" Kenapa? "
Adwa terkebil-kebil. Maksudnya?
" Kenapa jauh sangat? Dekat Malaysia ni takde tempat yang kau boleh belajar ke? "
Oh okay Adwa faham. Dia tersenyum hambar. Tak dinafikan dekat Malaysia ni berlambak je tempat dia boleh belajar tapi realitinya dia nak lari daripada Farhad sebenarnya.
Itu realiti sebenar.
" Banyak tapi Adwa pilih Mesir sebab Adwa suka. Lagipun Adwa pergi nak buat ibadah. Timba ilmu tu kan salah satu ibadah juga. By the way, sorry untuk masa tu. Yang Adwa marah Had. Sorry sebab Adwa rasa kata-kata Adwa kasar sangat. Masa tu Adwa cuma terlepas marah " Adwa memandang tepat ke arah Farhad.
Ya Allah, dia bakal rindu seraut wajah ini. Walaupun andai satu hari nanti Farhad bukan jodoh dia, dia akan terima. Sebab dia kena belajar erti redha.
" Adwa cuma terlalu sayangkan seseorang yang tak pasti. Hahaha tapi takpe, I got it. Sometime losing is better than reach it. Allah dah takdirkan sesuatu yang terbaik untuk kita. Buat Had, buat Adwa. All the best for you. Adwa nak tengok Had berjaya kalau Adwa dah balik nanti. Make sure jadi Farhad Shami yang Adwa boleh banggakan okay. Fi Hifzillah Farhad. " Adwa menggigit tepi bibirnya bagi mengelakkan dia menangis.
Berita tentang penerbangannya mula kedengaran. Berat hati dia nak meninggalkan mereka semua tapi ini jalan yang dia pilih jadi dia kena teruskan. Dia memandang Farhad buat kali terakhir. Mungkin dia tak pernah luah benda ni tapi dia kena juga.
Beg dibuka. Sebuah kotak diambil sebelum dihulurkan pada lelaki itu. Tanpa kata, Farhad ambil.
" Hadiah buat Farhad. Balik nanti buka. Ingat, kalau tiba-tiba hati Farhad berubah.. Adwa masih tunggu sampai Farhad kahwin. Atau mungkin tidak. Adwa selalu letak Farhad dalam doa Adwa. Assalamualaikum " Adwa menunduk sebelum pergi menyalami semua orang.
Langkah gadis itu dipandang silih berganti dengan hadiah di tangannya. Semakin hilang susuk tubuh itu, baru satu ayat keluar daripada mulutnya.
" Kau tak tahu yang kau dah gapai hati aku pun kan Adwa Farhani. Tapi malang kau dah pergi tinggalkan aku. Moga Allab pertemukan kita "
Yes , Farhad menyesal sebab dia lambat. Mulut dia tak terluah untuk menghalang Adwa sebab dia yakin kalau mereka berjodoh sekalipun, tetap mereka akan berjumpa juga tanpa sengaja.
Kotak di tangan dipandang dengan seribu satu rasa. Sejak mereka balik, dia berkurung sahaja di dalam bilik merenung kotak itu. Akhirnya tangan laju membuka balutan.
Dia tersenyum kecil. Tasbih serta Al-Quran kecil. Sejenis Adwa. Dia faham sangat.
" Bermakna sangat hadiah kau ni, kak Adwa " Farhad tergelak kecil. Hadiah itu diletakkan di tepi sebelum surat di dalamnya dibaca.
Assalamualaikum,
Tahu macam nostalgia sangat ada surat bagai kan hahaha tapi apa Adwa kisah. Hadiah ni buat Had. Mungkin tak sebesar mana tapi Alhamdulillah cukup bermakna. Kalau ditanya kenapa, jawapan Adwa simple. Tolong khatamkan Al-Quran tu. Adwa nak bila Adwa balik, Farhad dah habiskan semua juzuk dalam tu. Tasbih tu hadiah bonus hehe. Adwa tak secantik wanita lain. Malah tak sepandai wanita lain. Sebab Adwa bukan wanita seperti tokoh wanita zaman Nabi dulu. Cumanya Adwa hanya gadis yang masih belajar erti dunia ni. Farhad, Adwa minta maaf kalau perasaan Adwa membuatkan kita jadi macam ni. Tapi ketahuilah Adwa pergi untuk rawat hati yang terluka. Had kena janji dengan Adwa yang Had akan berusaha untuk ubah diri. Hubungan adik beradik takkan putus jadi ubah diri untuk jadi adik yang baik. Jangan susahkan umi abah. Jaga solat. Jaga diri serta maruah. Adwa tak minta banyak cuma itu sahaja. Kalau kita berjodoh, kita akan jumpa. Kalau tak, Had kena tahu, Adwa tetap doakan Had berjaya. Moga Allah jaga kita semua. Aamiin. Btw, tolong jagakan mama papa untuk Adwa okay hahaha thankyou!Much of love,
Your sister Adwa Farhani.
Farhad mengesat air matanya yang mengalir. Adwa mungkin tak sedar tapi dia gadis yang cantik, yang pandai, yang cukup serba serbi. Kalau dia kata dia tak layak buat Farhad, dia silap sedangkan Farhad yang tak layak untuk dia.
Berapa tahun lamanya Adwa terluka sebab dia pun dia tak tahu tapi dia tahu gadis itu terluka sangat sampai larikan diri. Maafkan Farhad, Adwa.
Farhad buta sebab tak nampak permata bersinar di depan mata Farhad.
Ya Allah, Kau lindungilah dia walau di manapun dia berada kerna sesungguhnya dia sungguh bererti untuk diri ini. Beri aku peluang untuk bahagiakan dia, Ya Allah.
Kalau orang cakap dia dan Adwa tak sesuai sebab umur pun dia tak kisah sebab Nabi sendiri menikah dengan wanita yang lebih tua daripada beliau. Jadi umur bukan penghalang untuk semua ni.
Farhad akan tunggu. Sampai Adwa sendiri yang menyuruh dia untuk berhenti. Jika tidak, dia akan setia tunggu. Dia akan lakukan semua permintaan gadis itu. Dia nak satu hari Adwa bangga dengan dia.
Itu janji dia pada Adwa.
Moga Allah jaga kita berdua.
In Sha Allah.
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...