegak macam patung di hadapan pintu lif.

"Gila!" Sempat lagi nurfa mencemuh. Rafi bukannya kebudak budakan yang akan berbahas suatu benda yang tak penting. Dia menarik nurfa kedalam lengkungan tangannya. Keadaan dalam lif itu amat sempit apabila ada sekeluarga yang mungkin baru pindah masuk sekali bersama timbunan kotak dan bagasi.

"Romantiknya suami adik, pandai adik cari" baru saja nurfa mahu menyatakan kebenaran, mulutnya di tekup dengan telapak tangan Rafi.

"Mana ada kak. Biasa je" Rafi memintas. Nurfa menjeling Rafi dengan perasaan menyampah yang sedang menggunung.

"Sesuka hati kau je nak sentuh aku!" Nurfa berbisik marah. Dia tidak mahu keluarga di hadapannya dengan.

"I boleh buat lebih daripada tu kalau I nak" Nurfa membulatkan matanya. Tiba tiba dia rasa seram sejuk bila dengan lelaki itu.

Rafi dah gila!

Kereta Rafi di parking depan apartmentnya. Nampak sangat Rafi memang sudah merancang untuk bawanya bersama.

Sempat juga ditelek wajahnya pada cermin kereta. Dengan muka masam tak mandi, bau lepas bangun tidur. Taik mata berkeliaran.

Lol, selekehnya. Macam mana nak kahwin ni? Perangai tak serupa bikin.

Sampai saja di restoren Ayam Penyet , nurfa meminta diri untuk ke tandas kononnya mahu membasuh muka padahal niat nak larikan diri.

"Cepat." Rafi memberi arahan.

Rafi menunggu di meja makan. "Abang.." Rafi terus mendongak apabila manis datang menghampirinya.

"Kak Nur mana?" Manis ambil tempat di hadapan Rafi.

"Dia pergi tandas tadi. Tapi sampai sekarang tak keluar lagi" sudah lebih sepuluh minit dia menunggu tunangnya namun masih lagi tidak nampak batang hidungnya.

"Manis pergi tengok ya?" Masuk saja dalam tandas perempuan, matanya terbeliak apabila terlihat cincin serta tudung sarung disalaputi darah.

"Arhhh!"

Khalid Dhaliah [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now