" Taknak masuk? "
Adwa mengeluh. Dia tersenyum hambar sebelum membuka pintu kereta. Farhan mengikut langkah Adwa yang senyap.
Sepanjang perjalanan balik tadi, mereka langsung tak bercakap. Farhan juga senyap seperti biasa sebab dia taknak emosi gadis itu terganggu.
" Assalamualaikum " Farhan melihat Adwa yang berada dalam dakapan Aunty Farah. Dia nampak betapa risaunya wanita itu.
Ibu mana tak risau jika anaknya hilang tiba-tiba kan.
" Abang jumpa Adwa dekat mana? " tanya Farha yang duduk di sisi Farhan.
" Tempat favourite dia " Farhan tahu Farha faham dengan jawapan dia.
Farha mengangguk. Dia tahu di mana sebab Adwa itu kakak yang rapat dengan dia sejak kecil. Tapi yang membezakan mereka, Adwa itu sangat perahsia. Sulit untuk memahami gadis itu.
" Sorang je ke? " tanya Farhad pula. Dia memandang Adwa yang menaiki tangga untuk ke atas.
" Ha'ah. Nasib baik tak kena apa-apa "
Mereka bertiga cuma diam selepas itu.
" Farhan "
Tiga pasang mata memandang wanita yang dianggap sebagai ibu itu.
" Terima kasih tolong Aunty. Kalau takde Farhan, Aunty tak tahu nak buat apa. Uncle pun belum balik dari Johor. " Farah rasa bersyukur sangat bila Farhan balik dengan Adwa.
Hati ibu mana yang tak risau bila anaknya senyap tiba-tiba. Adwa Farhani itu satu-satunya permata hati mereka. Kalau hilang permata yang satu itu, Farah rasa gelap sangat hidupnya.
Farhan tersenyum. Dia cuma buat apa yang dia rasa dia patut buat. Adwa itu ibarat adik dia. Kalau benda yang sama jadi pada Farha, dia mesti akan risau juga.
" Small matter Aunty. Han cuma buat tanggungjawab Han je. Lagipun kitaorang dah tumpang duduk sini pun dah bersyukur dah "
Farha dan Farhad cuma senyum mendengar kata-kata abangnya. Tapi ada betul juga apa yang dikatakan Farhan itu.
Farah rasa tenang tengok muka budak bertiga ni. Dia meminta diri untuk ke dapur bagi menyiapkan makanan.
¤¤¤¤
Adwa menghempas tubuhnya ke atas katil. Sepanjang dia masuk ke dalam rumah tadi, dia langsung tak pandang wajah itu. Kenapa makin mereka membesar makin kuat perasaan ni?
" Farhad, apa patut Adwa buat untuk buang rasa ni? " lirih Adwa. Dia menepuk dadanya tanda sakit yang tidak tertanggung lagi.
" Salah ke Adwa anggap Farhad lebih daripada seorang adik? "
" Salah ke Adwa tua daripada Farhad? "
" Salah ke? "
Adwa menangis untuk kali entah ke berapa. Jika dulu dia mampu pura-pura kuat, kini dia tidak tertahan lagi.
Dia sedar dia cuma kaca yang takkan dipandang oleh lelaki itu. Lelaki itu dah jumpa permata dia. Meskipun di dalam rumah ini dia permata tapi tidak bagi Farhad Shami.
Kau kuat Adwa Farhani. Kalau 10 tahun kau mampu simpan perasaan ni, takkan lagi beberapa tahun kau tidak boleh. Kau boleh. Allah bersama kau!
Tok! Tok!
" Adwa, Aunty ajak turun makan " panggil Farha di luar.
Adwa cepat-cepat mengesat air mata. Suara dibetulkan supaya Farha tidak mengesyaki apa-apa.
" Hah okay okay "
Kedengaran derap langkah kaki Farha mula pergi. Adwa mengeluh lega. Tanpa menunggu lama, dia terus mencapai tuala yang disidai sebelum masuk ke dalam bilik air.
Mandi mungkin mampu hilangkan semua kepenatan dia.
Sebaik sahaja sampai di meja makan , Adwa terus duduk.
" Hai Kak " tegur Farhad.
Deg!
Terhenti sebentar nafas Adwa rasanya.
" Ha.. Haii "
Farhan cuma diam. Tak mahu masuk campur.
" Jomlah makan. Han baca doa " ujar Farah.
Suasana di meja makan itu sunyi sahaja. Farha yang melihat Adwa seperti hanya bermain dengan makanannya terus menegur." Adwa, takde selera ke? "
Adwa tersentak. Dia mengangkat kepala. Semua sedang memerhatikan diri dia.
" Hah.. Oh hm ha'ah.. Dah kenyang sebenarnya.. Mama, Adwa naik dulu lah ye. Penat sangat " tanpa menunggu lama, Adwa terus bangun cuci tangan semua.
Dari kerlingan mata, Farhad berasa pelik. Adwa tidak seperti selalu. Kenapa gadis itu seperti diam sahaja?
Tidak selesa dengan mereka ke?
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...