2 tahun kemudian,
Farhad mengelak daripada Miza hampir dua tahun sebab dia nak rawat luka yang terbuka. Tapi luka tu tak pernah sembuh. Rahsia dia larikan diri daripada kawan baiknya itu pun cuma uminya sahaja yang tahu.
Farhan dan Farha juga pelik kenapa Farhad begitu berubah daripada seorang yang ceria jadi seorang yang banyak diam.
Shafika faham keadaan anaknya bahkan Farrid sendiri cakap beri masa pada anak bongsu itu.
" Adik, tolong umi hantar kuih ni dekat rumah Aunty Farah boleh? " Shafika meletakkan bekas kuih itu di atas meja.
Daripada dia tengok Farhad ni khusyuk sangat main game tu lebih baik disuruh sahaja budak ni pergi keluar.
Farhad mengangguk. Tangan Shafika terus disalam sebelum kunci kereta dicapai.
Sebaik sahaja tiba di rumah Aunty Farah itu, dia menekan loceng serta memberi salam.
" Waa..laikumussalam "
Adwa terpegun.
Farhad juga.
Berapa lama mereka tak jumpa?
Oh sejak kejadian malam tu.
" Ehem ni umi bagi . Pergi dulu " Farhad menghulurkan bekas berisi kuih tadi sebelum pusing untuk balik.
Adwa hanya memandang pemergian Farhad dengan hati sayu. Ingatkan takkan jumpa lelaki tu lagi tapi takdir menemukan mereka.
Farhad dah jauh beza. Dia tahu kenapa.
Malam itu, Farhan melabuhkan duduk di sofa. Dia menarik nafas dalam. Rasanya lebih baik dia bongkarkan rahsia ni. Tak manis nak keluar dengan anak dara orang tapi tak tunjuk pada parent sendiri.
" Umi "
Shafika yang khusyuk menonton drama itu terganggu. Dia memandang Farhan yang macam gusarkan sesuatu. Kenapa ni?
" Kenapa ni abang? " tanya Farrid.
Yang lain memandang Farhan.
" Esok abang nak bawa someone special datang rumah "
Mendengar satu ayat tu semua terkejut. Someone special!? Farhan dah ada makwe!? Tapi siapa!
" You what!? " jerit Farha. Sejak bila abangnya ini bercinta?
Farhad terdiam. Whoa!
Farhan dah agak dah reaksi mereka akan jadi macam ni. Yelah sebelum ni dia senyap je tapi harini tiba-tiba cakap nak bawa someone balik rumah.
¤¤¤¤
Ikut hati Adwa taknak pun join mamanya datang rumah ni tapi dengar ayat "Syurga itu di bawah kaki ibu" , dia ikutkan sahaja.
" Kenapa tak ajak papa je mama ni? " rungut Adwa.
Farah menjeling. Eh eh budak ni.
" Papa terpaksa on call lah sayang. So nak tak nak Adwa teman mama okay " jawab Farah.
Adwa mengeluh. Redha Adwa Farhani.
Dia hanya tersenyum memandang Farha yang sibuk menyusun makanan. Sebenarnya dia takut harini akan datang di mana Farhan akan kenalkan Miza pada famili ini sebab dia tahu Farhad akan terluka.
Ting tong!
" Hah Adwa. Tolong Aunty buka pintu ye " pinta Shafika.
Dengan hati tak rela, Adwa menggagahkan diri buka pintu.
Deg!
Terhenti nafasnya melihat Farhan dan Miza.
Ya Allah, Kau permudahkanlah harini." Eh Adwa. "
Adwa hanya mampu senyum sebelum menyuruh mereka masuk.
Suasana di ruang tamu itu sungguh sepi. Meskipun Farhan pelik tapi dia diamkan sahaja.
" Jadi ini orang istimewa abang? " tanya Shafika. Dia saling berpandangan dengan Farrid. Ya Allah, dugaan apakah ini?
Farhad mengetap bibirnya. Tak sangka! Orang yang merampas Miza itu adalah abangnya sendiri.
Kenapa dia tak perasan selama ni?
Adwa melihat Farhad yang menggenggam erat tangannya. Dia tahu Farhad sedang menahan marah.
" Ye umi. Miza ni orang yang abang sayang. Dah hampir dua tahun abang bercinta dengan dia. " jawab Farhan.
Farhad tak mampu nak tunggu lama. Dia terus naik ke atas meninggalkan mereka dengan pelbagai spekulasi.
Benci!
Shafika mengeluh. Dia menarik senyuman kecil sebelum mengajak mereka bangun makan.
" I don't get it. Kenapa Miza tu boleh jadi dengan abang bukan adik? " bisik Farha pada Adwa.
Adwa tersenyum miris.
" Fate decide it "
Simple jawapan Adwa.
Farha tergamam.
Yes takdir.
Miza Farhana bukan takdir seorang Farhad Shami.
Hakikat yang Farhad kena terima.
Pintu bilik itu Adwa buka. Kalau tak sebab Farha tiba-tiba sakit perut, takde makna dia nak bawa makanan ni ke atas.
Dia memandang Farhad yang termenung di birai katil. Pasti lelaki itu kecewa.
" Aunty suruh makan. Finish it. Saya keluar dulu " ujar Adwa. Belum sempat dia keluar, Farhad memanggil.
Dia masih statik memandang pintu yang terbuka luas.
" Kenapa mesti abang? "
Allah!
Adwa tak tahan.
Suara sebak itu merentap hati dia.
Kenapa mesti tangisi orang yang taknak kita?
" Kenapa dia pilih Farhan? Saya sukakan dia dulu. Saya cintakan dia dulu "
Deg!
Adwa tak tahan .
Pengakuan Farhad cuma akan menyakitkan hati dia.
" Farhad "
Farhad memandang tubuh belakang Adwa.
" No matter how strong you love someone, if Allah said she not for you.. She won't be yours. Soal hati, kita serah pada Dia. Jangan sebab awak terlalu kejarkan someone yang awak sayang, awak tak nampak ada kaca yang menunggu awak sampai akhir nafas dia. "
Sejurus berkata begitu, Adwa terus keluar dari bilik itu. Dia melorot jatuh sebaik sahaja pintu ditutup. Tangisannya ditahan supaya Farhad tidak dengar.
Namun dia silap bila Farha terkaku memandang dia. Dia tahu Farha faham keadaan ini.
Farha terdiam. Dia dengar semua bahkan dia faham maksud di sebalik semua ayat yang dilontarkan Adwa tadi.
Dia tahu bahwa,
Adwa Farhani mencintai Farhad Shami.
Tbc
Ni last. Sis dah start kerja 😂 Mohon tabah tunggu 4hari akan datang 😂❤
![](https://img.wattpad.com/cover/138594314-288-k903856.jpg)
YOU ARE READING
Triple F
Roman pour Adolescents[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...