Farhan mendekati Farhad yang merenung matahari yang bakal terbenam tidak lama lagi. Dua hari mereka di sini, sepatah kata pun tak keluar daripada mulut itu untuk bercakap dengan dia.
Walaupun Adwa dah banyak kali menyuruh dia untuk mulakan perbualan, dia sendiri masih takut. Takut kalau ada pergaduhan lagi antara mereka tapi harini dia kena cuba juga.
" Adik "
Farhad memandang ke belakang sebelum berpusing ke depan semula. Apa abang dia nak lagi ni?
" Nak apa? "
Nada dingin yang digunakan Farhad sahaja dah membuatkan Farhan terdiam. Dia tahu adiknya masih marahkan diri dia.
" Lama kita tak luangkan masa macam ni kan. Abang rindu semua kenangan kita " matahari yang terbenam itu dipandang dengan hati yang sedih.
Siapa tak sayang adik? Semua sayangkan adik mereka. Jika macam ni keadaan mereka, Farhan tak boleh nak tahan lagi.
Rasa macam dia jadi abang yang teruk pada Farhad.
" Aku tak kisah kalau kau nak ambil dia. Tapi jangan tipu aku, bang. Sakit bila aku tahu rupanya abang aku sendiri yang mulakan langkah sebelum aku. " Farhad tersenyum sinis.
" Aku datang sini nak bercuti. Aku taknak fikir pasal benda tu. Kau kalau tegur aku setakat nak cakap maaf, sorry bang. Aku masih dalam dilema " sejurus berkata begitu, Farhad terus pergi meninggalkan Farhan.
Farhan terduduk. Allah ! Apa kau dah buat Farhan?
¤¤¤¤
Farha dan Adwa tergelak bila ingat balik macam mana Farha cuba tawar menawar dengan mak cik jual baju tadi tu. Bersungguh betul gadis itu sampaikan mak cik tu redha je setuju dengan tawaran Farha.
" Nasib baik awak beli banyak tahu tak. Kesian je mak cik tu tadi. Haha " Adwa tergeleng kepala dengan sikap Farha ni.
" Kannn. Lagipun baju ni semua lawa hahaha " Farha membelek baju yang dia beli. Sungguhlah dia terpikat dengan baju labuh ni semua.
Adwa mengangguk setuju.
Sebaik sahaja sampai di homestay mereka, langkah dia terhenti bila nampak Farhan yang jatuh terduduk itu.
" Eh korang ni dah kenapa?! " nyaring jeritan Farha apabila melihat keadaan dua lelaki itu.
Adwa terkaku.
" Baik kau diam kak! " marah Farhad.
Farha terperanjat.
Farhan mengesat tepi bibirnya.
Darah.
" Abang minta maaf, Had. Tolonglah terima kenyataan yang dia pilih abang. Bukan kau. " Farhan cuba mendekati Farhad sebelum..
Buk!
Adwa menekup mulutnya. Apa ni? Ya Allah.
" Baik kau simpan je maaf kau tu! " baru sahaja Farhad ingin melayangkan penumbuknya, Adwa terus berdiri di hadapan Farhan.
Zzap!
Sepi. Sunyi.
" Uhuks! Kau boleh tumbuk aku tapi jangan sesekali naikkan tangan kau dekat dia. " mata Farhan tajam menikam Farhad yang tergamam dengan tindakan Adwa.
Dia tergamam melihat wajah itu mengalirkan air mata. Mata itu berkaca memandang diri dia. Tangannya yang dicengkam Farhan juga tidak dihiraukan.
Farha terkedu sebab tak sangka dengan tindakan drastik Adwa. Kalau Farhan tak halang, mungkin Adwa yang kena penumbuk tu.
" Aku tak ajar kau naik tangan dekat perempuan, Farhad. Tak. Sebenci mana kau pada aku, jangan naik tangan dekat Adwa " tajam kata-kata Farhan walaupun dia dalam keadaan sakit.
Adwa menahan esaknya. Dia taknak semua ni jadi. Melihat wajah Farhan yang membengkak, Farhad yang dalam marah. Bukan ini yang dia pinta.
" Kenapa Had? "
Semua terkedu dengan nada lirih Adwa. Untuk pertama kalinya, mereka melihat sisi lain gadis itu.
" Kenapa sanggup pukul abang sendiri sebab perempuan? " Adwa menolak lengan Farhan melindungi dia.
Dia mendekati Farhad yang terkaku.
" Saya tanya kenapa? "
" He stole her from me "
Adwa tersenyum hambar. Itu jawapan paling bodoh dia pernah dengar.
" Kenapa jadi bodoh sebab perempuan yang taknak dekat awak?! "
" Adwa! "
Adwa tidak hiraukan Farha. Dia cuma nak buka mata hati Farhad. Dia cuma nak Farhad sedar kalau Farhan ini abang dia. Dia cuma nak Farhad tahu dia ada.
" Saya tak bodoh! I just love her and he stole her from me! Kalau awak dekat tempat saya! Awak akan rasa benda yang sama! " tengking Farhad. Dia langsung tak hiraukan Adwa yang terdiam.
" Really tak pernah? Saya pernah rasa! Saya pernah diri dekat tempat awak! Bahkan lebih sakit! Kalau awak tak boleh bezakan mana permata, mana kaca! Jangan tanya kenapa Miza pilih Farhan daripada awak! " marah Adwa sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
Dum!
Farhan mengeluh. Dia tahu Adwa kecewa. Ingatkan tadi dia nak bercakap dengan Farhad tapi tiba-tiba adiknya naik angin sampaikan mereka bertumbuk macam ni.
" Apa masalah perempuan tu? Tiba-tiba nak marah aku " Farhad bengang betul dengan Adwa. Suka hati je nak marah dia!
Farha berdecit sinis.
" She love you. Still cannot see that? "
Dan Farhad ,
Tergamam.
Tbc
YOU ARE READING
Triple F
Подростковая литература[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...