Masing-masing kaku. Tak sangka setelah beberapa hari tak jumpa tiba-tiba akan terserempak dalam keadaan yang..tidak menyenangkan. Farha memandang Fatin di sebelah Hafiy. Dia nampak seraut wajah itu agak tidak selesa.
" Oh sorry. Ingatkan dekat sini kosong tadi. " baru sahaja Farha ingin pergi, Hafiy menahan.
Hafiy memegang tali beg Farha dengan erat. Dia tidak mahu gadis ini salah faham. Dia tidak mahu gadis ini pergi. Sampai bila mereka nak jadi macam ni?
" Teman saya. I promise I will send you back " pinta Hafiy.
Farha terkejut. He what? Dia mengerling wajah Fatin yang turut terkejut. Hafiy ni tak betul ke?
" Are you insane? Saya takde kena mengena dekat sini. Dah apasal saya kena teman pula? Lepaskan beg saya! " marah Farha. Ingat hati dia ni batu?
Hafiy meraup mukanya. Dia tak kisah Fatin tapi dia kisahkan Farha. Sejauh mana lagi Farha nak lari daripada dia? Cukuplah. Dia penat macam ni.
" Sekejap je Farha. Tolonglah. Ada benda nak cakap nanti. Kelas pun dah habis kan? " Hafiy masih tetap tak lepaskan Farha pergi.
Ya Allah!
Farha mengeluh nafas kasar. Apa tak faham bahasa sangat lelaki ni? Nak cakap apa pula? Tapi kalau benda ni akan memulihkan keadaan, mungkin Farha boleh ambil peluang untuk menjauhkan mereka. Yes!
Perlahan-lahan Farha melabuhkan duduk di sebelah Fatin. Tak mungkinlah dia duduk sebelah Hafiy kan? Mampus je timbul fitnah nanti.
Melihat Farha yang duduk dan membuat kerja sendiri, Hafiy tersenyum. Akhirnya gadis itu dengar kata juga.
" Okay Fatin. Jom sambung kerja tadi "
Fatin tanpa kata mengangguk. Dia sebenarnya tak selesa Farha ada. Baru sahaja nak berdua dengan Hafiy tapi datang pula gadis ini. Haih.
Sebaik sahaja Hafiy habis berbincang dengan Fatin, Farha terus bangun mengikut langkah Hafiy.
Melihat dua manusia itu pergi, Fatin mengetap bibirnya. Geram!
¤¤¤¤
" Nak cakap apa? "
Hafiy mengeluh. Dia baru sahaja keluar dari perkarangan universiti kot. Aduhaii.
" Kenapa larikan diri? Apa salah aku sampai kau larikan diri? "
Terdiam seketika. Masing-masing tidak bersuara. Farha sendiri tak tahu nak jawab apa dengan soalan yang diberi. Ingatkan Hafiy tak perasan perbuatan dia. Hm.
" Takde kerja nak larikan diri bagai. Tidak benda antara kita kan, buat apa nak berlagak mesra pula. Bazir masa " sindir Farha. Biarkan Hafiy sedar dengan keadaan mereka.
Mendengar sindiran Farha, Hafiy mengeluh. Farha masih tak nampak usaha dia ke?
" Aku suka kau, Sha. Sejak dari bangku sekolah. Kau masih tak nampak ke? Kau masih tak suka aku? Langsung takde? "
Farha terdiam. Dia memalingkan muka ke arah tingkap sebab dia taknak empangan air mata ni pecah.
Ada Hafiy , cuma aku yang taknak biarkan kita jauh lagi ke depan. Sebab aku takut rasa kecewa. Aku nak cakap semua ni tapi aku tak mampu.
Dan sebaris ayat keluar daripada mulut Farha membuatkan Hafiy diam membisu.
" Tak. Sejak dulu aku tak suka kau. "
Dan keadaan itu sunyi sampailah tiba di hadapan rumah Farha. Baru sahaja Farha ingin keluar, Hafiy menahan.
" I'll give up on you. Bahagialah dengan orang yang sepatutnya untuk kau. I'll give up. Walaupun sakit, kau kena ingat kau sentiasa ada dalam hati aku. Assalamualaikum " Hafiy langsung tak pandang Farha sebab dia takut dia menangis melepaskan orang yang dia sayang.
Farha?
Dia terkaku sebelum gagahkan diri keluar daripada kereta. Setiap langkahnya, setiap kali itulah kata-kata Hafiy tadi bermain dalam fikirannya.
Inikan yang kau nak, Farha?
Yang terbaik?
Tapi kenapa rasa dia sakit?
Sebab kau taknak dia pergi.
Itu jawapannya.
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Teen Fiction[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...