Miza memandang Farhan yang senyap dari tadi. Sepanjang mereka tengok wayang, keluar berjalan dan sampai ke kedai makan ni pun dia nampak betapa anehnya Farhan.
Tidak seperti biasa Farhan ni. Ada sesuatu mengganggu dia ke?
" Han, are you okay? "
Farhan tersentak. Dia terkebil-kebil memandang wajah risau Miza. Melihat seraut wajah itu, dia teringat kembali malam di mana Farhad meluahkan perasaannya pada Shafika.
Ya, malam itu dia dengar segalanya. Segala luahan hati adiknya. Rintihan adiknya. Rasa seperti dia pemusnah hati adik sendiri.
Takkan Miza tak pernah perasan tingkah laku Farhad yang berbeza pada dia? Sedangkan Adwa itu pun perasan.
Tapi dia tak boleh lepaskan Miza sebab dia sayangkan gadis ini. Farhad adiknya. Miza kekasih hati dia.
Ya Allah.
" Farhan! "
Tersentak Farhan bila disergah.
" Hah ye? "
Miza meraup wajahnya. Stress dengan Farhan ni.
" Okay tak ni? Something bother you? " tanya Miza risau.
Dia tak suka Farhan macam ni. Dia nak Farhan yang selalu mengusik dia. Dia nak Farhan yang suka bercerita itu ini. Dia taknak yang ini.
Farhan tersenyum hambar.
" Okay cuma sayang tak pernah rasa Farhad tu sukakan sayang ke? "
Padu!
Soalan daripada Farhan itu menjerat hati Miza. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni? Ada apa-apa berlaku ke?
" Hish takdelah. Hana rasa Farhad cuma suka Hana as kawan baik dia jelah. Mana ada lebih-lebih " Miza senyum tapi sebenarnya hati dia tertanya.
Tak mungkin lah Farhad suka aku. Dia tak pernah pun cakap benda tu.
Farhan terdiam. Tak mungkin. Dia tahu Farhad macam mana. Seorang abang tahu adik dia macam mana. Lagipun dia nampak perbezaan Farhad sekarang dengan yang dulu.
Bahkan Farhad banyak kali larikan diri daripada dia.
Maafkan abang, adik. I wish you can be more mature for this. I'm sorry for taking her from you.
" Its okaylah. Jom balik. "
Walaupun pelik dengan perangai Farhan, Miza turutkan sahaja tingkah lelaki itu. Farhad ada cerita apa-apa ke dekat Farhan tentang dia?
¤¤¤¤
Farhad melabuhkan duduk di hadapan Miza. Apa punca gadis ini ingin berjumpa dia pun dia tak tahu. Nasib baik tak ramai sangat dekat taman ni. Dia takut je tiba-tiba dia naik angin.
" Kenapa nak jumpa? Aku sibuk ni " dengan nada dingin, Farhad bertanya.
Terasa hati Miza bila dapat layanan macam ni. Mana Farhad, kawan baik dia yang dulu selalu ceria melayan dia?
" Kau ada cerita apa-apa dekat abang Farhan ke tentang aku? " lebih baik Miza straight to the point je tentang ni.
Berkerut dahi Farhad mendengar soalan gadis itu. Ini ke sebab nak jumpa? Bila masa pula dia bertegur dengan abang dia tu?
" Apa kau merepek ni? Takde apa pun. " geram Farhad.
" Dah tu kenapa dia tanya aku tak perasan ke kau tu suka aku ? Hah kenapa? " Miza mendesak Farhad dengan soalan yang bakal menjerat lelaki itu.
Zzup!
Farhad terkedu. Farhan tahu ke? Tapi bila? Tak mungkinlah!
" Lagipun kau dengan aku kawan kan. Apa pula nak suka. Pelik jelah Farhan ni " bingung Miza sampaikan dia tak perasan riak wajah Farhad yang berubah.
Farhad rasa hati dia dah terhiris banyak kali mendengar kata-kata Miza itu. Memang letaknya dia ni sebagai sahabat je ke? Tak lebih langsung?
" Serius Miza? Kau memang anggap aku kawan je ke selama ni? " datar.
Mendengar nada datar itu, Miza tersentak. Tanpa serba salah, dia mengangguk sebab memang itu tanggapan dia pada Farhad selama ini.
Kawan yang selalu menolong dia. Yang menjaga dia. Yang banyak layan kerenah dia. Salah ke?
Farhad tersenyum pedih.
" Tapi tu kau. Bagi aku, kau gadis paling istimewa dalam hidup aku. Farhan betul. Aku memang suka kau. No! Aku sayangkan kau. Sejak kita sekolah lagi tapi kau yang tak pernah nampak aku. Aku baru niat nak bagitahu kau hal sebenar tapi benda ni end up dengan kisah kau dah bercinta dengan abang aku " Farhad menarik nafas dalam. Tangis bukan dia. Bukan.
Miza terdiam. Serius?
" Abang aku, Miza! Kau nampak dia tapi aku yang selama ni dengan kau! Langsung kau tak nampak! I'm done with you. Jangan tegur aku lagi lepasni. Please.. Just go... From my life. Mungkin salah aku letak hati pada orang yang salah. Assalamualaikum " sejurus berkata begitu, Farhad terus bangun meninggalkan Miza.
Meninggalkan kisah lama.
Meninggalkan orang yang dia sayang.
Untuk biarkan dia mencari bahagianya sendiri.
Salah Farhad mungkin.
Biarlah.
Apa yang jadi itu ada hikmah.
Tapi mampu ke dia berdepan dengan Farhan?
Itu persoalannya.
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...