" Adwa "
Gadis itu mengangkat kepalanya. Dia tersenyum melihat Farha yang menghampiri dia. Segala buku serta assignmentnya dihentikan. Tadi mama ada khabarkan Farha nak datang. Tapi tak tahu sebab apa.
" Sihat? Mama ada cakap Farha nak datang. Macam tak okay je ni. Kenapa? " Adwa menarik Farha supaya duduk di sisinya.
Gadis ini ibarat adiknya meskipun mereka berbeza umur cuma setahun sahaja. Sejak kecil, dia tahu Farha ini sangat manja. Dan dia sebagai kakak, selalu ada untuk gadis kecil ini.
Farha mengeluh. Dia meletakkan kepalanya pada bahu Adwa. Rindu pada kakaknya ini setelah kejadian di mana Adwa menangis haritu. Adwa langsung tak muncul dengan alasan sibuk belajar.
" I miss you. Rindu nak borak. Kenapa tak datang rumah? " soal Farha.
Adwa terdiam. Bukan dia taknak tapi dia betul-betul sibuk. Sibuk dengan belajar serta hm perpindahan dirinya untuk belajar ke luar negara. Meskipun dalam perancangan sahaja tapi dia taknak hebohkan dulu. Parentnya juga diberitahu supaya merahsiakan hal ini.
" Sibuk Far. Adwa bukannya senang untuk main-main je. "
Farha dah agak dah jawapan ni dia bakal terima. Apa-apa jelah Adwa Farhani.
" I found my knight. But why I feel so hurt? "
Adwa mengerutkan dahi. Apa maksud Farha ni?
" Dulu masa sekolah, dia kejarkan Far tapi buat tak tahu je sebab hm you know abang macam mana kan "
Adwa tergelak kecil. Dia faham Farhan macam mana kalau tentang Farha. Sangat faham.
" So? "
Farha diam sebelum menyambung.
" Tapi tulah orang cakap jangan benci sangat sebab nanti jatuh suka. Dan Farha mula sukakan dia. Tapi dia tak tahu. Sampaikan satu hari, Farha rasa dia berubah. Sangat lain. Dan haritu Far nampak dia dengan gadis lain. Gelak ketawa. Far sakit hati. Gadis tu lawa, Adwa. Macam Adwa juga. Bertudung labuh, bertutup semua. Jauh beza dengan Farha " Farha tersenyum hambar.
Beza dia dengan Fatin sangat jauh beza. Fatin itu amat menjaga dirinya. Tak salah kalau Hafiy memilih gadis itu berbanding dia.
Adwa faham di mana arah topik mereka sekarang ini.
" Far, if you love him.. Just keep it.. Tak payah bagitahu. Simpan dalam diam. Far sayang dia dalam diam. Doakan dia dan Farha terjaga. Doakan hati korang berdua supaya terjaga daripada hasutan syaitan. Kita nak sayangkan seseorang ni, kena face dengan kesakitan juga. Berani jatuh hati, berani untuk sakit. " Adwa senyum sambil berkata.
" Dia mungkin bagi harapan pada kita tapi kita belum tentu mampu untuk bergantung harap pada dia selamanya. Sebab sejujurnya kita patut bergantung harap pada Allah. Itu yang satu. Sejauh mana kita sayang, kalau dia bukan untuk kita.. Tetap bukan untuk kita.. Fikir Farha Shakira. Awak dah besar. Dah mampu untuk bezakan mana baik, mana buruk "
Dan Farha masa itu terdiam. Bagaimana gadis yang dia anggap pendiam dan sangat anti-sosial ni mampu berkata begini? Segala kata-katanya menusuk ke dalam hati Farha.
Saat itu Farha cuma mampu memeluk Adwa sangat erat. Sangat erat sampaikan Adwa rasa dia sangat sayangkan Farha Shakira. Gadis manja yang naif.
Biarlah gadis ini sakit sekarang daripada sakit kemudian hari.
Jatuh cinta.
Mampu membuatkan manusia sakit berkali-kali.
¤¤¤¤
Hafiy risau sebab Farha ibarat melarikan diri daripada dia. Setiap mesej, WhatsApp serta call daripada dia semuanya tidak berjawab. Bahkan gadis itu block dia di media sosial.
Tapi apa salah dia ?
Tiba-tiba Hafiy nampak Farha yang baru habis class. Dia terus meluru ke arah gadis itu namun terhenti apabila seseorang memanggilnya.
" Hafiy! "
Hafiy berpusing. Di hujung sana, ada Fatin. Bila dia ingin memandang Farha, dia terdiam.
Gadis itu memandang dia.
Dengan riak wajah...
Terluka?
Hafiy buntu.
Di hujung sana ada Fatin.
Di hujung lagi satu ada Farha.
Siapa yang dia akan dekati dulu?
Hafiy terus berjalan ke hujung sana.
Farha tersenyum sedih. Dia faham. Takpe.
Hafiy memilih Fatin.
Mungkin kita memang takde jodoh, Hafiy. Fi Hifzillah buat diri awak.
" Kakak nak pergi mana ni? " pelik Shafika melihat anaknya yang hm skirt? Baju lengan panjang yang agak hm besar? Serta tudung yang agak menutup dirinya?
" Keluar dengan Adwa. Far keluar dulu ye umi abah. Nanti Far balik before malam. Assalamualaikum " terus laju Farha berjalan keluar.
Farrid rasa pelik tapi dia taknak banyak tanya sebab dia sejuk memandang perubahan anaknya. Biarlah Farha sendiri yang cerita kenapa gadis itu berubah drastik sekali.
Lagipun kita bukan sesiapa yang kerjanya nak menghukum orang lain.
Kalau Farha yang memudahkan jalan dia masuk ke syurga, In Sha Allah dia sokong apa yang anaknya buat.
Tbc
Last. Takde update dah mungkin.
YOU ARE READING
Triple F
Novela Juvenil[ C O M P L E T E D ] Mengisahkan tiga beradik yang ada perangai masing-masing. Farhan Shazwan, si abang yang protective. Farha Shakira, si kakak yang manja serta degil. Farhad Shami, si adik yang perahsia. Apa bakal jadi jika ada kisah cinta tiga...